Friday, July 26, 2013

Nasi Aswan & Acar Telur Burung

Assalam, dah 17 Ramadan ya hari ni..sekejap aje masa berlalukan..tak sedar..dah pertengahan dah kita mengerjakan ibadah puasa..lepas berbuka dan bersahur my mind macam relaxlah sikit..tapi lepas tu... pagi dah buntu balik ..especially bila my mum ask me..BUKA APA HARI NI AYU!!!!..AHHHH..kita jawap..pressure pressure!!..makanan yang kita makan waktu sahur masih belum hazam lagi dah nak kena fikir balik ler...:(
Anyway, disebabkan dah buntu dan kebetulan Iqram ada request nak makan 'nasi briyani'..kita cuba masak Nasi Aswan ni.. dapat dari buku Asmah laili another nasi yang harus dicuba teman2 tau..sedapp sangat...Mr Hubby tak berbuka  dirumah waktu ni ..so boleh kita semua makan nasi..hehe..sahur ajelah dia makan nasi ni..dia pun cakap sedapp..

Actually kita nak luahkan sedikit disini..didalam kita sibuk mengupdate ni..rupanya ada lagi aktiviti2 menciplak post2 diblog kita ni..Kita dah pergi dah ke website yang dimaksudkan, itupun dinotify dari seorang teman yang dengan tidak sengaja terjumpa link tu....Terimakasih pada teman yang beritahu tu ya..Kita sebenarnya dah penat nak handle perkara macam ni lagi..Bila diselak balik, samalah macam terjadi tahun lalu..semua diciplak lagi..Kita dah tak larat nak tutup blog kita ni..UDAH CAPEK!!!..Kalau udah berbahasa begitu udah tentu tahukan website yang dimaksudkan dari mana ya..:( 

Nasi Aswan
Sources:-From Asmah Laili
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
1 kg beras basmati (cuci bersih & rendam selama 10-15 minit)-(Ayu gunakan 61/2 cawan)
Air mengikut paras beras-(Ayu gunakan 7 cawan air)
1 ekor ayam(dibuang kulit, lemak & dipotong 10)-(Ayu gunakan 11/2 ekor ayam)

*5 biji bawang besar
*8 ulas bawang putih
*2 jari halia muda
*10 biji tomato segar-(Ayu gunakan 6 biji besar aje)
(*bahan dipotong dadu)

1 tin kecil tomato puree
10 biji buah pelaga dipecahkan-(Ayu guna 7 biji aje tidak dipecahkan)
5 kuntum bunga cengkih
5cam kayu manis
1 sudu teh serbuk lada putih-(Ayu gunakan 2 sudu teh)
1 cawan minyak canola-(Ayu guna minyak biasa aje dan agak2 aje)
1/2 cawan daun ketumbar
1/2 cawan daun pudina
1 sudu besar serbuk lada -(Ayu tambah sebab nak kasi warnanya merah sedikit sebab tomato yg Ayu gunakan tomato warna light oren)
garam & perasa secukupnya

Bahan Taburan:-
1/2 cawan bawang goreng
1/2 cawan hirisan badam goreng-(Ayu tak letak)
1/2 cawan gajus goreng belah dua.

Caranya:-
Panaskan minyak dalam periuk dan tumis cengkih, pelaga dan kayu manis sehingga naik aromanya. Masukkan bahan2 dadu dan amsaklah selama 5-10 minit. Setelah lembut masukkan pula kepingan ayam, tomato puree, garam. perasa. serbuk lada putih, daun ketumbar dan daun pudina. Gaul rata dan biarkan sehingga ayamnya 3/4 masak. Keluarkan sosnya dan ketepikan -(Ayu ambil 6 senduk nasi sos nya).Ini hendak dimasak dengan nasi. Tinggalkan sedikit dan masak lagi ayamnya sehingga lembut dan enak. Matikan api.

Seterusnya, tuangkan beras kedalam periuk masak letrik. Tuangkan air yang diperlukan, masukkan sekali sos yang dikeluarkan tadi dan kacau rata. Masukkan garam dan masaklah nasi sehingga tanak.

Cara menghidang- isikan nasi dalam pinggan. Letakkan sekeping ayam diatasnya. Taburkan bawang goreng, badam goreng dan gajus goreng. Enak sekali dilawankan dengan acar limau dan dalca sayur.



Acar Telur Burung
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
30 biji telur burung direbus dan dibuang kulitnya
1 batang timun dihiris panjang
1/2 batang lobak merak dihiris panjang
1 biji bawang besar dihiris  
3 biji bawang merah biarkan sebiji
3 biji bawang putih biarkan sebiji
1 biji lada merah dihiris serong
1 biji lada hijau dihiris serong

2 sudu besar bawang kisar
1 sudu besar halia kisar
1 sudu besar bawang putih kisar
2 sudu besar cili kisar

2 sudu besar cuka
2 sudu besar sos tomato
sedikit kunyit
2 sudu besar biji sawi
1 sudu besar gula
garam & perasa secukupnya

Caranya:-
Panaskan minyak, tumis bawang besar hiris hingga naik bau,masukkan  bahan2 kisar, bawang besar, bawang putih, halia dan cili kisar dan sedikit kunyit masak hingga naik minyak dan garing.
Masukkan  bawang merah sebiji2, bawang putih sebiji2,sos tomato, biji sawi, cuka, gula, garam & perasa.

Masukkan, telur burung rebus, lada merah hiris, lada hijau hiris, timun & lobak merah..Kacau hingga rata dan sekata.Bila dah siap boleh matikan api.Siap untuk dihidang.

Thursday, July 25, 2013

Thai Fried Banana Fritters - Kluay Khack Kluay Tod

Bulan puasa ni, kita teringin pulak nak makan pisang goreng..but my area macam susah gitu nak dapat ..So kena cari kat kedai pisang yang way out further sikitlah baru ada...Pisang Goreng atau Goreng Pisang eh?..
Kita pulak lebih suka pisang NIPAH/ABU goreng  compare to pisang tanduk dan pisang nangka..kalau dapat pisang raja lagii sedap tau..tapi yang tu kena pergi Geylang lah baru ada..kalau area kita ni janganlah harap..dah dapat pisang nipah tu pun dah cukup baik ah..

Anyway, kita rasa nak makan pisang goreng yang dibuat style macam nilah..maklum ler tekak orang berpuasakan macam2 kerenahnya...pertama kali makan ni sewaktu kita diLangkawi duluuuu .sewaktu baru2 berumahtangga..pergi honeymoon u..hahaha..haip jangan ketawa..honeymoon kat situ ajelah maklum lah tak ada budget, and during that time dah kira mahal tau....hahaha...jalan2 kat sana then ternampak ada orang jaja pisang goreng ni ditepi jalan..so berhentilah sekejap (kita sewa kereta  dan kita yang DRIVE ya..time tu juga Mr Hubby belum ada lesen tau sebab kita dapat lesen dulu ahhhh....hahaha habis pecah rahsia)Mungkin Langkawi dekat dengan Thailand itu sebab cara menggorengnya lebih kurang kot?.. Anyway lepas tu macam teringat2 pisang goreng yang ada bijan tu..tercari2 recipe itu yang kita cuba disini..This time kita adjusted ikut selera dan tambah beberapa bahan..pisang goreng licin dan laku macam 'pisang goreng'..hehehe...:)

ps dalam gambar tu bukan pisang nipah ya itu pisang berangan..just for 'props aje' boleh click kat bawah kalau nak tahu pisang nipah tu macam mana.
Thai Fried Banana Fritters - Kluay Khack Kluay Tod

Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Ingredients:-
1 cup rice flour
1 cup plain flour
1/2 cup grated white coconut
1 tsp bicarbonate soda
1/2 tsp limestone solution(air kapur)
6 tbsp thick coconut milk
1/2 tsp salt
2 tbsp sugar
2-3 tbsp white sesame seeds
water to estimate
oil for deep frying
 20-25 medium size Pisang Nipah

Method:-
1. Combine the first 10 ingredients in a mixing bowl to make a slightly thick batter.
2. Heat oil for deep frying.
3. Dip the banana pieces into the batter and drop into the hot oil.
4. Fry till golden brown and drain on absorbent paper.

Wednesday, July 24, 2013

Prawn Noodles Soup

Pada suatu pagi yang tak berapa pagi..kita kena hantar Marsya ke sekolah sedikit awal kerana Marsya ada remedial lesson..kebetulan Mr Hubby pulang sekejap kerumah so dapatlah dia menghantar Marsya dan juga kita ..lepas tu kita cakap kita nak pergi pasar nak beli apa2 yang patut untuk berbuka..kita tanya dia nak buka apa petang tu..dengan tidak semena2..dia jawap..'Ah tak nak cakap lah..cakap pun bukannya awak nak buat!!''..Uish anjat gegerl bila Mr Hubby jawap macam tu..kita tanya dia..eh bila masa yang awak request apa2 kita tak buat..most of the time will diusahakan punya..''See, see you forgot!'' Mr Hubby jawap.."I've already told you that day but you refused to do instead you buat your the other mee, which is mee bandung.." wah!!!...kita jawap..sumpah tak ingat hahaha..then I paused sekejap..oh Prawn Mee is itttt?..He answered..YESSSS LAH...!!!
Wahh..dalam hati rupanya dia merajuk lahhh..hahaha..kita jawap uish dah tua2 merajuk buruknya..hahaha..Oklah kita buat...so terjadilah prawn noodles ni...:)

Bila diingat balik kita pernah cuba buat Prawn Mee recipe dari CMG..tapi recipe tu kuahnya menggunakan cili kisar, kira kuahnya merahlah kan. So based on the same recipe.. kita adjusted ikut citarasa kami iaitu, kita buat kuahnya clear. Prawn Noodles Soup yang pernah kita makan kat Singapore ni memang kuahnya jenis yang jernih, tidak ada telur rebus tapi ada fish cake dan hanya sayur sawi dan taugeh digunakan instead of kangkung..Then cilinya pula just hirisan cili padi kicap to go along with it..I would rate..the taste is almost there..alhamdullilah..(tekan lift nampak)..Oh yes, prawn stok tu kita masak dalam 1 jam tau..renehkan dengan api pelahan..so kalau nak buat kena start awal lah ya..Kita masak kuahnya pun lepas asar..untuk teman2 yang bekerja, maybe boleh cuba ni time weekendlah kan..:)

Prawn Noodles Soup
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan Untuk Stok Udang:-
1 kg udang sederhana besar, kupas kulit dan buang urat belakang udang, asingkan kulitnya
2 batang saleri, potong besar2
1 batang lobak merah, potong besar2
1 biji bawang besar, belah 4
2 ulas bawang putih, cincang halus

Bahan Untuk Kuah:-
4 ulas bawang putih, diketuk
2 biji bawang besar*
5 biji bawang merah kecil*(*dikisar halus)
20 g gula batu
2 kiub pati ayam
3 sudu besar kicap cair
3 sudu besar sos tiram
Garam dan serbuk perasa

Bahan Lain:-
Mee kuning dan Mee hoon secukupnya dicelur
10 biji telur burung direbus atau telur ayam
2 keping fish cake dihiris nipis
Taugeh, dicelur
Sayur sawi dicelur
Hirisan daun sup/bawang
Bawang goreng

Cili padi kicap:-
cili padi secukupnya dihiris 
kicap cair
gaulkan.. siap untuk dimakan dengan prawn noodles.

Cara membuatnya:-
UNTUK STOK UDANG:- Kulit udang dicuci bersih dan toskan. Dalam periuk, panaskan 2 camca besar minyak dan tumis bawang putih hingga wangi, masukkan kulit udang dan kacau goreng hingga bertukar warna. Tuang 4 - 5 liter air dan masukkan saleri, bawang besar dan lobak merah. Renih 1 - 1 1/2 jam dengan api perlahan. Cedok keluar buih2 yang timbul untuk mendapatkan stok udang yang jernih. Kemudian tapis stok tadi, kisar kulit udang bersama saleri, bawang besar dan lobak merah hingga halus. Tapis dan satukan kedalam stok udang.

UNTUK KUAH:- Udang yang telah dibuang urat belakang tadi, dicuci bersih dan gaul dgn sedikit garam. Goreng dalam minyak hingga udang bertukar warna, angkat dan toskan (ketepikan untuk diguna kemudian). Dengan menggunakan minyak gorengan udang tadi (mungkin dah berair sikit  sebab air udang.. tapi tak apa) tumis bawang putih hingga wangi, masukkan  bawang besar dan bawang merah kecil yang dikisar tadi. Tumis hingga pecah minyak. Tuang tumisan kedalam stok udang dan jusnya tadi(macam tumis darat gitu). Gaul hingga sebati. Masukkan kiub ayam, fish cake dan gula batu, biar mendidih. Perasakan dengan sos tiram, kicap cair, garam dan serbuk perasa. Renehkan dengan api kecil.Bila mendidih, boleh kaup fish cake yang telah masak keluar dan ketepikan untuk digunakan kemudian.

PENYEDIAAN Prawn noodles:- Celur mee hoon hingga lembut, begitu juga mee kuning. Dalam mangkuk yang sesuai, masukkan sedikit mee hoon dan mee kuning, tabur taugeh, dan sawi. Tuang kuah hingga hampir memenuhi mangkuk, hias dengan telur rebus, udang goreng, fish cake hirisan daun sup/bawang, bawang goreng. Sudukan hirisan cili padi kicap cair ke dalam mee untuk rasa lebih enak dan balance.

Tuesday, July 23, 2013

Ayam Goreng Kunyit Berserai

Buntu buntu buntu nak masak apa....alahai bila dengar ayam aje kita naik pening dah tak tahu nak masak apa dah..asik ayam goreng kunyit ajelah .. kalau dah tak kuasa nak fikir lama2..kali ni kita cuba ayam goreng kunyit with a tweak...leburkan dia dalam cilipadi, serai, bawang dan halia kisar..ah jadilah dia ayam goreng kunyit berserai, boleh gitu?..Bolehlah nyah..anak2 makan aje tapi mak dan warga tua makan sayurnya ayam tu sikit aje kita rasa2....layan ajelah ya..

Ayam Goreng Kunyit Berserai
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
1kg ayam dada -dipotong dadu dan lumur dengan jus limau dan diperap
dengan kunyit & garam
*1 inci halia
*20 biji cili padi atau lebih- boleh kurangkan kalau takut pedas.
*1 biji bawang besar
*2 batang serai
(*bahan dikisar halus)
2 sudu besar sos tiram
5 batang kacang panjang dipatah2kan 1 inci panjang
bunga kobis secukupnya
3/4 cawan air atau secukupnya
air asam secukupnya
garam & serbuk perasa secukupnya

Cara:-
Goreng ayam yang telah diperap dengan garam & kunyit serbuk tadi. Angkat dan  gunakan sedikit minyak dari mneggoreng ayam tadi untuk menumis. Tumis, bahan2 kisar hingga naik bau dan garing, masukkan sos tiram dan air asam secukupnya. Masukkan Kacang panjang & bunga kobis gaul rata, masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul hingga sekata. Masukkan air dan biarkan seketika. Gaul lagi hingga sayur layu empuk dan ayam meresap rempah2nya. Siap untuk dihidang.

Friday, July 19, 2013

Mee Boyan

Kalau hari tu roti boyan, kali ni Mee Boyan pulak..hehe seriously first time dengar ni..kenapa kita cuba mee ni pertama adalah kerana namanya..kedua adalah kerana nak tahu apa rasanya dan ketiga sebab dah buntu tak tahu nak buat apa for iftar..hahaha..sabor ajelah kan..

Mee ni kita dapat recipenya dari buku masakan puan Aini Salim - Masakan Singapura..
Banyak juga recipe2 asal dari Singapura disiarkan dalam buku ni..
Kita realised half way recipe ni tak gunakan telur..yalah kita ni kalau goreng mee yang biasa2 tu mesti nak masukkan telur .. macam tak cukup syarat kalau tak ada telur..hehe..
Anyway, nak buat pun senang dan yang pasti anak2 suka makan sebab tak pedas sangat pada mereka..basically recipe ni very simple aje its just a bit different from the normal mee goreng kita selalu buat..
Teringat dulu waktu kita tinggal diPasir Panjang, ramai jiran2 kita orang bawean..suka dengar bila dia orang bercakap..ada siapa2 teman yang singgah sini orang bawean?..

Mee Boyan
Sources:-From Aini Salim
Tried, Adjusted & Tested:- Ayu @curlybabesatisfaction
Bahan:-
1kg mee kuning
2 keping tauhu dihiris kasar kemudian digoreng ketepikan
10 ekor udang sederhana
1-2 keping fish cake
1 biji bawang besar dihiris nipis
tauge secukupnya
sawi  secukupnya
150g daun bawang dan daun sup cuci kemudian potong panjang 4cm-(Ayu potong pendek2 aje)
2 sudu besar cili kisar
*10 ulas bawang merah
*4 ulas bawang putih
*2 sudu besar belacan serbuk
*1 sudu besar serbuk lada hitam
(*bahan dikisar)
minyak untuk menumis
garam & serbuk perasa secukupnya

Cara:-
Panaskan minyak tumis bawang besar hiris hingga layu dan naik bau. Masukkan bahan kisar, dan biarkan hingga naik bau dan garing. Masukkan fish cake, udang dan tauhu gaul rata hingga bahan2 meresap rempahnya, perasakan dengan garam & serbuk perasa. Masukkan mee daun sup & bawang, sawi dan taugeh. Gaul rata. Bila dah sebati. Matikan api dan siap dihidang bersama hirisan timun dan sos tomato.

Thursday, July 18, 2013

Tart Kentang

Tart Kentang, yang dah lama masuk list..kalau yang suka berbuka puasa dengan juadah2 snack atau menu yang jenis berat excluding nasi boleh lah mencuba tart kentang ni..memang sesuai betul..Biasalah my family kan kalau berbuka tak sangat into makan nasi..tapi rather suka yang jenis2 macam 'heavy snack' gitu..macam mee, pasta, pizza dan sebagainya .. Kita buat ni kali pertama sebelum puasa kemarin...then makan beketul2 lepas keluar dari oven tu..then semalam buat lagi for berbuka..memang sedapp..
Recipe dari Kak Ros, yang banyak recipe dikongsi berasas dari kentang which is my family favourite..
Terimakasih Kak Ros, kita minta izin dipanjang2kan disini pula ya..Kita adjust ikut selera sendiri ni..tambah cili padi kasi kick lagi..hehe..Oh yes, kalau siapa2 yang nak cuba tu..be generous dengan Mozarella cheese tu ya..sebab lebih banyak cheese lagi sedapp..Kita makan gitu aje without any sos pun dah sedap..


Tart Kentang
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
  Bahan-bahannya  
* 5 biji kentang dikupas basuh bersih dan diparut halus
* 1 biji karot di kupas dibasuh dan diparut halus
* 1/2 biji bawang besar juga diparut-(Ayu gunakan 1 biji dipotong dadu kecil)
* sedikit potongan daun bawang
* beberapa cili padi dihiris kecil -(Ayu tambah)  
* 2 batang crab stick dipotong kecil
* 5 ekor udang dipotong dadu kecil-(Ayu tambah)  
* 3 sudu besar tepung gandum-(Ayu tambah)
* 1/4 cawan susu
* 3 biji telur  
* 1 packet mozzarella cheese
* garam dan serbuk ladaputih ajishio secukup rasa





Cara memasak
1- Campurkan parutan kentang ,carrot dan bawang besar, tepung, udang & crab stick dalam satu bekas.Perah keluar airnya sebanyak yang boleh.
2- Susu dipukul bersama telur dan tuangkan kedalam campuran kentang tadi.kacau rata.Masukkan daun bawang isi kentang dan segenggam penuh cheese dan gaul sebati..
3- Sapukan butter atau minyak masak sekeliling muffin pan.Masukkan sesudu besar adunan kedalam acuan dan letakkan sedikit cheese diatasnya.
4- Bakar dgn kepanasan 190C selama lebih kurang 20 minit atau sampai cheese bertukar keperangan.Sejukkan seketika sebelum dikeluarkan .
5- Siap dihidang bersama sos pilihan atau makan begitu sahaja.

Wednesday, July 17, 2013

Daging Goreng Cendawan Enoki

Lauk sahur beberapa hari yang lalu..goreng daging style macam ni pulak..kebetulan kita ada stok cendawan enoki, memang beli aje tak ada plan pun nak masak apa, bila tengok recipe ni memang dah kenalah buku dengan ruas..semua bahan2 ada ..so apa lagi..cubalah masak..Kelakarnya Mr Hubby tanya apasal kita letak 'mee' dalam daging tu..kita cakap itu cendawan ler..hahaha..uish tak friendly langsungkan..tapi berselera pulak kita tengok rakyat jelata makan..

Lauk kering2 macam nilah selalunya laku time sahur..Kuah masak lauk air pun dah cukup..kena dengan sambal belacan pulak..alih2 nasi dah bertambah time sahur..heheh ..macam mana tak buntat makcik nikan..terimakasih penyumbang recipe..minta izin dipanjang2kan disini pula..:)


Daging Goreng Cendawan Enoki
Sources:- Zuldandunia
Tried, Adjusted & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
1kg daging lembu dihiris nipis ikut suka
2 peket Cendawan Enoki
 
1 biji bawang besar diihiris kasar
10 biji cili padi diketuk
1 sudu besar serbuk lada hitam
garam  & serbuk perasa secukup rasa

Bahan A* (dikisar)
1 labu bawang besar (3 sudu besar bawang besar kisar)
3 ulas bawang putih (1 sudu besar bawang putih kisar)
2 inci halia (2 sudu besar halia kisar)
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar serbuk kunyit

Cara-caranya:
Potong daging lembu ikut saiz suka hati,  dan perapkan daging dengan bahan A(perap paling kurang 1/2 jam,lagi lama perap lagi bagus). bersama garam, serbuk perasa dan serbuk lada hitam.
Goreng daging yang telah diperap sehingga sedikit kekuningan atau ikut suka garing macam mana, kemudian masukkan bawang besar yang telah dimayang & cili padi yang telah diketuk. Masukkan lada hitam,dan akhir sekali masukkan cendawan Enoki(Korea mari). Siap untuk dihidang.

Tuesday, July 16, 2013

Mee Hoon Goreng Putih II & Sambal Rojak Ulik

Assalam, tiap2 hari buntu nak masak apa lah weiii..bila tanya rakyat jelata, semua cakap tak tahu..last2 Mr Hubby sounded goreng mee hoon putih sudah lah..tapi letak LOTS of DAGING..!!
oklah tu dah kasi idea so senang sikit nak buat kerja..hehe...
Cili jeruk mesti ada for this or else tak pedas tak bestlahkan..anak2 suka juga mee hoon goreng macam ni..Bulan puasa ni mee, taugeh, telur memang laku betul ..kalau pergi kedai beli lambat sikit  taugeh dah habis..hehe..

Mee Hoon Goreng Putih II
Tried & Tested:Ayu@curlybabesatisfaction  
Bahan:-
11/2 bungkus mee hoon(400g-600g)
7-8 ulas bawang putih-dikisar
6 ulas bawang kecil -  dihiris
300-500 gm daging lembu (dipotong nipis dan rebus dengan sedikit halia kisar hingga empuk simpan airnya)
10 ekor udang sederhana besar
4 ekor sotong sederhana besar
3-4 keping fish cake (hiris)
secukup sayur sawi
sedikit taugeh
beberapa titik minyak bijan
1-2 sudu makan sos oyster
1-2 sudu makan kicap cair
1 sudu makan lada putih serbuk
garam & serbuk  perasa
bawang goreng
cili jeruk (klik kalau nak recipe)

Cara:-
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang kecil hingga naik bau, masukkan bawang putih kisar..Kemudian masukkan,fishcake dan daging rebus.Kacau sebentar lalu masukkan sotong dan udang. Bubuh sedikit air rebusan daging.Masukkan sos oyster, minyak bijan, kicap cair, garam, serbuk perasa dan kacau rata.
Seterusnya, masukkan lada putih serbuk, .Sesuaikan rasanya mengikut citarasa.Gaul sehingga rata. dan masukkan mee hoon. Kacau lagi dan masukkan sayur2 dan taugeh.Gaul rata dan taburkan bawang goreng dan ratakan.  Matikan api dan siap untuk dihidang.
Saya suka hidangkan mee ini dgn sedikit taburan bawang goreng lagi dan lada jeruk cili padi.


Teringin pulak nak buat rojak ulik..teringatkan recipe sambal rojak ulik dari Kak Asmah kat facebook..cuba recipe Kak Asmah pulak..ermm sedap..pedas, manis, masam tu kena adjust sendirilah ya..Kita makan dengan mee hoon goreng  putih nilah..Terimakasih kak for the recipe..kita panjang2kan disini pulak ya..

Mangkuk Ulik yang kita ada ni mak kita punya..hehe ..beli pun dah lama, tak salah beli kat Geylang, time tu pasar Geylang belum revamp lagi..so kalau sekarang nak cari kita pun tak tahu kat mana dalam pasar Geylang tu sebab dah semuanya bertukar baru...

 
Sambal Rojak Ulik
Sources:-From Kak Asmah
Tired & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
5 bj cili kering buang biji rendam dengan air panas hingga lembut
5 biji cili api(nak pedas boleh tambah)
1 mangkuk kacang tanah(sangai dan kisar atau tumbuk separuh halus)
5-6 sudu gula(kena lebihkan gula kalau kurang perisa)
3 sudu air asam jawa(ramas dengan air masak)
3 biji limau kasturi(ambil jusnya)

sedikit belacan-(Ayu tambah)
1/2 atau lebih sikit petis udang(boleh beli dipasaraya)-(Ayu suka gunakan yang dari Penang)

Kalau tak ada bekas macam dalam gambar tu boleh masukkan kesemua bahan kedalam pengisar kecuali kacang tanah.dah sebati keluarkan ,masukkan kedalam mangkuk dan boleh dicampurkan dengan kacang tanah tadi.
  

Untuk bahan rojaknya:
sebiji nenas sederhana besar(buang kulit dan bersihkan)
sebiji timun,sengkuang dan mangga muda (kalau suka)
kangkung bersihkan dan dicelur
tauge dicelur
tahu digoreng
Selamat mencuba.


Monday, July 15, 2013

Ayam Ketumbar


Ini lauk kita untuk sahur pada puasa pertama hari tu...satu kelainan pada kita sebab gunakan cream(whipping cream) dalam masakan..hehe..jakun ler tu..tapi memang sedap dan anak2 suka makan..Rasanya ada sedikit macam ayam kurma pun ada juga..tapi rasa daun ketumbar dan daun pudina dalam bahan2nya tu yang kasi kelainan pada lauk ni..Sedapp!!

Recipe dari dapur Kak Palatable, yang kita telah alihkan kebahasa Melayu.. Kalau nak tengok  yang asli boleh kedapurnya.. Terimakasih ya kak for sharing..kita panjang2kan disini pula ya..

Ayam Ketumbar
Sources:-From Treat & Trick
Tried, Tested & Translated:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
1 kg ayam dipotong ikut suka
3 sudu besar minyak
2 helai daun salam/bay leaves
1 sudu kecil kunyit serbuk
1 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil garam masala
1 sudu kecil serbuk cili
2 inci kulit kayu manis
5 biji bunga cengkih
2 cawan air
1 cawan cream- Ayu gunakan 1/2  cawan whipping cream aje)


Bahan Kisar:-
1 cawan daun ketumbar
1/2 cawan daun pudina
1 inci halia
2 biji bawang besar
3 biji cili hijau + sedikit cili padi -(Ayu tambah)
4  ulas bawang putih
garam & perasa secukupnya



Cara:-
Basuh dan perapkan ayam yang telah dibersihkan dengan 1/4 sukatan bahan2 kisar, garam & perasa selama 30 minit. Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga cengkih, bahan2 kisar, serbuk ketumbar, jintan manis jintan putih, daun salam, kunyit dan serbuk cili hingga naik bau dan garing.

Masukkan ayam, gaul rata selama 2 minit. Masukkan air dan biarkan hingga ayam empuk. Masukkan garam masala & cream, biarkan ia reneh untuk beberapa minit dan matikan api. Siap untuk dihidang panas.

Roti Boyan

Assalam, dah dapat idea apa menu bebuka hari ni?..Kita masih belum lagi ni..tapi for the sake of friendship, kita kasi dulu idea pada teman2 buat Roti Boyan ni..hehe...Kita panggil Roti Prata Boyan..Ini pun salah satu menu yang harus kita buat waktu bulan puasa..boleh tengok disini dan disini..this time buat kecil2 macam epok2 atau karipap bulat2 . Dalam bahan2nya ada letak isi ayam, tapi kita tak ada stok, so buat macam biasa yang kita buat just kentang aje..Ini pun dah kenyang kalau makan time berbuka tu tau..Terimakasih to Bro Rozzan for the recipe..:)

Hajat dihati kalau boleh memang nak update blog ni hari2, tapi apakan daya, masa kita terhad 
nak ikutkan during fasting month macam nilah yang selalunya blog2 masakan rancak dan laju aje traffic flownya..huhu..Anyway akan cubalah ya..:)

ROTI BOYAN (BAWEAN)
Sources:-From Bro Rozzan 
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-Bahan untuk kulit roti
1kg tepung gandum
350 ml air suam
150ml minyak sayuran/masakan
3 sudu minyak sapi

1 sudu teh garam
Cara :
1) Ayak tepung ke dalam mangkuk besen yg besar.
2) Cairkan minyak sapi & campurkan dgn minyak masakan. Garam dibubuh ke dalam air suam.
3) Masukkan minyak ke dalam tepung dan gaul rata. Kemudian, masukkan air sedikit sedikit dan uli hingga menjadi adunan yg lembut tapi jgn sampai lembik. Buat beberapa bebola daripada adunan tadi dan biarkan sebentar.

Bahan-bahan Inti
800gm kentang (rebus hingga empuk, kupas kulitnya dan dilecek halus)
4 biji telur
2-3 biji bawang besar (dihiris atau dadu)
200 gm isi ayam (potong kecil2, perap dgn sedikit ketumbar jintan, garam & digoreng) -(Ayu tak letak ni sebab tak ada stok)

secukup daun sup & daun bawang
1 batang cili merah hiris
1 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh gula

garam secukupnya

Cara:
1) Gaul rata kesemua bahan di atas hingga rata dan sebati .

Cara Membuat Roti Boyan :
Ambil dua biji bebola adunan yg sama besar. Canaikan di atas papan penggiling hingga menjadi bulatan yg nipis. Ambil sekeping adunan tadi dan isikan inti lalu tekapkan dgn sekeping lagi adunan. Kelim tepinya seperti mengelim epok-epok. Kemudian goreng dengan cara terendam (deep frying) dgn api yg sederhana.

Anda juga boleh membuat Roti Boyan ini seperti anda membuat roti canai/prata. Ambil satu adunan tadi dan tebarkan menjadi satu bulatan yg besar. Isikan inti dan lipatkan menjadi persegi empat. Goreng di atas kuali leper dgn membubuh sedikit minyak.

Note:


Also, roti boyan ini sangat enak jika dimakan bersama sambal tumis ikan bilis….

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS

Bahan-Bahan
2 cawan cili kering kisar
3 biji bawang besar

sedikit ikan bilis (direndam)
sedikit belacan
(Kesemua bahan dikisar halus)

sedikit air asam
garam dan gula secukup rasa
minyak utk menumis
1 cawan ikan bilis (di goreng separuh masak)

Cara:
Panaskan minyak dalam kuali/periuk dan tumis bahan2 kisar hingga betul2 garing. Masukkan sedikit air jika perlu.
Kemudian bubuh air asam, garam dan gula. Sesuaikan rasanya dgn citarasa anda. Akhir sekali masukkan ikan bilis yg telah digoreng tadi. Kecilkan api dan biarkan sebentar sebelum
diangkat.

Wednesday, July 10, 2013

Nasi Lemak Daun Ketapang, Ayam Goreng Bawang Putih & Sambal Nasi Lemak Sedap


Assalam pada teman2 sekelian..Salam Ramadan buat semua umat Islam dimana saja anda berada, hari ni hari pertama puasa..macam mana ditempat teman2 semua?..Panas tak cuaca..Kat sini boleh tahan terik juga..Bila bulan puasa ni mulalah..kaum ibu/hawa yang sibuk bukan kepalang..yang selalu menjadi 'brain block' yalah bila memikirkan nak masak dan makan apa untuk berbuka serta bersahur..Uish samalah macam kita...mulalah cari idea dan ilham untuk menyajikan hidangan yang sedap2 pada keluarga..Mungkin first few weeks oklah tapi bila dah last week atau last few days tu dah mula tak kuasa dan masaklah asal masak..hehehe..Kita cakap ni sebab it happens to melah..
Alhamdullilah, tahun ni kita dah kemas sikit2 rumah kita yang macam tongkang pecah ni..itu yang senyap aje dari last post tak mengupdate blog ... Kita tak mau macam tahun2 yang sudah bila puasa baru start nak kemas dan buang apa2 yang tak nak, sebab bulan puasa tak larat ler..mana nak masak mana nak tengok budak2 punya pelajaran then nak buat kerja rumah lagi dengan tak cukup tidur..aduhhh memang lepakss mak tau.. 

Oklah tu..membebel pulak makcik ni kan.. Menu yang kita tayang hari ni adalah menu yang dimasak bukan dibulan puasa..Tapi tak apalah kan..kita kasi idea aje apa yang boleh dibuat untuk hari2 mendatang..
Kali ni kita masak nasi lemak kita bungkus dengan daun ketapang..bukan apa, dulu masih tinggal dirumah kampung, time tu kita kecik lagi lah dalam primary school gitu..my jiran ada meniaga didepan rumahnya ..dia ada jual Mee Siam Kuah, Rojak Ulik, Nasi lemak yang semuanya bila dibungkus dia akan bungkus dalam daun ketapang ni..Ermm sungguhlah wangi makanan yang dibubuh atas daun tu dan sunggulah menyelerakan bila dimakan .. so the other day, nampak daun ketapang ni banyak along tepi jalan mengala ke Farm Mart(tempat kita beli burung puyuh)..suruh Mr Hubby petik a few daun yang lebar2 untuk bungkus nasi lemak..Habis satu pokok dia cabut!!..hehehe..So bila buat nasi lemak kita bungkuslah satu2..ala2 macam yang jual tulah..hehe..Agak2 kalau jual S$2.50 sebungkus laku tak?(Nasi lebih, ada ayam goreng, ada timun, ada kangkong goreng ada ikan selar goreng dan telur dadar..Halal u!!!)..hahaha..
Recipe Nasi lemak yang sama kita gunakan..thank you Che mat...:)


Nasi Lemak
BAHAN NASI LEMAK :-)
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 1 jam, toskan-(Ayu gunakan 6 cawan beras basmathi, rendam sekejap aje & toskan)
6 cawan santan
1 helai daun pandan, disimpul
1 batang serai, dititik
1 biji bawang besar, belah 4
3 ulas bawang putih, diketuk
1 inci halia, hiris
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
Masukkan beras dalam periuk nasi elektrik, tuang santan dan masukkan bahan2 lain, perasakan dengan garam secukupnya dan masak seperti biasa hingga nasi tanak dan kering. Biar hingga nasi betul2 masak baru dikareh dengan chop stick. Hidangkan dengan sambal tumis dan bahan2 sampingan lain.



Ayam Goreng bawang putih, yang sedap..Iqram bertambah2 makan nasi lemak dengan ayam goreng ni dan sambalnya  sampai kan bertambah 4 kali!!..Bila kita cakap tak baca Bismillah ke time mula2 makan tu?..Dia jawap..sedappp lah ma!!..Heheh dalam hati kita sukanya..tapi tak tunjukkanlah..suka bila tengok anak2 & Mr Hubby bertambah2 makan apa yang kita masak..macam hilang penat gitu kan...
Ayam Goreng bawang putih ni..first time makan bila kita pergi holiday kat Batam beberapa tahun yang lepas..memang tercari2 juga recipenya lepas tu... tapi tak jumpalah pulak..then entah macam mana terjumpa pulak recipe ni, teruslah cuba..memang sedapp..Terimaksih buat  penyumbang recipe ..minta izin dipanjang2kan disini pula ya..:)

Ayam Goreng Bawang Putih
Sources:-From Just Try & Taste
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:
- 1 ekor ayam kampung muda (berat sekitar 700 gram), potong kecil-kecil. Saya menggunakan ayam kampung potong yang banyak dijual di supermarket.(Ayu gunakan ayam berat sekitar 1.5kg)
- 3 bongkah bawang putih, pukul-pukul dengan kayu penggilas hingga memar tetapi tidak sampai hancur -(3 labu bawang putih diketuk jangan sampai hancur)
- minyak yang banyak untuk menggoreng

Bumbu haluskan:
- 8 siung bawang putih-(8 ulas bawang putih)
- 3 siung bawang merah-(3 ulas bawang merah)
- 2 sendok teh ketumbar sangrai-(3 sudu teh ketumbar yang disangai- Ayu gunakan serbuk ketumbar aje)
- 2 ruas kunyit-(kunyit hidup- Ayu gunakan kunyit serbuk aje) - 1 sendok teh jahe parut -(1 sudu teh halia kisar)
Bumbu lainnya:   - 1 sendok teh maizena-(1 sudu teh tepung jagung)
- 1 sendok makan saus tiram-(1 sudu besar sos tiram)
- 1 sendok teh garam-(1 sudu teh garam + Ayu tambah serbuk perasa juga)
- 2 sendok teh baking powder-(2 sudu teh baking powder)

Cara membuat:
Siapkan ayam, bubuhi dengan perasan air jeruk nipis dari 1/2 buah jeruk + 2 sendok teh garam, remas-remas.-(Ayu lumurkan dengan air jus limau untuk hilangkan hanyir ayam) Biarkan selama 15 menit, cuci bersih dan tiriskan.

Siapkan mangkuk, masukkan semua bumbu halus, tepung maizena, garam, baking powder dan saus tiram, aduk hingga rata. Masukkan ayam, aduk rata dengan spatula. Diamkan selama 20 menit hingga bumbu meresap. 


Siapkan bawang putih yang telah dipukul-pukul hingga sebagian bawang terlepas dari kulitnya dan memar, tetapi jangan sampai hancur ya. Beri 1/2 sendok teh garam, taburi hingga rata.

Siapkan wajan (anti lengket lebih baik-(non stick pan/wok), tuangkan minyak yang banyak.  Panaskan minyak hingga benar-benar panas. Masukkan bawang putih dan goreng bawang putih hingga matang dan crispy, angkat dan tiriskan. Kita akan menggunakan minyak bekas menggoreng bawang untuk menggoreng ayam.  

Goreng ayam hingga seluruh permukaannya terendam minyak dan ayam berwarna coklat keemasan, balikkan ayam dan goreng sebelahnya lagi hingga matang. Jika minyak kurang banyak, goreng ayam dalam 2 atau 3 tahap. Angkat ayam dan tiriskan. 

Siapkan piring, alasi dengan tissue dapur. Letakkan ayam di atasnya dan taburi dengan bawang putih. Santap selagi ayam masih panas karena ketika telah mendingin ayam menjadi kurang crispy. Super yummy!

Sambal nasi lemak yang tidak menggunakan bawang putih. Memang sedapp pada kita serupa macam nasi lemak yang dijual bungkus ditempat rumah kita ni..Kita kalau buat sambal tumis, tak suka manis, tapi for Sambal nasi lemak kena lah manis barulah bangkit rasanya..the sweetness dalam sambal ni memang sesuai betul dan kena dengan namanya... Cuma next time kita nak kurangkan ikan bilis dalam sambal sebab Hasif tak berapa suka makan ikan bilis, maknya pulak lebuh ikan bilis banyak2 sebab maknya suka..hehe...Terimakasih buat puan punya recipe, memang pass ditekak kami..selalunya nasi lemak kita masak 6 cawan, ini tak cukup lah pulak..sebab gandingan yang semuanya sedap...:)

Sambal Nasi Lemak Sedap
Sources:- Makcik Tempe
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction

Bahan:-
  • segenggam Ikan bilis goreng
  • 20 tangkai cili kering-direndam dengan air panas dan dikisar kering-(Ayu gunakan 30 tangkai- anggaran 30 tangkai = 3 sudu besar mengrutu)
  • asam jawa sebesar ibu jari-dibancuh dengan sedikit air
  • 7 ulas bawang merah kecik-dihiris dan dikisar sederhana halus mengunakan pengisar kering-(Ayu gunakan 10 biji bawang merah + 1/2 biji bawang besar)
  • 1/2 biji bawang besar dihiris
  • 1/2 inchi belacan (kalau tak suka jangan letak)
  • Gula , garam dan secubit serbuk perasa

Cara:-

  •  Panaskan minyak, tumis bawang kisar  dan bawang hiris hingga agak garing-guna api sederhana
  • Tumis cili kisar hingga pecah minyak-tumis agak lama-guna api sederhana
  • Masukkan belacan-tumis lagi
  • Masukkan air asam jawa-Pastikan mengunakan api perlahan dan sentiasa mengacau hingga sambal menjadi pekat
  •   Masukkan lebih kurang dua sudu besar gula-kacau sekejap
  •   Masukkan garam dan secubit perasa-seimbangkan rasa
  • Sebelum angkat masukkan ikan bilis goreng