Tuesday, November 04, 2014

Selar Kuning Tumis Asam

Assalam, kita masak lauk ni disebabkan kita ada stok ikan selar kuning yang banyak..kisahnya yalah bila kita menyuruh Mr Hubby pergi pasar untuk membeli beberapa jenis ikan..(well, I expected him to bawa balik extra ikan cause he is the type of person yang bila kita suruh beli satu he will beli 2 or 3 of that item..)..Well my jangkaan memang tepat..banyak ikan yang dibeli sampai kita urut dada macam mana nak masukkan ikan2 tu dalam my freezer yang sebesar 500mm x800mm x500mm height...huhu..disebabkan dia dah borong ikan2 dipasar..apek kasi free gift 1kg ikan selar kuning ni...hehehe...ambik aku...3/4 day kita berdiri menyiang dan mengerjakan ikan2 tu didapur!!..sabor ajelah Ayuuuu...

Mula2 ingat nak  goreng aje  lawankan dengan  nasi lemak ... ikan selar kuning ni..tapi macam dah biasa buat...So goggled for  recipe yang guna selar kuning yang banyak..terjumpa recipe dari Kak Asma ni..end of the day..lauk kita finish..sebab anak2 kita pun kasi makan ikan..kena cubit2kan lah baru dia orang makan..kalau tak cubitkan dia orang takut tulang..:)
Terimakasih kak asma for the recipe..kita panjang2kan disini pula ya..:)

Selar Kuning Tumis Asam
Sources;-Kak Asma
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
  • 1/2 kilo ikan selar(ikan lain pun boleh)
  • 1 labu bawang besar-(Ayu guna 2 biji)
  • 2 biji bawang merah (hiris halus)
  • 2 biji bawang putih (hiris)
  • sedikit halia(hiris )
  • sebatang serai(diketuk)
  • 2 biji lada merah hiris
  • 5-6 biji cili api-(Ayu lebihkan lagi)
  • sedikit daun sop
  • sebiji tomato dipotong baji
  • 4 sudu besar santan pekat-(Ayu tambah)
  • 2 sudu besar sos tiram-(Ayu tambah)
  • garam dan perasa dan jus asam jawa
cara2nya:
  1. bersihkan ikan,basuh lumurkan dengan kunyit dan garam goreng hingga garing.ketepikan
  2. panaskan minyak,tumis semua bahan dihiris,kecuali tomato dan cili api.
  3. kacau hingga naik minyak,masukkan garam air asam, santan, sos tiram dan perasa,biar kuah agak pekat masukkan tomato,daun sop dan cili api.perasakan..matikan api dan masukkan ikan goreng tadi..kacau rata.
  4. bolehlah dihidang.

10 comments:

LiNa_Pg said...

Menu camni mmg benar2 membangkitkan selera..ada lak ulam n sambal belacan mmg tak perlu yg lain dah...

Sidratul Muntaha said...

kalau buh tauchu tu..
pergh kak..
meleleh ayak liur
kami dah la lama diet nasi
wekwkekwe

bab beli ikan smpai 2 - 3 jenis bukan suami akka je
suami kami pun sama.
klu suh beli isi ayam..
fillet deia beli, strip dia beli
hadoi..
klu suh beli tepung serbaguna
dari tepung all purpose bese smpai yg goreng ayam tu pun dia beli
tepok dahi.

Anna Qawina said...

Akak..nak dtg lunch ni...haha
nak buat gakla...

Unknown said...

Done follow ur blog..
Sedap2 masakan nyerr..
http://annie7779.blogspot.com

Ayu said...

lina - aah masak lauk simple2 gini dah cukup dah kadang2kan lina..nak perah otak masak susah2 kadang2 tu tak kuasa ler..heheh

Ayu said...

sidratul muntaha - aah kalau masak tauchu bahan2nya pun lebih kurang juga kan sis..ait..diet nasi ya...akak dulu diet nasi 3 bulan ..lepas tu terus jammed..hahaha

wakakaka..memang confirm orang lelaki ni begitu agaknya kan..hahah..kita cakap beli satu barang aje dia bawa balik 10 barang..hahaha...haha..:)

Ayu said...

Annie - thank you dear...done following your blog too..

Ayu said...

Anna - hehehe...marilah anna..nihari akak masak ayam sambal...:)

Yana Shaiful said...

lauk yg membangkitkan selera nii.. ada ulam+sambal belacan harus bertambah2 nasinyaaa.. ^_^

Ayu said...

yana~lauk simple2..aje yana..betul tu ada sambal belacan & ulam dah ok dah..hehehe