Thursday, August 02, 2012

Tumis Udang Kucai Cencalok

Lauk sahur yang senang nak dimasak dan pasti menyelerakan..Macam biasa skodeng dapur CMG..terjumpa yang bekenan ..manis udang tu lagilah menambahkan kelazatan lauk ni....Terimakasih ya Mat dan akak mohon dipanjangkan disini pula ya..

Tumis Udang Kucai Cencalok
Sources:-From CMG@Tiffin biru
Sources:-From Ayu@curlybaesatisfaction
BAHAN-BAHANNYA :-)
3/4 cawan isi udang-(Ayu gunakan 20 ekor udang sederhana besar)
1 cekak kucai, kerat pendek
4 biji cili hijau, hiris + beberapa cili padi -(Ayu tambah)
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 camca besar cencalok, toskan-(Ayu gunakan 2 sudu besar cencalok)
Sedikit sos ikan-(Ayu tak letak)
Sedikit gula-(Ayu tak letak)
Ayu gunakan garam & serbuk perasa macam biasa
Minyak untuk menumis
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan cili hijau hingga harum dan layu. Masukkan cencalok, tambah udang dan masak hingga udang berubah warna.
  2. Masukkan kucai, kacau dan tambah sedikit sos ikan (jangan banyak2, sebab cencalok dah masin), juga sedikit gula, gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas....hmmmm...

16 comments:

nOOrsha said...

uuhuhuhu sedapnye cencaluk...suka suka suka!~peberet nih.. hehe

Qasey Honey said...

amboiiii kak Ayu...mgancam tgk lauk udang tu...ditambah cencalok btmbh2 ngancam lg...

Unknown said...

Assalam kak Ayu, nampak menyelerakan lauk udang akak ni..sedapnya:)

zila norazila said...

sedap nie kak ayu..semalam zila masak kucai jgk..tp x der cencalok kt umh nie ..mesti best kan rasa masin2 cencalok tue:)

Mieza said...

Mieza tak pernah makan lg lauk dengan cencalok mcm ni kak...selalunya cencalok tu mieza buat makan dengna ulam...mieza ni suka seafood..waaa sedapnya kan...

inahar ali said...

waduh..conpemm bertambah 2-3 pinggan nasi dpt lauk udang cencaluk nih..dapnye! meleleh dh ayaqliuq ni..huhu!

Ayu said...

noorsha - akak ni semenjak berbloglah sha baru tahu makan cencalok..kalau tidak dulu, dah lari 10 kilometre bila terbau aromanya tu..heheh

Ayu said...

Qasey Honey - memnag mengancam lauk cmg ni..sedap my family suka ni Qh..:)

Ayu said...

Nieza - walkslm, cubalah nieza, simple aje macsak lauk ni..

Ayu said...

zila - sedap zila..dengan manis udang yang sedia sedap bertambah dengan masin cencalok tu memnag pass habis ni..

Ayu said...

Mieza - mieza, kena cuba cencalok dibubuh dalam lauk..akak dah pernah cuba, nasi goreng cencalok, ayam masak cencalok telur goreng cencalok, semua BEST!!...

Ayu said...

inahar - heheh betul tu doctor, 2-3 pinggan dan 5 pinggan kan..haha

Nuridah said...

Ohhh Ayu,

cencalok...ish kak Nur tk boleh telan...tk pernah cuba pun...mau pengsan..selalu tengok aja org mkn...hahaha..udg tu kak Nur suker...hehehe...kak Nur baru balik dari bazaar...hari ini tk msk...tutup kedai...gantung kuali...gantung kaki...dh penat...hehe.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

hmm.. cemanalah rasanya ye.. udang digandingkan pula dgn cencalok yg memang asalnya dari udang juga.. hehe...mesti sedapkan..

Ayu said...

nuridah - hahaha..cencalok sedappp knur..kita dulu pun memnag tak reti makan cencalok..my parents makan kita lari 10 kilometre haha....semenajak dah ada blog ni cuba boleh pulak dan sedap ditekak kita ni..hehe..
dah buat kuih raya knur?..kita last week cuti so take the chance to buat kuih dan some cakes.. nak buka blog pun tak ada time..hehe

Ayu said...

madiha - hahah ratna..sudah tentu banayk dia punya cholesterol kan..udang dicampur dengan cencalok yang berasakan udang juga..hahah naik kolestorela akak ni tau..tapi sedapppp..manis udang tu bercampur dgn masin cencalok memnag ngammm..hehe