Wednesday, November 05, 2014

Sotong Kunyit Belacan

Sotong masak macam ni pulak..recipe campak2..tapi tulis juga sukatanya tu ya..hahaha..anyway..just for my own reference.. kalau siapa2 nak cuba dipersilakan...Ini lauk buntu namanya..ikut sesedap mata bahan2 yang digunakan, oh terlupa nak cakap..ini lauk sahur kita during bulan puasa kemarin...:)

Sotong Kunyit Belacan
Sources:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
1kg sotong dipotong ikut suka-(Tengok petua dibawah)
1 biji bawang besar dihiris
3 biji bawang putih dihiris
 5-7 biji cli padi diketuk
2 batang serai diketuk
1 sudu kecil kunyit serbuk
1-2 sudu kecil sos tiram
2cm belacan + air secukupnya
garam & serbuk perasa

Cara:-
Tumis bahan hiris, cili padi & serai hingga layu. Masukkan kunyit serbuk serta sos tiram. Kacau rata. Masukkan air + belacan yang telah diramas serta sotong. Kacau hingga sekata. Tambah air jika perlu atau kalau nak berkuah sedikit. Perasakan dengan garam & serbuk perasa. Bila sotong dah masak boleh matikan api.

Note:- Bersihkan SOTONG dan  direndam dalam air. Biar air sama paras sotong dan masukkan 3 sudu kecil cuka. Gaulkan dan biarkan dalam 10-20 minit. Lepas tu bilas sotong dan toskan, siap untuk dimasukkan dalam kuali bila nak masak. Cara ni supaya sotong tak liat.
credit to Cida

8 comments:

LiNa_Pg said...

Sedapnya....hitup kuah slurpppp..
Sutun atau apa saja yg masak camni mmg sempoi

Ayu said...

lina~hehehe...lauk sahur ni lauk ngantuk..maklum ler time bulan puasa masak..mata kuyu aje..hahaha

mandala said...

Super delicios !

Anna Qawina said...

Akak..apa ni...kita xleh mkn belacan lg..baby naik merah2 ruam la kalo gatal2..haha...

Ayu said...

Mandala - thank you..should try it too..:)

Ayu said...

Anna - wahahaha..anna tak boleh makan belacan..masih menyusu badan ya..huhu...

Rosdi Eunos said...

less is more la Ayu... haha
Sedap!

Ayu said...

Rosdi - hehehe..betul tu..the simpler lagi senang dan sedap..hehe