Thursday, September 25, 2014

Ayam Masak Lemak Tomato

Assalam bila nampak recipe ni kat myresipi...ermm tergerak pula nak mencuba..apa lagi bila kita tengok letak sos tomato dalam tu..heheh..dalam hati..Ah!..ayam lemak ni guna sos tomato?..Biar betik..heheh..so decided to try..then kita realised no asam keping used..baru dapat jawapannya sendiri sebab guna tomato ..
Overall.. penggunaan sos tomato dalam ni tidak mengubah rasa ayam lemak tomato ni..in fact dia kasi macam 'manis' lauk ni.. My mum commented dia suka dengan lauk lemak ayam ni..lebih sedapp dari lemak ayam biasa tu dia kata..hehehe..uish masing2 punya tastebudlah kan...so kalau teman2 nak tahu difference dia kenalah cubakan...kalau naklah..tak paksa pun...hehehe..

Ayam Masak Lemak Tomato
Sources:-From Shafeza87@myresipi
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-bahan ( untuk 3-4 orang makan )
  • 1/2 ekor ayam yang dipotong sederhana kecil-(Ayu gunakan 2 ekor ayam griller)
  • 1-2 biji kentang dipotong wedges
  • 1 biji tomato dibelah 4
  • 3-4 sudu sos cili/tomato-(Ayu guna sos tomato)
  • 1 paket/kotak kecil santan segera-(Ayu gunakan 2 kotak)
  • sehelai daun kunyit diracik halus
*Bahan-bahan untuk dikisar:
  • *1 biji bawang besar-(Ayu guna 2 biji)
  • *3 ulas bawang putih-(Ayu guna 5)
  • *1-2 batang kunyit hidup
  • *halia sebesar ibu jari
  • *1-2 batang serai-(Ayu guna 3 batang)
  • *1 tangkai cili merah
  • *7-10 tangkai cili api (boleh tambah kalau nak pedas)
  • *2 biji tomato
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-cara


  1. Masukkan kesemua bahan yang telah dikisar* ke dalam periuk, letak atas api dan tumis tanpa minyak.
  2. Setelah naik bau, masukkan sos cili/tomato, kacau, perasakan sedikit dengan garam dan masukkan ayam serta kentang.
  3. Kacau dan tutup sekejap beberapa minit bagi bahan tadi meresap pada ayam dan keluar air dari ayam tersebut.
  4. Masukkan santan dan kacau sebati sehingga ayam dan kentang benar-benar masak dan empuk.
  5. Perasakan dengan garam dan gula, kalau dah ok cukup rasa tak perlu tambah.
  6. Masukkan tomato yang dibelah 4 serta taburkan daun kunyit yang diracik. Siap untuk dihidang

4 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Lama nyer x terjah sini
Terlioq tgk dh la blm lunch lg ni kaka
Blh try soon
Sedap khen mkn ngan nasik hangat2 ni perhhhh terangkat gitueww��

Honey said...

Salam Kak Ayu,

Whoa boleh try ni! Saya suka taruk belacan sikit dalam masak lemak cili padi ayam hihi.

Adeh, terliur dah.

Ayu said...

Lady ayu- betul tu ayu..makan dgn nasi panas memang terangkat...lama juga tak dengar suara ya..hehe

Ayu said...

Honey- walkslm...oh ya ke..letak belacan ya honey..nanti akak nak cuba..lah....;)