Thursday, October 02, 2014

Nasi Minyak Arab & Ayam Bakar

Assalam, Nasi Minyak Arab ni kita masak just seminggu selepas kita masak Nasi Ayam Hadramaut ...disebabkan suka dengan rasa nasi2 arab ni itu yang buat another recipe.. Terimakasih buat Lydia Honey for sharing the recipe...Kali ni nasi minyak arab tak ada 'sos cili' tapi just maraq & salad arab.. Sedap juga tau..maraqnya pula kali ini kita tukar bahan sayuran dalamnya..kita guna kentang, lobak merah &  bendi. kIta prefer this combination than the previous ones...As for the salad arab, kita goggle the net  and combine here & there for the ingredients..

Oklah, kalau nak cuba untuk Aidil Adha nanti boleh jugakan...Just kasi idea aje.. Anyway, kalau nak cuba nasi2 berperisa didapur maya kita ni ada banyak..sudi2kanlah ya .Kita tinggalkan teman2 dengan ucapan....Happy weekend dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha...
Sampai kita bertemu lagi...:)


NASI MINYAK ARAB WITH AYAM BAKO
Sources:-From Lydia Honey
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
1/2 ekor ayam*-  dibersihkan dan direndam dengan sedikit cuka putih sebentar dan bilas-(Ayu gunakan 3 ekor ayam griller)-(Ayu doublekan sukatan rempah ratus segala)
2 cawan basmati-cuci sehingga jernih, rendam dengan air garam selama 1 jam++ & toskan. 1/2 inci halia*  
1 -2 helai bay leave*
2 biji cardamom pods*
1 biji bawang besar - dibelah empat*
2 biji bawang putih-diketuk*
1/2 cmt arabic mix spices* (kalau tak de lupakan jer)-(Ayu gunakan rempah kabsa)
1/4 cmt cumin powder*
Segenggam kismis - jika suka-(Ayu letak )

Air untuk merebus*
Garam secukup rasa

Untuk sapuan/lulur atas ayam
sedikit serbuk kunyit#
sedikit minyak masak#
sedikit garam jika perlu#
Sedikit tomato paste#
Sedikit paprika powder#
Sedikit garlic powder dan ginger powder#
Satukan kesemua bahan # dan lumurkan pada ayam.
Bakar sebentar untuk mengaringkan nya saja.


Rebus bahan bertanda hingga lembut dan empuk lebih kurang 40- 45 minit.
Masukkan  garam dan teruskan merebus selama 10-15 minit dan offkan api. 
Tapiskan stock, asingkan atyam dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam periuk, masukkan kismis dan goengkan sedikit sehingga golden , masukkan beras dan goreng hingga transparent selama 2-3 minit.
Masukkan stock ayam yang masih panas dalam 31/2- 4 cawan (akalu tak cukup add air panas menggelegak, kuantiti air tergantung pada jenis beras anda). 
Dengan api yang besar, tutup periuk dan biarkan hingga separuh kering dan buka penutup periuk dan gemburkan sedikit nasi, perlahankan api dan tutup periuk dengan aluminium foil kemas- kemas.
Tanaklah seperti biasa hingga nasi masak.
Bila dah masak offkan api dan biarkan selama 5 minit baru dibuka penutupnya dan digemburkan sedikit dengan garfu.   


INGAT!.. 
Jangan kacau sangat nanti nasi patah tak cantik, Cuma gemburkan sikit dengan garfu jer.
Sementara menunggu nasi masak, panaskan oven 200C. Ayam yang dilumurkan/ dilulurkan (ngeeee) dengan bahan #.
Bakar dalam oven selama 15 minit menggunakan api atas bawah sehingga golden.
Hidangkan bersama nasi minyak tadi, salad dan maraq jika suka. Selamat me


Maraq
1 biji bawang besar-di dadu halus
2 ulsa bawang putih- dicincang halus
4 camb tomato paste
1-2 biji cili hijau
2 biji medium fresh tomato- kupas kulitnya & didadu kasar
sayur (bendi@terung@carrot@zucchini@labu@potato@buncis)-pilih yg mana suka atau masukkan semua/ pilih 2-3 jenis sayur masak bersama- dadu kasar -(Kali ni Ayu gunakan kentang, bendi & carrot, sayur2 ni nice combination)
air rebusan ayam
1 camb lemon jus
1/2 camt arab mix spices*
1/2 camt cumin powder*
1/2 camt corainder powder*
1/4 camt cardamom powder*
1/4 camt black paper powder*
2 camb minyak masak
Garam secukup rasa
sedikit chopped fresh corainder-utk tabur
Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bawang besar hingag transparent.
Masukkan cili hijau dan gorengkan sebentar.
Masukkan bawang putih dan bahan bertanda, biarkan sebentar hingga terbit bau.
Masukkan sayuran dan gorengkan sebentar dan masukkan fresh tomato dan gorengkan hingga tomato layu.
Masukkan tomato paste dan kacau sebati.
Masukkan air/ chicken stock, biarkan mereneh hingga sayuran masak Dan masukkan jus lemon serta garam.
Offkan api dan taburkan dengan fresh corainder leave.
Hidangkan dengan nasi..


Salad Arab
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
1 biji timun
2 biji tomato
1 biji green pepper
romaine secukupnya
butterhead secukupnya
italian parsley secukupnya
1 biji bawang besar
sedikit lada hitam
garam secukup rasa
lemon juice
olive oil

Cara:-
Potong sayur sayuran ikut suka. Gaul lada hitam, lemon juice, olive oil dan gaul sehingga sekata. Rasa apa2 yang boleh ditambah dan ikut selera. Siap untuk dihidangkan dengan nasi minyak arab.

8 comments:

LiNa_Pg said...

Mai cepat2 kot nak dapat makan pree...sedapnya set nasi minyak kak ayu..segala rcp lydia honey mmg terbaek...
Sungguh menyelerakan tuh....sedap..sedap..sedap

Honey said...

Salam Kak Ayu,

Alangkah indahnya kalau saya tinggal di sebelah rumah Kak Ayu.

Terus pegi ketuk pintu bawa pinggan kosong! Hahahaha

Ayu said...

Lina - wahahaha..alahai..ciannya datang jauh2 ya lina..haha..boleh2..
meh ambiklah sepinggan...heheh..:)

Ayu said...

Honey - walkslm, heheh,marilah Honey tinggal kat sebeblah rumah akak ni...eh tak payah bawa pinggan kosong..bawa perut aje dah cukup..makan kat sini..hehehe

Habiah said...

First time dengar resepi nasi minyak arab ni. Biasanya nasi minyak atau nasi arab jer. Menarik gak ni resepi ayu ni. InsyaAllah boleh cuba :)

sudipVSsenduk said...

kalau makan nasi arab, mesti tercari2 kuah & sambal.. huhuhu

Ayu said...

Habiah- aah kita pun first time dengar Dan buat..hehehe...cubalah tapi kalau nak ber'sos boleh buat macam nasi ayam hadramaut tu...;)

Ayu said...

SudipVssenduk- hahah betul tu sis...macam tak complete kalau tak Ada sambal atau Sosnya kan...hehe