Monday, April 15, 2013

Ayam Goreng Kunyit II

Selalu kalau kita goreng ayam kunyit kita just marinate dengan kunyit, garam dan halia aje, dan goreng, kali ni kita cuba letak telur dan tepung gandum according to the recipe..memang sedap dan rangup pada kita..then lepas dah goreng semua, kita normally just tumis sayur2nya dan letak garam sedikit lagi..tapi this time, ada sos tiram yang kasi lagi terasa lauk ni bila dimakan..memang sedap dan berbaloi..Terimakasih puan punya recipe, kita sharekan disini pula ya..
  

Ayam Goreng Kunyit
Sources:- zaza norizayaya@myresipi
Tried Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan (4-5 orang)
  • 5 keping dada ayam dipotong2 kecil.-(Ayu gunakan 1kg dada ayam dilumur dengan jus limau)
  • 3 urat kacang panjang di potong ikut suka.
  • 2 batang baby corn.-(Ayu tak letak)
  • 1 biji bawang besar dihiris melintang.
  • 3 ulas bawang putih di titik.
  • 1 biji cili merah di mayang.-(Ayu gunakan cili padi diketuk)
  • 1 biji cili hijau di mayang.-(Ayu gunakan cili padi diketuk)
  • 1 biji telur kuning.-(Ayu gunakan sebiji telur)
  • 1 sudu makan tepung gandum.
  • 1 1/2 sudu makan sos tiram.
  • Minyak untuk menggoreng.
  • 1/2 sudu kecil garam, perasa & gula.

Cara-cara


  1. Masukkan isi ayam yg telah dipotong kedalam bekas, bubuh sedikit garam +perasa(Ayu tambah), serbuk kunyit, kuning telur dan juga tepung gandum+(halia kisar sedikit-Ayu tambah) tadi. kemudian digaul sehingga rata.
  2. Bubuh minyak banyak sikit ke dalam kuali dan tunggu sehingga minyak panas. Kemudian masukkan isi ayam yg telah diperap tadi ke dalam kuali dan mula menggoreng sehingga kekuningan. Jangan terlalu garing.
  3. Tos kan ayam yang telah di goreng tadi dan keluarkan minyak dari kuali. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali untuk sesi menumis pula.
  4. Untuk bahan menumis pula, masukkan bawang putih, bawang besar, cili hijau dan merah, kacang panjang dan juga baby corn. Tumis sehingga naik bau, kemudian masukkan pula sedikit garam, perasa, gula dan juga sos tiram.
  5. Masukkan ayam yg telah digoreng tadi ke dalam bahan yg telah ditumis dan di gaul rata.
  6. Siap! Sedia untuk dihidangkan :))

4 comments:

ana said...

Salam ayu
Sedapnye ayam kunyit. Kat opis kita ada org jual aym kunyit ni dgn nasik putih sket sambal buh kicap manis sket hege rm5. Sedap n brbaloi... Kita nk try wat cam ni (bila kita dh kuar sepital nanti huhuhu..).
Makasih share..... Faberet kita ank branak ni.

Ayu said...

ana - walkslm, oh siap ada orang jual ya menu set tu ya..baguslah ana..senang sikit kan..Ana kat hospital ke?..kenapa dear?..sakit apa dan macam mana sekarang?..maaf lambat repyl ni.. hope ana dah sihatlah ya..atau baru bersalin ke ana?..adeh..main serkap jarang aje ni..huhu

ana said...

Hehehe... Ayu. Bsalin apanye. Umur dh nk stengah abad la...alhamdulillah sya sihat but have to go for further treatmen. Sakit apa? Nti sya email kat ayu bila kita free tau. Tk leh nk crite kat sini. Ptg td ni my inlaws mai dr kedah n penang dtg melawat 'org sakit' ni. In ths situasion rasanye lauk camne mmg sesuai. Simple n sedap. Tqvm ye ayu kongsi kat sini

Ayu said...

ana - hehehe..eh manalah tahukan..hehe..kalau masih boleh melahirkan itu tidak mustahil..
Oh ok..harap penyakit ana ni tidaklah yang serious ya..dan kita harap ana cepat sembuh dan banyakkan berehat dan rajin2 makan ubat ya..
alah recipe biasa2 dan simple aje ni ana..saja aje kita letak kat sini untuk mudah buat rujukan untuk anak2 kita dan juga pada yang baru2 nak belajar masak..u take care ya ana..:)