Saturday, July 19, 2014

Rendang Kering Kupang

Lauk ni kita masak sebelum Ramadan..beli kupang fresh  kita rebus dan ambil isinya...buat rendang kering..recipe asal gunakan ayam, kita tukar main ingredientsnya...boleh tahan sedap juga...:)
Kita memang suka dengan recipe ni...sekarang kalau buat rendang ayam memang guna recipe ni..so for this just nak tukar selera aje dan adjust mana yang patut....:)

Rendang Kering Kupang
Adapted from :- Rendang Ayam Kering
Tried, Tested & Adjusted:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
2kg kupang direbus dan ambil isinya
1 kotak santan pekat
2 sudu besar kerisik
3 helai daun kunyit
garam & perasa secukupnya
gula melaka sebesar ibu jari

Bahan Kisar Kering:-
30 tangkai cili kering
15 bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
sehiris lengkuas
2 cm kunyit hidup
2 batang serai
2 biji buah keras

Cara membuat: Bahan kisar hendaklah dikisar kering.
Satukan santan, bahan kisar, kupang, kerisik, dan asam keping
Jerang atas dapur hingga hampir kering.
Masukkan garam dan gula melaka dan kacau hingga kering.
Sebelum angkat taburkan hirisan daun kunyit dan daun limau purut.
Kacau sebati, bolehlah diangkat.

Friday, July 18, 2014

Gulai Kunyit Lengkuas Terengganu

Ini adalah pertama kali kita masak gulai kunyit lengkuas ...ia seakan2 lemak cili padi, tapi penggunaan 'rempah gulai' dan lengkuas dalam bahan2nya tu yang make the difference..sedap sangat..memang ngam betul dengan ikan merah yang fresh..cubalah..
Terimakasih to kak Ummi for sharing this recipe...

Gulai Kunyit Lengkuas Terengganu
Sources:-Majalah Saji via  Kak Ummi 
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-bahan:-
500 gm ikan nyok/merah-(Ayu gunakan ikan merah)
1 cawan air
2 sudu besar rempah gulai (*)
10 batang kacang panjang - kerat-kerat 4 inci
1 labu bawang besar - belah 4
5 tangkai cili padi (ummi guna cili hijau)-(Ayu guna cili padi merah)
3 keping asam gelugor
2 cawan santan pekat-(Ayu guna 1 kotak santan aje + campur air)
garam
Bahan kisar:-
10 tangkai cili padi
3 ulas bawang merah
4 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup
Cara Memasak:-
Bersihkan ikan dan rebuskan dengan secawan air, asam gelugor dan garam sehingga mendidih (seeloknya dibiarkan semalaman - tp ummi bantai masak terus je-Ayu pun sama). Satukan kesemua bahan kecuali santan, bawang besar, kacang panjang dan cili hijau. Masak hingga mendidih. Kemudian masukkan santan dan kacau perlahan-lahan agar tidak pecah minyak. Masukkan bawang besar dan cili hijau. Tambahkan garam secukup rasa. 

(*Jika tiada rempah gulai - sediakan sedikit ketumbar, jintan manis, jintan putih, buah pelaga, kunyit, bunga cengkih, kulit kayu manis dan bunga lawng. Kisarkan kesemua bahan ini)

Thursday, July 17, 2014

Asam Pedas Ayam Ala Melaka

Lauk asam pedas yang tak lapuk dihujan & tak lekang dek panas...mana2 pergi, makanlah macam2 jenis makanan antarabangsa..balik rumah, mesti cari asam pedas juga..kalau dah tekak melayu tu kan..heheh..
Kali ni kita masak Ayam Asam Pedas Ala Melaka...tak pasti orang2 Melaka masak asam pedas ayam  cara macam ni..tapi kita bedal aje gunakan ayam yang recipe asal adalah ikan..hehehe...
Jadilah buat lauk sahur kami...:)

Asam Pedas Ayam Ala Melaka
Adapted Sources:-From Bro Rozzan
Adjusted, Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction 
Bahan2 kisar:-
11/2  biji bawang besar
30 tangkai cili kering
10 biji cili padi
2 cm halia
1 sudu besar jintan manis
1 sudu teh lada hitam
3 cm kunyit hidup (atau 2 sudu teh kunyit serbuk)
3 ulas bawang putih

Bahan Tumis:-
11/2 biji bawang besar (dihiris)
 5 biji bawang merah
1 sudu teh biji sawi
1 sudu teh halba
4 tangkai daun kari (ambil daunnya saja)
3 tangkai daun kesum(diambil daunnya) -(laksa leaves)


1 sudu besar pes asam jawa (campurkan dengan 1 cawan air)
3 cawan air
2 biji tomato (potong 2 atau 4)
1 batang terung
garam (atau secukup rasa)
serbuk perasa atau 1 sudu teh gula
11/2 ekor ayam dipotong ikut suka.
2/3 cawan (abt 150 -180 ml) minyak masak


Cara:- 
Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan tumis, daun kari, daun kesum dan  bawangnya sehingga layu dan naik baunya. Masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga garing, wangi dan naik minyak. Masukkan ayam biarkan hingga ayam mengecut dan keluar air. Gaul rata. Masukkan air asam jawa dan kacau sebentar.  Tambah air lagi dan biarkan ia mendidih. Kacau rata dan masukkan pula serbuk perasa/gula, terung. Tutup dan biarkan renih pada api kecil hingga kuahnya pekat sedikit. Kemudian, masukkan tomato. Biarkan sebentar sebelum dimatikan api.

Wednesday, July 16, 2014

Jemput Jemput Pisang & Nangka

Menu manis untuk berbuka..kita trial & error dengan yang ni pula..jemput2 pisang letak nangka..sedapp pada kita..kalau suka nangka memang sedaplah kan..cuba kalau tak suka macam Hubby kita sedap macam mana pun kalau dah tak suka tak sedaplah pada dia..hehehe...Samalah kalau Kaswi Jagung hari tu..pasal kita letak jagung dan dia tak suka jagung, tak sedaplah pada dia...So, kalau buat benda2 macam ni kena buat 2 bekaslah satu ada nangka satu tak ada..hahah..adoi..kasi banyak kerja..ya....tak apalah nak cuba punya pasal..kalau siapa2 nak cuba silakan ya...ambil aje recipe tu free punn...:)

Jemput Jemput Pisang & Nangka
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
750g pisang
150g gula kastor
350g tepung gandum
1 sudu kecil bicarbonate soda
1 sudu kecil baking powder
5 sudu besar santan pekat
15 ulas isi nangka madu atau secukupnya dibuang biji dan hiris panjang
garam secukup rasa

Cara:-
Lenyek pisang bersama gula, baking powder & bicarbonate soda.
Masukkan tepung, gaul rata. Masukkan santan pekat serta  garam. Gaul rata.
Bila semua dah sebati, masukkan isi nangka yang telah dipotong panjang2 tadi. Gaul rata. Ceduk adunan
dengan sudu dan goreng macam biasa. Gunakan api sederhana. Bila dah masak, toskan dulu dan siap untuk dihidang.

Tuesday, July 15, 2014

Udang Berempah Nasi Kandar

Terliur bila nampak lauk ni didapur Kak Paty, kita terus bookmarked..sebab ada stok udang besar dalam simpanan..hehehe..yalah kalau beli nasi kandar kat luar sana, pasti 1 ekor dah berapa kan..so buat sendiri muai dapat makan pun puashati dan berbaloi...lagi2 recipe ni Kak Paty sediakan direstaurantnya..So apalagi..teman2 harus mencuba ni tau..recipe asal dari Mamak Haji aka Mohamad Roslan..kita minta izin dipanjang2kan disini pula ya..kot2 kita pula nak buka restaurant Nasi Kandar kat Singapura ni manalah taukan, jangan percaya ya....hehe..:)
Pada kita menu ni sesuai juga dimasak menggunakan sotong & ikan..

Udang Berempah Nasi Kandar
Sources:- From Mohamad Roslan via Paty's Kitchen
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Ingredients

  • 1 kg Udang besar 
  • 3 biji Bawang Besar di hiris 
  • 3 biji  Bawang Besar dikisar halus.
  • 1 " Halia ( dikisar halus bersama bawang putih)
  •  5 ulas Bawang Putih 6 ulas – dikisar halus.
  • 10 biji cili padi dikisar-(Ayu tambah)
  • 4 sdudu besar Rempah kari Ikan Baba’s -(Ayu letak 5 sudu besar)
  • 2 sudu besar Serbuk Cili
  • 2 sudu besar cili kisar-(Ayu tambah)
  • 1 sdt serbuj jintan Putih.
  • 1 sdt serbuk Serbuk Jintan manis 
  • 1 sdb serbuk kunyit
  • 1 sdt serbuk Kas-kas -(Ayu tak letak ni, sebab tak ada)
  • 2 ranting daun kari
  • 1/2 senduk minyak masak 
  • 2 sdb Jus limau nipis
  • Garam secukup rasa
 
CARA MENYEDIAKAN:

1. Bersihkan udang. Gunting sesengut (misai) dan muncung tajam udang tanpa membuang kepalanya.Peramkan udang yang telah bersihkan dengan serbuk kunyit, serbuk Cili, satu sudu halia+bawang putih yang dikisar halus dan air limau selama 20-30 minit. 2. Panaskan Minyak, masukan bawang yang dihiris,(Ayu masukkan daun kari waktu ni juga) apabila keluarkan bau wangi masukan bawang yang dikisar dan campuran bahan halia+bawang putih yang tinggal. Rempah kari, jintan putih dan manis.(Ayu masukkan cili kisar waktu ni juga)
  3. Apabila gorengan itu mengeluarkan bau yang harum masukkan peraman udang. Masukan satu cawan air(Ayu masukkan 3 cawan air) dan masukkan daun kari. Biarkan selama 10 minit di atas kuali.Tentukan kuahnya likat dan tak terlalu pekat.Sekiranya kuahnya pekat sangat boleh masukkan air sedikit untuk kecairan kuahnya.Masukan garam secukup rasa.Udang Masala sedia untuk hidangan.
  4. Udang yang masak terlalu lama akan mengecut dan kemanisan semulajadi udang akan hilang. Masa masakan Udang adalah amat mustahak. Udang yang besar selalunya dimasak 7-8 minit dan 3-6 minit untuk udang yang sederhana besar.Adalah mustahak tentukan kelikatan kuah sebelum memasukan udang ; dengan ini kuah bersama udang tidak perlu masak terlalu lama.

Monday, July 14, 2014

Mee Bandung II

Mee Bandung ni kita buat hari tu untuk berbuka....Selalu kita buat seorang seorang..kalau nak makan baru buat...kali ni kita buat sekali harung, masak kuahnya sekali untuk 3-4 orang makan. Yalah kalau buat satu2..bila bunyi azan dah kedengaran, mee belum siap, ada yang kena gegar meja makan kita..hahaha...So kalau nak buat sikit please adjust mana yang patut ya..:)

Kali ni kita letak udang kering dalam bahan2nya..selalu..buat tak letak pun, main letak apa yang ado aje..hehe..Ada juga recipe mee bandung yang diletak kacang tanah..kalau tak silap Mee Bandung Muar kan.. Kita pernah makan yang kat Muar tulah..tapi time tu kita kecil lagi..masih hingusan lah kira..Waktu time arwah atok kita masih ada lagi..Kalau balik kampung, mesti pergi ke bas station Muar tu..naik bas Express satu keluarga..maklum ler tak ada kereta..so kalau balik kampung mesti naik bas..beli tiket Malacca Singapore Express dan bas tu akan turunkan kami di bas station bandar Muar. Kalau tiket bas Express dah habis, kami terpaksa naik bas 'sangkut'2.. Dari Singapore - Johor Bahru - Air Hitam - Muar. Waduh those were the days..
Mee Bandung II
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:- (3-4 orang) 
Mee Kuning secukupnya
250-300g daging dihiris ikut suka, direbus dgn air & halia kisar hingga empuk, simpan airnya
20 ekor udang
2 ekor sotong
*2 biji bawang besar
*4 biji bawang putih
*3 sudu besar udang kering
*2 biji tomato
*2 senduk nasi cili kisar-ikut kepedasan
*(bahan dikisar)

1 biji bawang dihiris nipis
1-2 sudu besar tomato puree
4 sudu besar tomato sos
4 sudu besar sos tiram
1 kiub daging
air secukupnya
garam & perasa secukupnya
sawi
kobis panjang atau kobis biasa
taugeh
telur ikut suka berapa banyak

hirisan daun sup/bawang
bawang goreng
cili jeruk

Cara:-
Rebus daging hingga empuk dengan sedikit halia kisar. Ketepikan
Panaskan kuali, bila minyak panas tumis bawang hiris hingga naik bau dan layu.
Masukkan bahan2 kisar biarkan hingga naik minyak dan garing. Masukkan tomato sos, tomato puree & sos tiram serta daging yang telah direbus tadiserta udang  Bila dah sebati dan pekat, masukkan air daging, kalau tak cukup air daging boleh tambah air biasa. Masukkan kiub daging. Perasakan dengan garam dan perasa. Bila kuah dah mendidih, pecahkan telur. biarkan seketika hingga telur sedikit keras. Masukkan sayur kobis, sawi & mee. Akhir sekali masukkan taugeh dan gaul rata. Matikan api dan siap untuk dihidang.Taburkan daun sup/bawang serta bawang goreng dan cili jeruk. Mee bandung ni sedap kalau kuahnya pekat sedikit .

Sambal Bilis Kentang Pedas Berapi

Assalam, another side dish yang sedap dan harus dicuba kalau rajin nak buat ..hehehe.. Kita masak ni dah lama juga..dah lupa kita lawankan dengan lauk apa..tapi ..instead of the main dish  yang laku..kita end up meratah lauk ni dengan nasi aje...walaupun cili padi kat bawah tu nampak banyak ..lepas ditumis hingga garing..kepedasannya tak adalah sampai berapi..biasa2 aje tau..pada tekak kita lah..kalau teman2 yang takut pedas mungkin boleh dikurangkan cili padinya tu ya..:)

Sambal Bilis Kentang Pedas Berapi
Sources:- Mama nayli @myresipi
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction

Bahan-bahan ( 5 org )

  • Ikan bilis 50 gram
  • Ubi Kentang 3 biji
  • Cili Padi @ Cili Burung 20-30 biji-(Boleh kurangkan kalau takut pedas)
  • Bawang Kecik/Merah 10 biji(3 ditumbuk,7 dihiris)
  • Bawang Putih 4 ulas
  • Serai 1 batang(diketuk)
  • Cili Merah 3 biji
  • Asam Keping 1 @ 2

Cara-cara

Tumbuk 3 biji bwg merah dan semua bawang putih. (Jgn Blend sbb nanti sambal ni jd berair)-(Ayu gunakan blender kering)Tumbuk juga cili padi dan cili merah
Goreng ikan bilis sampai garing dan angkat.
Ubi Kentang dipotong kiub kecil dan digaul bersama garam dan serbuk kunyit. Seterusnya digoreng hingga sedikit garing dan angkat.(Deep fry)
Gunakan kuali lain,tumis bahan2 yang ditumbuk dan juga masukkan serai yang telah diketuk.Setelah bahan tumisan agak garing, masukkan sedikit garam.
Masukkan bawang merah yang dihiris.Goreng hingga bawang btul2 garing. 

Masukkan ikan bilis dan ubi kentang yg telah digoreng. 
Untuk nampak cantik,letak sedikit serbuk kunyit dan last sekali masukkan asam keping


Sunday, July 13, 2014

Ikan Kerapu Singgang Kelantan

Entah kenapa tekak macam teringin pulak nak makan lauk singgang yang bewarna putih bersih..Selalu kita kalau masak suka masak singgang serani yang warna kuning gitu..dan pernah juga masak Ikan Singgang Terengganu..yang juga kuning..Kali ni..kita masak singgang Kelantan pulak yang terkenal dengan kuah yang jernih..Ayah kita suka lauk ni..dia ceduk kuahnya dan tenggelamkan nasi..hehe..

Recipe kita adjust ikut selera..sudi2kanlah ya..:)

Ikan Kerapu Singgang Kelantan
Sources:- Mazny@mesra.net
Adjusted,Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
4 potong ikan kerapu dibersihkan dan dilumur dengan jus limau
2 hiris lengkuas 
3 biji bawang putih dihiris
4 biji bawang merah dihiris
cili padi diketuk
1 keping asam gelugor
10 biji  belimbing buluh-(Ayu tambah)
4-5 biji bendi
2 sudu teh belacan serbuk-(Ayu tambah)
air secukupnya
1/2 -1 sudu besar gula
garam & serbuk perasa

Cara:-
Jerangkan air bersama hirisan bawang putih, bawang merah, lengkuas dan cili padi. Bila mendidih masukkan ikan dan asam keping serta belacan. Biarkan  hingga ikan empuk. Perasakan dengan garam gula & serbuk perasa. Masukkan belimbing buluh serta bendi. Matikan api siap untuk dihidang.

Friday, July 11, 2014

Kangkong Goreng Lada Hitam

Kita goreng ni waktu sahur hari tu..pukul 4 pagi ..beresen satu rumah..sebab kita tumis guna cili padi..hehehe...you know me right..cili padi tak dapat dipisahkan...puashati betul tengok Mr Hubby makan this dish dengan nasi panas aje...ayah & mak kita pun berselera kita tengok..kalau dah macam tu..mestilah sedapkan..Imagine dah ada cili padi + lada hitam, pijor babe..heheh..Lauk yang kita nampak sewaktu sebelum puasa lagi..dah simpan dalam draft.. Terimakasih buat Nasya kerana berkongsi recipe yang sedapp ni!.. Akak panjang2kan disini pula ya..:)

Kangkong Goreng Lada Hitam
Sources:- Dari Dapur Nasya
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
BAHAN-BAHAN :
1 ikat kangkung-(Ayu guna 2 ikat)
300 g daging batang pinang (hiris nipis)-(Ayu gunakan daging batang pinang, matikan airnya dulu dikuali lain dengan sedikit halia kisar)
1 tangkai cili merah (hiris)-(Ayu guna beberapa cili padi- jgn ikut kita kalau tak tahan pedas..:)
4 ulas bawang putih (ketuk)
2 tbsp sos tiram Nona
1 tsp @ lebih lada hitam (tumbuk pecah-pecah)-(Ayu gunakan 2 tsp)
sedikit minyak untuk menumis
garam jika perlu


CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis bawang putih hingga wangi. -(Ayu campak kan sekali cili padi)
Masukkan daging, lada hitam dan juga sos tiram. 
Masak hingga daging empuk.
Tambahkan kangkung dan cili.
Kacau rata dan sedia dihidangkan bersama nasi panas @ dimakan begitu saja.


Thursday, July 10, 2014

Sambal Tumis Sardine

Kalau dah tak tahu nak masak apa,(haish ayat yang common didengarkan)..atau bila fridge dah lapang boleh main bola sepak kat dalam tu, atau masak hanya untuk standby untuk siapa2 yang nak makan nasi lauk yang simple dan padat serta kenyang..adalah sardin dalam tin atau sotong dalam tin..hehehe...Inilah lauk penyelamat..

Ini adalah Sambal Tumis Sardin yang paling sedap pada kita!...Sebab rasanya lain dari yang lain..penggunaan daun kunyit, buah keras serta belacan dan serai..memberikan sambal ni kelainan dari sambal sardin yang pernah kita buat...sedappp..Makan dengan nasi panas2 berlauk kan ini sahaja dah mencukupi dan nikmatnya tak terkata..Shukur alhamdullilah..My pattern pulak kalau masak sardin, kita suka buang tulangnya..ada setengah orang suka simpan tulangnya kan, macam mak kita dia cakap tulang ikan sardin tulah yang sedap, nehi nehi kita tak boleh telan tulang ikan sardin takut terkecik.. ngada2 nampak..hahahhaaa...

Terimakasih Che Mat, another great recipe dari Mat yang akak dah cuba..memang puas hati..Akak minta izin dipanjang2kan disini pula untuk rujukan masa akan datang..

Sambal Sardine
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
 BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin besar sardine-(Ayu gunakan 1 tin medium- buang tulang sardin)
2 batang serai, dititik-(Ayu gunakan 1 batang aje)
1 helai daun kunyit, dihiris halus-(Ayu gunakan 3/4 untuk masukkan dalam sambal, 1/4 untuk hirisan)
1 kuntum bunga kantan, belah dua-(Ayu tak letak ni)
1 senduk nasi penuh cili kisar
3 biji limau kasturi, perah jusnya-(Ayu gunakan air asam jawa secukupnya)
1 biji bawang besar, belah 4 dan leraikan
Garam dan gula secukup rasa


BAHAN TUMBUK HALUS :-)
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji cili padi -(Ayu tambah)
1/2 inci halia
2 biji buah keras
Secubit belacan


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Asingkan ikan sardine dari sosnya. Panaskan minyak dalam kuali, tumis serai hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan tumis sekejap, tambah cili kisar dan terus memasak hingga garing dan terbit minyak. Tuang jus asam jawa dan masukkan bunga kantan. Kacau rata.
  2. Masukkan 3 - 4 camca besar sos ikan sardine tadi, kacau dan masukkan ikan sardine, tambah garam dan gula secukup rasa. Masak hingga pekat dan akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit dan jus limau kasturi, kacau rata dan matikan api. Boleh hidangkan..

Wednesday, July 09, 2014

Ayam Cereal Rangup

Ok lauk ni kita masak during bulan puasa tahun lepas..sabor ajelah kan..sekarang baru nak masukkan..sebab nampak lauk ni didapur kak Ummi, kita pun ikut sama..bila tengok gambar cerealnya tu kat dapur Kak Ummi, kita macam cam 'logo'nya tu, sebab itu logo local product kat sini..kita pun carilah kat supermarket..jumpa dan terus buat lauk sahur ..dalam ada 3 packet ..memang sedapp...kita yang kat sini, baru kali ni mencuba..sebelum ni pernah nampak juga brand ni..tapi macam tak tahu nak buat macam mana..
Terimakasih kak for sharing the recipe..kalau akak tak cuba dan masukkan dalam blog memang kita pun tak tergerak nak cuba..:)


AYAM CEREAL RANGUP
Resepi Olahan:  Ummi @ Home Sweet Home

Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan (anggaran sahaja yea):-

  • 6 ketul bahagian ayam (separuh ayam)
  • 1 paket Crispy Cereal Chicken (boleh didapati di pasaraya)
  • 1 biji bawang besar - dipotong dadu
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 2 inci halia - dicincang
  • 8 tangkai cili padi  - hiris halus
  • 1 tangkai cili merah  - hiris halus
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 biji kuning telor
  • 2 sudu besar kicap cair
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menggoreng ayam


Cara Memasak:-

  1. Ayam dicuci bersih, gaul dengan garam dan kunyit dan goreng ayam hingga masak. (jangan terlalu garing).  Angkat dan toskan.
  2. Tinggalkan lebih kurang 4 sudu besar minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar, bawang putih, halia hingga naik sedikit garing dan naik bau.
  3. Masukkan cili yang dihiris dan daun kari, kacau sebentar.
  4. Masukkan telor dan kacau-kacau rata hingga berketul-ketul.
  5. Akhir sekali masukkan ayam dan gaul rata, diikuti kicap dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Akhir sekali tuangkan cereal dan gaul rata-rata menyaluti ayam.  
  7. Tutup api dan siap untuk hidangan.

Tuesday, July 08, 2014

Lodeh Kering aka Sambal Goreng Jawa

Side dish yang kita suka sangat..Kalau mood ada rajin pasti sambal goreng macam ni kita selalu buat..yalah kalau malas satu jenis lauk aje dah ler..tak kuasa makcik tau..hehe...Sedap sambal goreng jawa aka lodeh kering ni ..I like the part cili kering di hiris atau digunting halus macam sambal goreng pengantin...Definitely will masak this again maybe for lauk raya tahun ni..Thank you Kak Jee, minta izin dipanjang2kan disini pula...

Lodeh Kering  aka Sambal Goreng Jawa
Sources:-From Kak Jee
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
BAHAN2:
2 keping tahu basah
1 peket tempe-(Ayu gunakan 2 keping tempe)
10 tangkai kacang buncis-(Ayu gunakan 8 tangkai kacang panjang)
4 hati ayam-(Ayu tak letak ni sebab tak ada)
4 pedal ayam-(Ayu tak letak ni sebab tak ada)

2 biji kentang dipotong dadu-(Ayu tambah)
2 batang serai-(Ayu gunakan 1 batang aje)
2 inci lengkuas-(Ayu gunakan sehiris aje)
1 inci halia
2 labu bawang besar
2 biji bawang putih
4 biji cili merah
4 batang cili kering

dua sudu besar gula melaka-(Ayu guna 1 sudu gula pasir aje)
2 inci belacan
½ cawan santan pekat
1 keping asam gelugur (asam keping)-(Ayu gunakan asam jawa sebesar 1/2 biji telur)
petai (optional)

CARA

Tempe dan tahu dipotong dadu kecil2 dan digoreng separuh masak. Kalau terlalu garing, hasilnya menjadi keras. Asingkan.
Cili kering dan cili merah dipotong serong halus2. (Cili Kering digunting jugak serong2 dan nipis). Kacang buncis juga dipotong serong2 dan nipis2.
Lengkuas, serai dan halia di hiris nipis dan ditumbuk hingga halus. Kemudian masukkan belacan dan tumbuk sekali.
Bawang besar dimayang bulat2 dan nipis2. Begitu juga dengan bawang putih dihiris nipis.
Hati ayam dan pedal dipotong kecil2.
Setelah siap semua bahan2 tadi, panaskan kuali besar dan bubuh sedikit minyak untuk menumis bahan tumbuk. Apabila bahan tumbuk sudah wangi, masukkan bawang besar dan bawang putih serta cili. Goreng hingga agak layu kemudian masukkan hati ayam dan pedal serta petai (kalau guna). Goreng seketika. kemudian masukkan santan pekat dan juga sedikit air. Ketika ini masukkan juga gula melaka.
Apabila hati ayam dan pedal sudah masak, masukkan kacang buncis dan gaulkan seketika hingga kacang nampak sudah hampir masak. Kemudian masukkan tempe dan tahu. Bubuh juga asam keping, garam dan sedikit aji jika guna.
Gaul sampai rata dan apabila sudah naik wap, padamkan api.
Hidang bersama nasi impit. Juga sedang dimakan bersama nasi putih.
Lauk ni ada rasa masam dan manis. Kalau suka pedas, tambah hirisan cili kering. Kekadang Kjee turut hiris cili hijau dan cili api.
Bonda tidak pernah tambah sohuun dalam lauk ini. Kjee tambah petai dalam lauk ni hari tu sebab sekarang kan musim petai. Sedap sangat bubuh petai

Monday, July 07, 2014

Kari Daging Ala Kerala

Kita kalau masak kari, kita suka google for recipe in case ada recipe yang belum kita cuba., saja aje nak cuba dan rasa kelainan ..sebab masak kari ni kira 'standard' lah kan..its just how you cooked it, the steps dan bahan2 yang digunakan...Kali ni kita cuba pula kari daging ala kerala..the difference dalam kari ni adalah bahan2 semuanya mostly just dihiris instead ditumbuk atau dikisar which I normally did..I should say it is something different ..recipe asal kuahnya agak pekat, tapi for me kita cairkan sikit  berkuah sebab makan dengan roti kirai..:)

Kari Daging Ala Kerala
Sources:- Youtube.
Tried, Tested & Adjusted:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
1kg daging dihiris ikut suka
2 biji tomato dipotong dadu
3 biji bwang besar dihiris nipis
2 inci halia dihiris halus
4 biji bawang putih dihiris nipis
2-3 biji kentang
8 biji cili padi hijau
sedikit daun ketumbar

3 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk jintan manis
2 sudu besar serbuk kerala garam masala-(Ayu gunakan garam masala biasa aje)
1 sudu besar serbuk kunyit
 sedikit serbuk lada hitam


Bahan ditumis dulu:-
8 ulas bawang merah diketuk
3 ulas bawang putih diketuk
sedikit minyak kelapa( Ayu gunakan minyak masak biasa aje)
2-3 batang daun kari digoreng garing dan angkat. ketepikan. 

Cara:-Saute(Tumis) bawang merah & bawang putih hingga naik bau dan sedikit kekuningan.
(resepi asal tumis satu2 dulu, tapi Ayu tumis sekali harung). angkat ketepikan. Goreng daun kari hingga garing angkat ketepikan.Minyak akan digunakan lagi.

Cara Memasak:-
  • Panaskan sedikit minyak masukkan daging yang telah dibasuh dan ditoskan. Goreng hingga daging bertukar warna aje. Angkat daging. Jangan ambil airnya.(Menurut recipe asal, ini kerana kita tak nak bau daging tu) Ketepikan.
  • Panaskan minyak lebihan goreng bawang tadi. Tambah kalau perlu. Tumis halia, bawang putih, bawang besar hiris hingga layu dan naik bau. 
  • Masukkan tomato yang dipotong dadu, cili padi hijau dan daun kari. Gaul rata. Biarkan hingga tomato layu dan hancur. 
  • Masukkan daging yang telah digoreng tadi kacau rata. Matikan api.
  • Masukkan rempah2, bawang merah dan bawang putih yang telah ditumis tadi serta kentang. Kacau rata hingga sebati dan meresap dengan daging. Masukkan serbuk lada hitam,garam serta serbuk perasa. Hidupkan api kembali. 
  • Masukkan daun ketumbar dan kacau. Tambah air secukupnya hingga daging tenggelam, masaklah hingga mendidih dan daging empuk.(Resepi asal gunakan pressure cooker, kalau tak ada tak apa gunakan periuk biasa aje, cuma waktu merebus kena adjust sendiri waktunya ya)
  • Akhir sekali masukkan daun kari yang telah digoreng tadi. Hiaskan dengan daun ketumbar.

Friday, July 04, 2014

Serimuka Delima

Assalam another recipe yang dah buat sebelum Ramadan..Terasa nak makan serimuka, dah nampak kuih ni kat dapur Along for quite sometimes, decided to buat half adunan aje kebetulan waktu tu kita ada buat order untuk serimuka pandan for my SIL, so rendam sekalilah pulut tu for this serimuka..then while rendam pulut tu..selak2 balik kat recipe yang kita beli dari Chef Asma, rupanya kita pun ada recipe ni ..heheh..

Alhamdullilah sedapp juga kuih ni..sama macam kuih Serimuka Pandan tulah sedapnya...Cuma yang ni warna lebih ceria sebab ada sago biji yang diwarnakan dengan warna merah/pink dan atasnya warna kuning kastard..
Kalau teringin nak makan, bolehlah pergi rendam pulut tu..hehe..


Serimuka Delima
By: Chef Asma via AlongRoz@HomeKreation 
Tried & Tested by Ayu@curlybabesatisfaction
Saiz: 10" persegi (atau guna 7"persegi utk separuh adunan)-(Ayu buat 1/2 adunan & gunakan loyang 8")
LAPISAN BAWAH:
500g Beras Pulut - rendam semalaman atau sekurang2nya 4 jam
300ml Santan Pekat
300ml Air
2 st Garam
20g Sagu - rendam dgn air & pewarna merah/pink


CARA2:
1. Tapis beras pulut, campurkan dgn santan, air & garam. Kukus selama 30 minit.
2. Gaulkan dgn sagu (tak payah sehingga rata) & tekan kan ke dlm tin yg di sapu mentega.


LAPISAN ATAS:
250g Gula
100g Tepung Kastad
400ml Santan Pekat
400ml Air
4 bj Telur
1/2 st Garam
Beberapa titik Esen Vanilla
Pewarna Kuning (HomeKreation: tak perlu sbb tpg kastad dah kuning) -(Ayu tambah sedikit pewarna kuning)


CARA2:
1. Campurkan kesemua bhn sehingga sebati (ikut turutan di atas). Masak dgn api kecil sehingga naik wap.
2. Tuangkan ke atas lapisan pulut tadi & kukus selama 30 minit. 3. Biarkan sehingga betul2 sejuk sebelum di potong.

Ayam Taucu Lemak Merah

Lauk sahur yang sungguh menyelerakan..simple yet sedap...of cos boleh juga dibuat iftar..
Kita gunakan dada ayam, dan tambah kacang buncis, so dah tak payah goreng sayur lagi dah...semua dah ada dalam tu...:)

Ayam Taucu Lemak Merah
Sources:-From Kak Fida@myresipi
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-(4-5 orang)
  • 1 ekor ayam - potong 10, lumur garam, kunyit dan goreng hambal.
  • 2 biji bawang besar - hiris bulat*}
  • 4 biji cili hijau, merah - hiris serong*} - digoreng layu atau biarkan mentah ikut selera
  • 1 batang serai - dititik
  • 2 sb penuh taucu - disiram air dan toskan, ramas kasar jika suka
  • 1/2 sb air asam / asam keping yang kecil (opt)
  • garam (opt), gula secukup rasa
  • secukup santan-(Agak2 ikut selera- Ayu gunakan sedikit aje)
  • segenggam bawang goreng 

BAHAN KISAR HALUS :-
  • 10 tangkai cili kering atau lebih ikut selera
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 hiris halia
  • 1/2 inc kunyit hidup
  • 1 sk belacan (opt)

Cara-cara


  1. Panaskan sedikit minyak lebihan goreng ayam, masukkan bahan yang dikisar halus, serai dan tumis hingga wangi.Masukkan taucu dan kacau rata. Masukkan pula ayam goreng dan kacau lagi.
  2. Tuang secukup santan dan secukup perasa dan masak hingga mendidih. Masukkan pula hirisan bawang besar, cili hijau dan cili merah. Kecilkan api dan masukkan bawang goreng, kacau dan renihkan kuah selama 5-10 min.
  3. Jika suka, boleh tambah kacang panjang yang dipatahkan 2 inc panjang ke dalam masakan dalam cara2 ke (2).(Ayu gunakan kacang buncis)

Thursday, July 03, 2014

Asam Rebus Nenas Ikan Unga

Lauk Ikan yang dimasak sebelum Ramadan..kita gunakan 1 ekor...tapi kalau nak masak bulan puasa ni..makan nya sikit aje so maybe gunakan 1/2 ekor aje..adjustlah mana yang patut ya...
Kita adjusted balik some of the bahan2 dalam masakan ni..terimakasih Che Mat..bukan main laju Big boss makan, berpeluh hidung..hehehe..kita buat pedas2, masam2 manja dan pekat sikit..Nenas dah manis so everything blends well..:)

Asam Rebus Nenas Ikan Unga
Sources;- From CMG
Adjusted, Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
BAHAN:-

1 ekor ikan unga, cuci bersih dan toskan lumur dgn jus limau untuk hilangkan hanyir
1 biji nenas kecil dikupas dan hiris kasar
1 helai daun kunyit
1 sudu besar asam jawa
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya


BAHAN KISAR:-
7 biji cili merah
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1 sudu besar belacan
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih


CARA MEMBUATNYA :-) 
Masukkan bahan kisar halus ke dalam periuk bersama asam gelugor& asam jawa (Ayu masukkan asam jawa kemudian cedok bijinya keluar) . Masak hingga mendidih dan tambah nenas, kacau rata dan masak sekejap.
Maukkan ikan  dan daun kunyit. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit perasa. Masak hingga nenas lembut dan ikan masak. Siap. Hidangkan bersama nasi, sambal belacan dan ulam-ulam.

Wednesday, July 02, 2014

Epok Epok Sayur II

Assalam mualaikum warahmatullahhi wabarakatu..rasanya belum terlambat lagi kita nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadan Almubarak  pada semua umat Islam dimana saja anda berada..Semuga amalan kita diberkati Allah dan bertambah lagi dengan keimanan dan ketakwaan hendaknya..

Ok, actually kita nak update blog ni dari hari tu lagi..tapi disebabkan kurang masa dan tenaga terpaksalah kita tangguhkan dulu hinggalah kehari ni..Ini pun kita tinggalkan sekejap barang2 kat dapur tu sebab nak update punya pasal..hehehe...
Rasanya tahun ni kita tidak lah dapat nak update laju2 macam tahun2 yang sudah..haish entahlah tiap2 tahun kita noticed, my blog posts makin mengurang..Mungkin disebabkan kebanyakkan recipe2 kita dah cuba dan kalau ada pun recipe2 baru mungkin sikit aje..ataupun recipe2 yang ulangtayang tapi diberi 'nafas' baru..hehe..

Cakap pasal recipe 'nafas' baru ..Epok epok sayur ni adalah salah satunya..Kita dah pernah buat tapi kali ni kita cuba recipe lain pula dan tokok tambah apa yang patut...Buat ni bukanlah waktu bulan puasa ni tau..tapi sebelum puasa kemarin..Kalau siapa2 yang friend kita  difacebook pasti tahu cerita tentang 'kontrovosi taugeh'...hahaha..To summarise the cerita, actually kita suruh Mr Hubby pergi pasar one fine day, sebab  I was not feeling well..lists all the things that I want him to buy..salah satunya adalah just buy $1 taugeh..on top of other things...Sekali dia bawa balik 1 kilogram taugeh!!!..Tak ke terperanjat beruk dibuatnya..garu kepala kita yang tak gatal..Bila ditanya kenapa beli banyak sangat?.. Dia jawap ermm 'mata tak nampak' wakakaka...Anyway he hinted buatlah epok epok sayur..so terjadilah epok2 epok sayur ni dan sekali buat terus buat 1kg, dan frozenkan sebahagian darinya..

Kalau tengok adunan kulitnya tu kita gunakan pastry marjarine dan jus limau, actually ini adalah salah satu bahan yang digunakan untuk menjadikan kulit epok2 tu sedap..waallah waalam, sumber dari seorang guru masak disini...
As for the inti, kita tambah cili merah ..anak2 makan dah tak payah tuang sambal cuka, they eat just like that..sebab dah terasa cili atau 'pedas' manjanya..Overall mum & hubby cakap sedap epok2 sayur ni..oh and yes, its stays rangup for quite sometimes too...:)

Epok Epok Sayur II
Sources:- Bro Rozzan
Adapted, Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Kulitnya
1kg tepung gandum
2 sudu besar (bumbung) minyak sapi-(Ayu guna 2 sudu besar pastry marjarine)
120 ml minyak masak-(Ayu panaskan minyak & pastry marjarine)

3 biji jus limau-(Ayu tambah)
350 ml air hangat/panas
1½ sudu teh garam (campurkan pada air hangat/panas)



Cara:
Masukkan tepung ke dalam mangkuk besar (besen). Masukkan minyak sapi(Ayu masukkan pastry marjarine & minyak yang telah dipanaskan) dan gaul rata. Kemudian masukkan pula minyak masak dan gaul lagi. Tambahkan jus limau, gaul.  Akhir sekali masukkan air hangat sedikit sedikit dan terus uli menjadi doh yg lembut tapi jgn lembik. Biarkan doh rehat kira-kira setengah jam. Setelah itu, buatlah bebola-bebola kecil mengikut saiz yg anda suka(Ayu biarkan 10 minit). Kemudian canai nipis dan isikan dgn inti sayur dan kelimlah dgn rapi dan kemas. Goreng dgn minyak yg mencukupi dgn api yg sederhana panas sehingga kekuningan. Hidangkan dgn sambal cuka.


Inti Sayur
3-4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar-(Ayu gunakan 8 biji bawang merah)
1 btg kecil cili merah-(Ayu gunakan 5 biji)
3 sudu besar udang kering (rendam)

(Kesemua bahan di atas di tumbuk/kisar halus)

400 gm taugeh (bersihkan, kalau rajin buang ‘ekor’nya)-(Ayu gunakan 600g)
1 biji sederhana sengkuang (hiris seperti lidi mancis)
½ batang lobak merah (hiris seperti lidi mancis)
sedikit daun sup/bawang
garam secukup rasa
secukup minyak utk menumis (kira-kira 3 sudu besar)

Cara:
Panaskan minyak dlm kuali lalu tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan sengkuang dan lobak merah. Kacau rata dan biarkan sebentar sehingga separuh masak. Kemudian masukkan taugeh dan garam. Kacau sebentar sehingga rata. Jangan terlalu lama agar taugeh tidak terlalu layu. Akhir sekali bubuh daun sup/bawang. Gaul dan matikan api. Sejukkan dahulu sebelum digunakan.


Sambal Cuka 
10 sudu besar (bumbung) cili kering kisar
4 ulas bawang putih (tumbuk)
2-2½ cawan air
1 sudu teh garam
3 sudu besar cuka
4 sudu besar gula pasir-(Ayu gunakan 3 sudu besar)

Cara:Satukan semua bahan dan masaklah di atas api yg sederhana sehingga mendidih. Sesuaikan rasa mengikut citarasa anda. Tambah dan kurangkanlah apa yg perlu. Bagi anda yg tak boleh makan cuka, tukarkan dgn air asam atau sos tomato.