Friday, October 12, 2012

Opor Ayam Sayuran

Opor Ayam Sayuran ni kita masak waktu raya kemarin..basically this dish was for the kids, untuk anak2 kita  dan juga anak2 saudara yang tak tahan pedas, sebab kita masak ayam masak merah waktu tu ada sedikit pedas, jadi kenalah masak lauk yang tak pedas juga..tapi orang tua, makan juga sebab ada sayuran dan cendawan dalam menu ni yang confirm budak2 tu tak makan..Lauk ni memang sesuai betul makan dengan lontong, sangat sedap dan selesa ditekak tukang masak..dan of cos, budak2 ler..hehe
Oh kita buat 1kg dada ayam, so doubled recipe kat bawah ni, kita adjust ikut citarasalah ya..
Maybe pada teman2 out there bolehlah mencuba  for the coming Hari Raya Aidil Adha..:)

Opor Ayam Sayuran
Sources:-From Puan Zahrah Hj Ahmad
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan A:-
500g dada ayam, dipotong kecil-kecil-(Ayu lumur dengan lime juice untuk menghilangkan bau hanyir ayam)
1 biji kelapa patur diperah 2 mangkuk santan pekat-(Ayu gunakan 1 kotak 200ml santan +air)
2 biji bawang besar dihiris

Bahan B:-
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh lada putih
1/2 sudu teh lada hitam
1/2 jari halia
1/2 jari kunyit
8 biji bawang merah
4 biji bawang putih
4 kuntum cengkih
4 kuntum biji pelaga
1/4 biji buah pala-(Ayu gunakan serbuk)

Bahan C:-
*1 cawan cendawan butang(1 tin kecil)
*10 batang jagung muda-(Ayu tak ada stok)
(*dihiris)

*200g kacang buncis
*6 biji belimbing buluh-(Ayu gantikan dengan 1 biji tomato dibelah 6 sebab tak ada stok)
*2 biji lada merah
*2 biji lada hijau
*2 sudu kerisik
garam & perasa secukupnya
minyak untuk menumis
(*dibelah dua)

Cara:-
Kisar semua bahan B sehingga lumat dan rata. Lumur ayam dengan sedikit garam dan panggang sehingga masak. Perap ayam panggang dengan bahan B, selama 1/2 jam. Tumis bawang hiris, masukkan ayam berempah, garam, tambah sedikit lagi air dan masaklah sehingga airnya kering sedikit. Masukkan santan, kerisik dan semua jenis sayur. Masaklah sehingga lembut. Enak dimakan dengan lontong dan ketupat.

No comments: