Friday, March 23, 2012

Chocolate Chips Cookies n' Oreo Fudge Brownie Bars

Ok, this was the brownies that I baked straight away after  I saw the beautiful & tempting pictures of brownies in Mdm Rima's cyberkitchen... when she posted in her blog the other day..for I was very excited since most of the ingredients required are available at home, except that of the hot fudge or the smuckers chocolate syrup cos by the time I wanted to pour onto the brownies I realised it was way long expired since 2010!!!!..didnt noticed it as it was way behind the cabinet..hahaha

As usual there sure to be hiccups when I baked something..I realised too I ran short of oreo cookies as I used a bigger tray for this...tak cukup ler..aduhh!!!..to make things even I've decided to 'split' the oreo cookies and arranged them accordingly..so dah ternipislah lapisan cookies tu, ada yang bercream dan  ada yang tak ....Oh yes I used the chocolate cream oreos instead of the berry ones..

Then after that I've got stuck again..I wasnt sure whether I should bake the cookies dough or not..Method said preheat oven..so I assumed I should baked it lah..hahah..After baking I poured the brownies batter on it then baked it again..then I TERFORGET totally about it until I TEROVER BAKE ..ha ambik aku!!!..my brownies turned out to be slightly crispy,(macam cookieslah gitu) but after the next day it was ok & slightly chewy sebab mungkin dah masuk angin as I left it outside at room temperature..

Surprisingly my kids makan awak!!!..hahah..Dia orang ingat cookies..padahal brownies yang dah terover masak..hehe..the taste is definitely nicelah if only I've got it right and got the fudgy & chewy brownies  this recipe is definitely a keeperlah..Thanks Rima for sharing, if you read this can tell me where I went wrong tak?..hehehe

ps:- Sssh....Today's posts are all autopost..got to go to Iqram's school for parents teacher's meeting this morning ..and got to prepare some bbq stuff for tonight & the coming weekend..

Updated:- The cookie dough dont have to bake first .Just spread the dough then arrange the biscuits and pour the chocolate batter on it then baru bake in the oven.

Chocolate Chips Cookies n' Oreo Fudge Brownie Bars
Adapted from Kevin & Amanda
Sources:-From Rima@Bisous A Toi
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction

Ingredients
1 cup (2 sticks) butter, softened-(Ayu used 225g)
1 cup granulated sugar-(Ayu used 1/4 cup only)
3/4 cup light brown sugar
2 large eggs
1 Tablespoon pure vanilla extract - I also added a tsp of coffee oil :op -(Ayu just used vanilla essence)
2 1/2 cups all-purpose flour
1 teaspoon baking soda
1 teaspoon salt
2 cups (12 ounces) milk chocolate chips - i used semi sweet
1 pkg Berry Burst Ice Cream Oreos-(Ayu used 5 packets of 3s-cos only that left- Chocolate cream oreos)
1/4 cup hot fudge topping-(Ayu used chocolate ganache)

Method
Preheat oven to 175C. Cream the butter and both sugars in a large bowl with an electric mixer on medium speed for 3-5 minutes. Add the eggs and vanilla and mix well to thoroughly combine. In a separate bowl, whisk together the flour, baking soda and salt, then slowly incorporate into the mixer until the flour is just combined. Stir in chocolate chips. Spread the cookie dough in the bottom of a 9×13(Ayu used 13x13) baking dish that’s been lined with wax paper and sprayed with cooking spray. Top with a layer of Oreos.
(This part Ayu not sure, whether to bake the dough or just leave it first..so Ayu decided to bake it!..)  Was it suppose to be baked ke tak payah Rima?..If tak payah, then memanglah kita ni mengngong..heheh

Super Fudgy Brownie
Ingredients
8 tablespoons (1 stick) unsalted butter, cut into pieces, plus more for pan - 120g
1 cup all-purpose flour (spooned and leveled) - 130g
1/4 cup unsweetened cocoa powder - i used cocoa berry
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp salt
8 ounces semisweet or bittersweet chocolate, chopped - 225g - i used 64% cocao berry-(Ayu used mixed of dark chocolate & semisweet)
1 1/4 cups sugar - 280g-(Ayu used 1/2 cup only)
3 large eggs



Method
- In a small bowl, whisk flour, cocoa, baking powder, and salt; set aside.
- Place butter and chocolate in a large heatproof bowl set over (not in) a saucepan of gently simmering water. Heat, stirring occasionally, until smooth, 2 to 3 minutes; remove bowl from pan. Add sugar; mix to combine. Add eggs, and mix to combine. Add flour mixture; mix just until moistened (do not overmix).
- Pour the brownie batter over the cookie dough and Oreos. Cover with foil and bake at 175C for 30 minutes. Remove foil and continue baking for an additional 15-25 minutes. Let cool completely before cutting — brownies may still be gooey in the middle when still warm, but will set up perfectly once cooled.-(Ayu poured the brownie batter over the cooked dough and baked further from here..seems like Ayu overbaked  it and the brownies turns out to be a bit crunchy..heheh but next day it taste chewylah)


Kaphit Daging

Lauk yang boleh dikatakan ada sepupu juga dengan Daging Lompap..the concept is the same cuma bahan2nya ada kelainan sikit..boleh tahan juga rasanya..sedapp..
Yang ini menggunkan cili kisar, tapi macam biasa kita akan seludup cili padi dalamnya..hehe..to give the burning sensation kat lidah sikit...hahaha..


Kaphit Daging
Sources:-From Hjh Dalilah Sulaiman@Asmah Laili Mintak Ampun sedapnya!
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
1kg daging lembu, dipotong kecil kecil
*10 batang lada kering-(Ayu gunakan 3  sudu besar cili kisar)
*2 biji bawang besar
*1 cm halia
*1 sudu kecil lada hitam
*1 sudu kecil ketumbar-(Ayu gunakan serbuk)
*1 sudu teh jintan manis
*1 sudu teh jintan putih-(Ayu tambah)
*4 biji buah keras
*2cm kunyit hidup
*15 cili padi -(Ayu tambah)
*(Bahan dikisar)

sedikit daun kemangi-(Ayu tak ada stok)
11/2 cawan santan
*2 batang serai-dirampai-(Ayu kisar)
*sedikit lengkuas dititik-(Ayu kisar)
2 biji lada hijau, dihiris kasar
minyak untuk menumis
garam & perasa secukup rasa

Cara:-
Gaul semua rempah kisar dengan daging dan perap sebentar. Panaskan minyak didalam periuk dan tumis daging. Masukkan serai, lengkuas dan lada hijau. Masak sehingga rata. Masukkan santan dan garam + perasa. Masak lagi sehingga daging empuk. Masukkan daun kemangi dan gaul rata. Enak dimakan dengan nasi putih..

Lontong Mi


Lontong Mi, ni pertama kali kita dengar sebenarnya..heheh..rasa2nya ni masakan orang Indonesia kot?..bahan2nya mee & lontong disatukan sekali..kuahnya yang menggunakan stok air udang, then cili padinya pula dilenyek2kan bersamaan dengan bawang putih hiris yang digoreng ..memberikan rasa mee ni macam mee soto pun ada juga..ada letak petis ....satu pembaharuan juga pada tekak kita ni..
Bolehlah mencuba kalau nak tahu rasanya macam mana kan..tapi yang pasti sedapp lagi pedas lagi sedapp..

Lontong Mi
Sources:-From Betty Endah Warni@Mintak Ampun sedapnya
Sources:-From Ayu@Curlybabesatisfaction
Bahan:-
1 batang lontong, dipotong ikut suka selera-atau lontong segera adabi
1/2 kg taugeh
1/4 kg mi kuning
beberapa biji cili padi(dihiris halus)
sedikit petis udang
bawang putih goreng
1/2 kg udang hidup, buang kepala, digaul dengan sedikit garam dan digoreng
(kepala udang diketepikan untuk membuat sup)
1 cawan kicap soya-(Ayu gunakan 2 sudu besar cap kipas aje)
2 keping tauhu, digoreng dan dipotong dadu
hirisan daun sup dan daun bawang untuk tabur
bawang goreng

Bahan2 Berikut ini dikisar halus dan ditumis dengan sedikit minyak sehingga harum:-
15 biji bawang kecil
6 biji bawang putih
1 sudu makan lada putih


Cara Memasak Sup:-
Kepala udang dimasak dengan 3 liter air hingga mendidih. Tapis dan buang kepala udang.
Masukkan kedalam air rebusan, 1/2 bahagian rempah tumis, kicap dan taburkan sedikit garam +perasa.


Cara Memasak Mi:-
Sisa rempah tumis digoreng dengan mi dan taugeh. Tabur garam secukup rasa.


Cara Menghidang:-
Lenyek didalam pinggan, 1 sudu kecil bawang putih goreng, sedikit hirisan cili padi dan sedikit sahaja petis. Tuang sedikit sup supaya mudah dilenyek. Kemudian susun didalam pinggan tersebut, beberapa keping lontong, sedikit mi goreng, tauhu dan udang. Siram lagi secukup sup, tabur daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Enak dimakan panas2.
Note:-Bawang putih goreng ialah hirisan bawang putih, digoreng hingga garing.

Tumis Kupang Belacan

Kalau dah boring makan ayam, daging or ikan..kita suka masak macam ni...then goreng sayur sikit ...masak kuah pun ala kadar, basically masak air ler..heheh...then makan dengan nasi panas..fuh...tak sedar bertambah nasi ku..sedapp..Mr Hubby pun suka masak macam ni..kunyah cili padinya tu..dah tak payah buat sambal belacan dah..

Recipe dari CMG, yang tak asing lagi..disitulah tempat ku mengadu nasib..nak masak apa hari2..hahaha....Mat macam biasa ya..terimakasih banayk2 akak letakkan recipenya disini pula...

Tumis Kupang Belacan
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan isi kupang segar
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
6 biji cili hijau, hiris + beberapa cili padi (Ayu tambah)
1 inci belacan*
1/4 cawan air*(*larutkan)
1 camca besar air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar, bawang putih dan cili hijau hingga layu. Masukkan belacan dan asam jawa tadi, kacau rata dan masak hingga pekat, guna api sederhana dan kacau selalu.
  2. Masukkan kupang, gaul rata dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau dan masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi hangat dan lauk2 lain

Udang Galah Lemak Cili Padi


Inilah hasil tangkapan pergi Prawning from the kids & Mr Hubby..yang lagi separuh kita dah masak Udang Sri Rampai kemarin..ini menu biasa yang dimasak kalau dia orang bawa balik udang galah macam ni..sampai kita pun naik boring..heheh..kalau ditanya udang banyak ni nak masak apa..mesti Mr Hubby & my parents cakap masak lemak cili padi aje..aduhai..

Terpaksalah ikutkan juga sebab ramai yang dah mengesyorkan..heheh..ada kacang panjang so just campakan ajelah dalam lauk ni..so dah tak payah goreng sayur lah kira..:)


Udang Galah Lemak Cili Padi
Sources:- Ayu@Curlybabesatisfaction
Bahan:-
2kg udang galah-dibuang muncung, misai & 'otak'
*20 biji cili padi-ikut kepedasan masing2
*11/2 inci kunyit hidup
*8 ulas bawang merah or 1 bawang besar
*(bahan dikisar atau tumbuk)

1-2 cili merah dibelah 2 aje
1 biji tomato dibelah 4
4-5 batang kacang panjang dipatah2kan 1inci panjang
2 batang serai dititik
1 kotak santan(200ml) +air
2 keping asam keping
1 daun kunyit disiat2
garam, & serbuk perasa or gula

Cara:-
Panaskan air didalam periuk dan masukkan bahan kisar,udang dan serai. Kacau rata.
Masukkan santan + air dan masak dengan api yang sederhana. Kacau perlahan sambil mereneh masakan. Apabila mendidih masukkan kacang panjang, daun kunyit, asam keping, cili belah dan tomato, serta garam dan serbuk perasa secukup rasa. Biarkan sebentar, agak2 dah masak matikan api. Siap untuk hidangan..

Sotong Masak Asam Berempah

Terimakasih puan punya recipe for sharing..another sotong recipe into my account..

Sotong Masak Asam Berempah
Sources:-From Syafiza Wikinomics
Sources:-From Ayu @curlybabesatisfactions
Bahan A:
1/2 kg sotong besar
1/2 sudu besar jintan manis – dikisar halus-(Ayu gunakan serbuk aje)
1/2 sudu besar jintan putih – dikisar halus-(Ayu gunakan serbuk aje)
1/2 sudu besar serbuk ketumbar-(Ayu tambah)
3 sudu kecil lada hitan – ditumbuk kasar
3 ulas bawang merah – ditumbuk kasar
1 ulas bawang merah – ditumbuk kasar
Sedikit asam jawa – diperah dengan 1 1/2 cawan air
Sedikit minyak
Garam secukup rasa

Bahan B:

3 ulas bawang merah – dimayang
2 ulas bawang putih – dimayang
1 tangkai daun kari
Sedikit halia – dimayang
Sedikit minyak

Cara Menyediakan:

1. Sotong dibuang tulang, dakwat dan kulit. Bersihkan dan ditus.

2. Gaul dengan garam dan kunyit. Perap sebentar.

3. Panaskan minyak, masukkan sotong dan goreng hingga masak. Ketepikan.

4. Panaskan minyak dari bahan B dan tumis bahan B hingga wangi.

5. Masukkan bahan A dan kacau hingga wangi.

6. Masukkan sotong semula, kacau sebati dan masukkan air asam jawa. Masak hingga kuah pekat dan rasa asam garamnya. Anda juga boleh masukkan sedikit gula jika suka.

Friday, March 16, 2012

Talam Lapis Kacang Hijau

Ok, ok..entry terakhir dah tak ada lagi lepas ni ya....heheh..maaf ya teman2 mundar mandir pergi balik dapur kita ni..nak clearkan gambar2 yang masih tertunda ni..nanti semua dah clear barulah satu or dua entry aje..hehe..
Dah lama rasanya tak buat kuih bertalam..hari tu mood ada baik sikit so made this ..kita ni kan suka kacang hijau so kuih2 yang berasaskan kacang hijau memang sukalah, kalau compare dengan kacang merah lebih suka kacang hijau..hehe..then kalau compare keladi & keledek lebih suka keledek..baiklah tu nyah..
Recipe ni actually title dia tu just Lapis Kacang Hijau..tapi kita pependai sudah tukar sebab 1st, kuih ni part atasnya tu ada rasa macam bertalam, 2nd kita pernah buat kuih lapis kacang hijau  dulu tapi tu purely kuih lapis tak ada talam, so for my own record..kita tukar namanya..sedappp kuih ni...Mr Hubby rate 5/5..my parents pun suka makan kuih ni..kita ni kalau nak tahu kuih yang kita buat tu sedap..tengok kuih tu surut tak kat atas pinggan kat dapur..kalau dah tinggal beberapa ketul that means sedaplah..kalau macam tu aje tak gerak2.. then kita tahulah dia orang tak suka or tak sedap....hehe..
Oh ya..part bahan2 tu gunakan pati santan..kita tak gunakan keseluruhan pati santan ya..kita campur juga dengan air, sebab tak nak kuihnya keras..so part ni kena agak2 sendiri nak lembut bagaimana kuihnya tu ya..
Oklah tak mau ngomel banyak2..silakan mencuba kalau sudi .. tatatititutu...


Talam Lapis Kacang Hijau
Sources:-From Koleksi Resipi Jelita
Sources:- From Ayu@curlybabesatisfation
Bahan;-
Lapisan bawah
75g kacang hijau
70g tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
300ml pati santan-(Ayu gunakan 200ml pati santan + 100ml air)
60g gula pasir-(Ayu gunakan 40g)
sedikit garam
sedikit pewarna hijau-(Ayu tambah)

Lapisan Tengah:-
2 biji telur
150ml pati santan-(Ayu agak2  gunakan pati santan + air)
60g gula pasir-(Ayu gunakan 30g)
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil air kapur
1/4 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil  esen mawar
sedikit pewarna kuning

Lapisan Atas:-
85g gula merah atau gula melaka
40g gula pasir-(Ayu gunakan 10g)
1 helai daun pandan, disimpul
125ml air
2 biji telur, dipukulperlahan-(Ayu blender sekali dengan air gula melaka, bila dah sejuk)
275ml santan-(Ayu agak2 gunakan pati santan + air)
30g tepung serba guna
30g tepung beras
1/2 sudu kecil air kapur
1/4 sudu kecil garam


Cara:
  • Rebus kacang hijau sehingga empuk dan kisar hancur.
  • Gaul semua bahan lapisan bawah sehingga sebati. Bubuh didalam loyang 8" yang dilengser dengan sedikit minyak. Kukus sehingga masak.
  • Untuk lapisan tengah, kacau semua bahan diatas api perlahan sehingga berwap. Tuang diatas lapisan bawah dan kukus sehingga masak.
  • Untuk lapisan atas, masak gula melaka, gula pasir, daun pandan dan air sehingga gula larut. Tapis dan biar sejuk.
  • Campur air gula melaka bersama semua bahan lain.(Ayu blenderkan telur, tepung dan bahan lain sekali, termasuk air gula melaka sekali) Tapis keatas lapisan tengah. Kukus lagi sehingga masak. Biarkan sejuk sebelum dihiris dan disajikan.



Laksa Sarawak

Laksa Sarawak..asal dari Sarawak lah kan tak kan dari Singapura pulak kan..heheh..been eyeing this for quite sometimes since a few blogger friends dah mencuba ..feedback was very nice ..tapi mostly yang dah mencuba tu menggunakan pes yang original dari Sarawak itself..since kat Singapura ni tak ada pes yang dimaksudkan tu, dan bila masuk JB, cuba juga mencari tak ada juga ..kita pun cubalah recipe dari Dayang kat bawah ni..pes alternatif laksa sarawak..

Sungguh sedap pada tekak kita ni..pes yang kita ikut kat bawah ni..kita gunakan kesemuanya for the kuah..percaya tak the kuahnya tu habis hingga ketitisannya..hehe..To me, kuah laksa sarawak ni ada seakan2 mee siam kuah yang bersantan yang pernah kita buat dulu,...eh betul ke ni?..sebab kita tak pernah lagi  rasa laksa sarawak yang asli tu ...cuma yang ini ada letak ayam for the garnishingnya ...
Terimakasihlah pada Dayang kerana berkongsi recipe pes yang boleh digantikan dari yang originalnya tu..Minta izin dipanjang2kan disini pula..manalah tahu orang2 Singapura or siapa2 yang susah nak dapatkan pes yang original tu bolehlah cuba buat juga kan..

Resepi Laksa Sarawak
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Pes Laksa Sarawak
Bahan-bahan : anggaran 200 gm
  • 8 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 10-12 tangkai cili kering* +4 biji cili padi
  • 1 inci lengkuas*-(Ayu gunakan 2 sehiris nipis sahaja)
  • 1 sk ketumbar
  • 1 sk jintan manis
  • 1 sk jintan putih
  • 3 biji buah keras*
  • 2-3 batang serai*-(Ayu gunakan 2 batang aje)
  • 1 inci belacan bakar*
  • 1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
  • 1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
  • sedikit garam
  • sedikit minyak utk menumis
Cara-cara :
  1. Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *.
  2. Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan bahan-bahan bertanda *.
  3. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.
  4. Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.
Laksa Sarawak (Resepi II)
bahan-bahan : anggaran 6 orang makan
  • 200 g pes atau perencah laksa (DJ guna pes laksa HJ Manan)
  • isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)
  • 1/2 kilo udang basah 
  • 1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)
  • 4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 200-250 ml santan pekat
  • garam dan gula secukup rasa
  • taugeh (dicelur)
  • sedikit daun ketumbar (diracik)
  • limau kasturi secukupnya (dibelah dua)
Cara-cara :
  1. Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan. (Boleh tambah air jika perlu).
  2. Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula. 
  3. Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas. Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering. 
Resepi Sambal Udang Kering 
bahan-bahan :
  • 6 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • sedikit belacan bakar (dikisar)
  • segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus)
  • 4-5 sudu makan cili kisar/cili giling secukupnya 
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula
Cara-cara :
Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat.

Ayam Goreng Ala KFC

Ok, recipe ayam goreng ni kita dah nampak lama dah dari dapur lama Ijan, tapi bila knur cuba recipe ni tahun lalu kita memang dah aim masuk list ..tapi masih belum ada kesempatan lagi untuk mencuba..until december yang lalu kita cubalah buat, uish bukan main sedap, then bila agak2 nak goreng ayam, kita buat lagi dan lagi dan lagi......

Vesi yang  kita  buat ni kita letak lebih sikit serbuk cili dalam tepungnya dan cili kisar dalam bahan perapannya ..waduhh memang sedappppp sangat ayam ni sedap giloss....boleh dikatakan sebiji sebijon macam ayam ala KFC, the hot & spicy version....mula2 tu memang kita buat gunakan cili serbuk dalam bahan perapannya..tapi lama2 kita rasa boleh tambah cili kisar sebab nak rasa pedas lebih sikit..maklum ler tekak & lidah kita ni kan kebal pat pedas2 ni...hehehe...sekarang kita ada traine si Marsya ..supaya dia boleh makan lauk yang pedas2 sikit..kalau ada lauk ayam yang pedas tu kita akan ambil kuahnya sedikit aje kasi dia rasa ..kita nak traine dia supaya makan lauk yang bercili sikit jadi senang bila dah besar mama tak payah nak kena masak lauk banyak2..masak satu lauk sudah..hahaha..tapi jagalah minum air aje bergelas2, after every suapan ..hahaha..tak apa  pelan2 ya girl...thats what I did to my boys..alhamdullilah sekarang dia orang dah ok dah ..

Recipe ni juga kita  pernah nampak didapur Madiha & Zaliedana the same thing juga mereka pun puji recipe ayam ni..memang berbaloilah kira..dan bak kata Kak Nur..boleh simpan dalam peti besilah..hehe..Terimakasih pada semua yang telah berkongsi recipe ni ya..terutama pada Ijan & Kak Nur..giliran kita pula nak memanjang2kan recipe ni disini pula....


Resipi Ayam Goreng Tepung
Resepi: Ijan Blogresepi
Sumber:Nuridah Salleh ,
Pernah mencuba :- Madiha & Zaliedana
Ayu@curlybabesatisfaction


Bahan Untuk Perap Ayam
6-8 ketul ayam - (Ayu gunakan 1 ekor ayam )
3 ulas bawang putih ditumbuk
Sedikit garam
1 sudu besar serbuk cili-(Ayu gunakan  2 sudu besar cili kisar)
1 sudu kecil lada hitam
sedikit halia kisar-(Ayu tambah)
Secubit baking powder
Secubit serbuk perasa


 Bahan untuk tepung 
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung beras pulut (guna tepung jagung 2 cawan pun takpe)
3 ulas bawang putih ditumbuk
Sedikit garam
1 sudu besar serbuk cili-((Ayu gunakn 2 sudu besar serbuk cili)
1 sudu kecil lada hitam
Secubit baking powder
Secubit serbuk perasa
Perap ayam dengan bahan-bahan perapan selama 1 jam
Campurkan semua bahan-bahan untuk tepung di dalam bekas
Selepas 1 jam, celup ayam yang telah diperap ke dalam telur yang dikacau.
Salutkan ayam tersebut di dalam campuran tepung tadi.
Goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.
Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.

Tofu Telur Masak Taucu Lada Hitam

Lauk ni kita masak time last minit juga..time semua ikan, daging, udang dan ayam masih keras kekau dalam freezer..sebab dah petang kalau nak tunggu benda yang dalam freezer tu thaw kena makan masa juga..so tak kuasa nak tunggu kita cuba recipe ni dari dapur kak Ummi..Memang ternyata..berulang kali bertambah nasi ku..just makan lauk ni aje dah cukup pada kita..So, Kak Ummi, .as usual minta dipanjang2kan disini pula ya..Terimakasih banyak2..


 TOFU TELOR MASAK TAUCU LADA HITAM
Resepi: Ummi @ HomeSweetHome
Bahan:-
  • 3 paket tofu telor - hiris 1 inci dan goreng jadi berkulit-(Ayu tambah 1 keping tauhu biasa)
  • 3 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1 cm halia * (bahan *ditumbuk)
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • 1/2 biji bawang besar - dimayang kasar
  • 1/2 biji lada benggala merah - dihiris memanjang
  • 1/2 biji lada benggala kuning -
  • 2 sudu besar sos lada hitam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar taucu
  • 1 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • garam (optional sbb taucu dah masin)
  • 1 biji tomato - belah 6
  • sedikit air untuk kuah
  • minyak masak untuk tumis
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan cili kisar hingga naik minyak.
  2. Masukkan semua sos dan air asam jawa dan air.
  3. Masukkan tofu yang telah digoreng tadi, gaul rata sekejap.
  4. Masukkan taucu, lada benggala dan bawang besar.
  5. Masukkan gula dan seimbangkan rasa...jika perlu tambah garam.
  6. Bila kuah mendidih dan agak pekat, masukkan tomato, kacau kejap dan tutup api.

Sotong Goreng Kentang

Jangan boring eh..sotong again..heheh..maklumler..peminat tegar sotong ....Inilah menu anak bujang kita yang sulung tu..suka sangat makan sutun ni..dah bermacam2 recipe sutun yang telah kita cuba..dah naik buntu juga ..ni tak termasuk recipe ulang tayang yang pernah kita cuba dulu..haish layankan ajelah ya..

Sedap pulak sotong goreng kentang ni..recipe dari Noreen nun dinegeri omputih yang dah lama tak keudara..Terimakasih ya Noreen, kita minta izin dikongsikan disini pula..

Sotong Goreng Kentang
Taken from Nona
Sources:-From Noreen@my home cooking
Sources:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-bahan:
5 ekor sotong (di potong bulat bulat)
3 biji kentang ( dipotong halus halus)
Sedikit serbuk kunyit
1 biji bawang besar (dimayang halus)
1 inci halia (dimayang halus)
3 biji bawang putih (dimayang halus)
3 biji cili padi (dipotong kecil-kecil)
4 sudu besar osyter sos
1 1/2 sudu besar kicap cair
4 sudu besar air masak
Sedikit garam
Sedikit lada hitam (yang telah dikisar)

cara:
  • Gaulkan sotong dan kentang bersama kunyit dan sedikit garam di dalam bekas yang berasingan
  • Panaskan kuali gorengkan kentang dulu sehingga kekuningan
  • Angkat kemudian masukkan sotong, goreng selama 2-3 minit masukkan bawang putih, cili padi dan halia
  • Kacau sehingga sebati masukkan osyter sos, kicap cair dan air. Kacau lagi.
  • Akhir sekali letak bawang besar secubit garam (jika perlu) dan lada hitam
  • Angkat dan siap untuk di santap

Apam Makoke aka Wa Ko Koay

Pernah buat beberapa kali disini dan disini..
Apam Makoke recipe asal yang menggunakan tapai nasi buatan sendiri..tapi kita ambil shortcut by using readymade tapai pulut....hehe.Dah banyak kali buat..saja aje letak lagi recipe ni disini..kalau nak recipe yang pernah dulu2 kita buat just click kat atas tu ya..

Ingredients A:-
100g tapai nasi/pulut yang ready made-(buang airnya)
90g water
180g sugar-(Ayu adjusted 110g only)-kalau tak nak makan dengan gula timbang, sukatan gula dalam bahan ini bolehlah dilebihkan ikut kesesuaian kemanisan masing2 ya..
*Kisar ketiga2 bahan

Ingredients B:-
300g tepung beras
180g air
*kacau rata- (Ayu campurkan sekali dengan bahan atas dan kisar semuanya)

Method:-
Satukan bahan (A) & (B). kacau rata. Kalau perlu ditapis adunannya.
Perap selama 1½ jam. Apabila nak dikukus, barulah dibubuh 1 sudu makan Eno.
Kemudian kacau rata-rata sebelum dikukus selama kira-kira 15-20 minit.
Enak dimakan dgn kelapa parut dan gula tanjung.

Friday, March 09, 2012

Nasi Judah, Dalca Ayam, Telur Sambal Tomato & Sotong Goreng Kunyit

Assalam teman2...hari ni hari terakhir, for this term..next week dah cuti sekolah seminggu aje diSingapura ni...sebelum kita menghilang sekali lagi..hari ni nak masukkan entri Nasi Judah yang kita masak quite sometimes ago juga..(ayat biasalah tu)..kalau ikut cara masak nasi ni ikan tenggiri, udang dan telur dimasukkan dalam nasi..as for the ikan tu digoreng garam kunyit aje, udang & juga telur direbus..kita tak ikut cara2nya sebab tak nak nasinya jadi hancur bila rakyat jelata menceduk nasi tu dan  kita just wanna used sotong aje ..no particular reasons..tapi sebab kita dah keluar sotong dengan ayam so malas nak gunakan udang..hehehe
Sotong pun kita gaul dengan garam, kunyit, cili kisar sikit, bawang kisar & bawang putih kisar dan goreng dan letak dalam pinggan bila nak makan tnasi tu aje..Pada mulanya kita gandingkan nasi ni dengan Dalca Ayam kat bawah ni..Dah siap ambil gambar segala..tapi lepas tu macam tak ada rasa pedas  pulak kita rasa, so kita masak pula Telur Sambal Tomato...so gambar atas ni tak lengkap lah kira..hehe..actually kalau malas nak masak sambal tu...nasi ni juga boleh dimakan dengan sambal belacan dan ulam2..sedappplah pada kita..sudi2lah mencuba ya..
Kejap lagi nak keluar kesekolah Iqram pula sebab ada Science workshop untuk parents  primary 5 students..Till then ..

Nasi Judah
Sources:-From Hjh Fatimah bte Hj Ahmada
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan2:-
1kg beras basmathi, cuci bersih dan rendam selama 5-10 minit dan tos
Air mengikut paras beras atau ikut sukatan berasa yang digunakan.
1/2 tin susu sejat-(Ayu gunakan 1/2 cawan fresh milk aje)
1/2 kg bawang merah, dijadikan bawang goreng, diramas

*4cm halia
*5 biji bawang putih
*1 biji bawang besar
(*dikisar halus)

5 kuntum bunga cengkih
4cm kayu manis
5 biji buah pelaga
sedikit daun pudina dan daun ketumbar-(Ayu tak letak ni sebab tak ada stok)
sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa

1/2 kg ikan tenggiri, dipotong ikut suka hati, dilumur dengan kunyit dan garam dan goreng
1/2 kg udang yang besar, dikukus sebentar
4 biji telur rebus, digoreng sebentar

Cara:-
Panaskan minyak didalam periuk. Tumis cengkih, pelaga dan kayu manis sehingga wangi. Masukkan rempah kisar dan tumis lagi sampai garing. Masukkan air dan susu. Kacau rata dan biarkan sehingga mendidih. Masukkan bawang goreng ramas. Tabur garam dan akcau rata. Barulah dimasukkan beras dan kacau lagi. Tutup periuk dan masaklah sehingga hampir tanak. Kemudian buka 'tutup' periuk dan kuak nasi ketepi, supaya dibahagian tengah berlubang, lalu dimasukkan kedalamnya ikan goreng, udang dan telur. Timbus dengan nasi. Ratakan. Tabur daun ketumbar dan daun pudina. Tutup periuk dan amsak sehingga nasi tanak.
Enak dimakan dengan ayam masak merah. dalca. acar buah-buahan dan salada.

*****************

Dalca Ayam
From:- Mumtaj Begum Omar@Asmah Laili Mintak Ampun sedapnya..
From:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan A:-
2 cawan dhal kuning, dicuci bersih dan direbus 1/2 masak dan ketepikan-(Ayu gunakan 1 cawan aje)
1 ekor ayam, dibunag kulit dan lemak potong 12 cuci bersih dan toskan.

Bahan B:-
4 biji bawang besar, dihiris halus
2 sudu makan halia kisar
1 sudu makan bawang putih kisar
2 biji lada hijau
5 biji tomato didadu
1 genggam daun pudina
2 helai daun pandan, disimpul
5 sudu makan rempah kari daging
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 batang kayu manis
1/4 cawan minyak jagung
2 cawan air

Bahan C:-
1 batan lobak merah dipotong 3cm dan dibelah 2
2 biji kentang, dipotong 4
2 biji terung, dipotong 4
1 kotak kecil santan
1 sudu makan asam diramas dengan 1/2 cawan air dan tapis
2 tangkai daun kari
garam secukup rasa

Cara:-
Satukan semua bahan B, didalam periuk dan gaul rata. Tutup periuk dan masak diatas api yang sederhana sehingga sebati.
Masukkan lobak merah, kentang, ayam dan garam. Gaul rata, besarkan api dan masak lagi selama 5 minit. Selepas itu masukan santan, lobak merah, kentang dan terung. Gaul rata dan masak sehingga ayam, lobak merah, kentang dan terung  naik minyak.Padamkan api dan masukkan daun kari. Gaul rata.
Enak dimakan dengan sebarng roti atau nasi.

******************

Telur  Sambal Tomato
Adapted & Sources:-From Udang Sambal Tomato
Sources:-From:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan A:-
5-7 biji telur direbus dan digoreng sebentar
2 keping tauhu dipotong 4 dan digoreng

Bahan B:-
2 -3 sudu besar cili kisar
1 sudu kecik bawang putih kisar
2 sudu besar bawang besar kisar

Bahan C;-
1 biji bawang besar dihiris
2 biji tomato dibelah 4
3-4 sudu besar tomato puree
minyak
sedikit garam dan gula

Cara:-
Goreng telur rebus ketepikan. Goreng tauhu ketepikan.
Gaul bahan2 B bersama tomato puree ketepikan. Panaskan minyak tumis hirisan bawang besar hingga layu. Masukkan bahan kisar & separuh dari toamto yang dibelah 4 tadi. Gaul rat. seandainya pekat, masukkan sedikit lagi air. Masak lagi sehingga warnanya cantik kemerah-merahan. Tabur garam dan sedikit gula. Masukkan telur, tauhu dan tomato, gaul samapi rata dan balik2kan perlahan2. Matikan api.

Puding Cendol

Kalau dikira dengan 10 jari..boleh dikira berapa kali kita buat puding..dan berapa kali kita uploadkan dalam blog ni..hehe kalau click kat label 'dessert', cuba scroll ada 1 + 1 yang ini aje yang mmggunakan agar2.. so memang confirm bukan ratu puding..haha..

Bila tengok puding2 kat dapur teman2..semuanya cantik2 belaka, dan pasti sedap2 juga..tapi kita dapat admire aje dari jauh...disebabkan kita suka makan/minum cendol..bila nampak recipe ni kat dapur Naz, terus dah terbayang2 rasanya yang lemak bersantan dan manis gula melaka althhough kita bukanlah peminat puding..Memandangkan kita sorang aje yang teringin sangat nak makan/rasa kita buat lah juga..tapi 1/2 adunan aje dari kat bawah ni, itu pun dah  banyak juga buat sorang makan...offerlah juga pada yang lain tapi dia orang cuma ambil one each aje..sememangnya mereka ni pun bukan peminat puding ...so terpaksalah makcik kena habiskan sorang2..that takes up 2-3 days to finish...
Eh tapi please bear in mind ...puding  ni sedappp pada kita tau..

Terimakasih pada Naz kerana berkongsi recipe ni ya..Akak minta izin nak  memanjang2kan recipenya disini pula ..

PUDING CENDOL
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-bahan :
Lapisan Gula Merah/gula melaka :
> 600 ml air
> 250 gm gula merah/gula Melaka
> 400 ml santan pekat(guna 300 ml santan je pun ok gak)
> 10 gm serbuk agar-agar
> secubit garam

Cara:
1. Masak gula merah dengan ½ drpd 6oo ml air. Tapis.
2. Masak baki air bersama air gula tadi dan agar-agar serbuk hingga larut & mendidih.
3. Masukkan santan & biar mendidih seketika dgn api yang perlahan. Tutup api.
4. Tuang lapisan gula merah ke dalam loyang atau acuan pilihan. Biarkan beku.

Lapisan Cendol :
> 500 ml air
> 220 gm gula pasir
> 300 ml santan pekat
> 10 gm serbuk agar-agar
> 500 gm cendol
> secubit garam

Cara:
1. Air, gula pasir dan agar-agar serbuk dimasak sehingga mendidih dan larut.
2. Masukkan santan & garam. Kecilkan api & biar mendidih sedikit.
3. Masukkan cendol. Kacau. Tutup api.
4. Cucuk atau cakar permukaan lapisan gula merah tadi. Tuangkan adunan cendol. Biarkan mengeras sepenuhnya.

Friday, March 02, 2012

Kek Lapis Kukus Chocolate Chips

Assalam..while typing this post I realised bloggers masakkan sekarang macam tak berapa active gitu ya..well samalah macam kita juga..sekali timbul update macam tiada esok bagimu..sekali tak update..macam esok masih ada..terus senyap ajekan..tak apalah..kita just update ajelah ya..posting hari ni just wanted to clear off those pending pictures yang dah lama terperap dalam folder..kot2 mana tahu kita dah nak retire ke kan..so nak masukkan as much as possible kalau boleh... so bila dah lengkap recipe2 yang dikumpul tu barulah kita pergi hibernate dari dunia blogging ni...

Alah anyway..siapalah kita ..huhu..blogger pingitan..orang dah lama buat tapi kita baru terkedek2 nak cuba..maklum ler 'late develop cook'..hehe..
Sebelum kita merepek yang bukan2 baik kita terus ke recipe ya..Got this recipe from Kak Watie..pun dah lama juga..tak terkata2 dah!..Recipe yang mungkin juga ramai dah mencuba..tapi kita baru nak buat..this recipe was adapted from Kek kukus Velvet Hawflakes..diolah balik dan ditukar perasanya kechocolate..This recipe jugalah Kak Watie, buat ambil tempahan tau..

Sebenarnya kita dah 3 kali buat kek ni..sebab Marsya & my dad suka rasanya..the cake is moist lembut dan tak manis sangat..dan importantly dia tak muak..you can just gobbled a few at one go and just feel satisfied after that.. For those yang ingin mencuba, kek lapis kukus chocolate chips ni  silakan lah ya..Buat Kak watie, kita minta izin dipanjangkan recipenya disini pula ya kak..Blog akak tak dapat kita masuk sebab dah diprivatisekan  dan tak dapat kita nak linkkan..huhu


Kek Lapis Kukus Chocolate Chips
Sources:-From Kak Watie@watiermalife
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-(loyang 10x7)
  • 5 biji telur - grade A yg sejuk(dr peti ais)
  • 225 g gula halus (1 cwn rata +2 sb rata)-(1cawan rata sahaja akak gunakan)-(Ayu pun sama)
  • 220 g tepung gandum*(2 cwn rata)
  • 1 sk rata baking powder*
  • 1 sb ovalette
  • 150 ml susu cair
  • 1/2 sk garam
  • 100 ml minyak jagung/masak-(Inipun dah adjust akak kurangkan sikit)
  • 1 sk esen vanilla
  • chocolate paste(emulo) untuk lapisan coklat
  • secukup chocolate chips untuk taburan

Cara-cara

  1. Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,chocolate chips dan pewarna.
  2. Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
  3. Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan tabur secukup chocolate chips dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min(Ayu kukus selama 15-20 min) dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
  4. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan tabur chocolate chips dan kukus.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
  5. ***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan akak ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 5 mangkuk dan warnakan.(ini this case, just asingkan 2 mangkuk lah)
  6. Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk. 

Mee Rebus Chef Tania

Made this after got a request from somebody who is a die hard fan for Mee Rebus...decided to try out Chef Tania's recipe for a change..Normally I would used my mum's recipe which didnt add in sweet potatoes for the thickening of the gravy..this time, the used of sweet potatoes and prawns stock is used..The verdict memang shiokadooo..hehe..Sedapp..yang pasti next time boleh buat lagi...Thanks Kak Tania, minta izin dipanjang2kan recipenya disini..


MEE REBUS CHEF TANIA
Sources:-From Chef Tania@dapurcheftania
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction

Ingredients:-
1/2 kg tetelan (beef with little fats) boil until soft and reserve the stock aside
for the gravy(Boil with 2000ml of water, reserve about 1000ml stock)
300 g medium prawns deshell, boil and use the stock to grind into paste

Grounded Ingredients to paste:-
8 nos. dried chillies-(Ayu just used 2 tbsp chili paste)
8 nos.shallots
5 nos. garlics
2 inches galangal -(Ayu used just a few slices)
1 cup dried udang geragau (Acetes indicus)

1 cup taucho(rinsed, drained & mashed)*(Ayu blended)
1 cup grounded peanuts*(Ayu blended)
2 nos. bruised lemongrass
5 tablespoon coriander powder
11/2 cup sugar to taste
1/2 cup brown sugar (gula merah) to taste
salt & seasoning to taste(2 chciken cubes)
200 g sweet potatoes(deskined boiled and mashed)
1/2 cup sweet potato flour add water about 200ml for thickening
2000ml water and 1000ml stock so about 3000ml
1.5 kg yellow noodles(mee kuning)
50 cents taugeh

GARNISHING
10 nos. boiled eggs
2 pcs beancurd cut to cubes and fry
10 nos. lime cut into halves
some shredded chinese parsley and spring onions
fried shallots

METHODS
1. Heat oil, saute the grounded ingredients, add bruised lemon grass till fragrant.
2. Add in coriander powder and the 1000ml stock together with the boiled tetelan which has been cut to small pieces.
3. Leave to simmer and add in the 2000ml water, tauchoo, peanuts, salt, seasoning and sugar leave to simmer for a while and add in the prawn paste and the mashed sweet potatoes cook for about 20 minutes over medium heat and lastly add in the thickening until just right. Do not add in all just right not too thick or not too thin. Then cook over low heat to let it set..
4. For the sugar & salt please adjust to taste.
5. Boil water, dip in the noodles needed with taugeh, drain the water . Place into serving bowls. Pour in the gravy and garnish with garneshing ingredients. Can add some dark soya sauce for the garnish too. Mee Rebus garnishing can be bagedil, fried chicken, bones or etc...

Sambal Belacan Daun Kari

Sambal belacan daun kari inilah pertama kali kita dengar...teruja nak mencuba dah lama juga ..sambal belacan ni kita gandingkan dengan Squids in coconut curry..ermm not bad for me...sekali2 ubah selera..

Sambal Belacan Daun Kari
Sources-From Sajionline V2
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
BAHAN-BAHAN:
5 tangkai - cili kering (rebus)+ beberapa biji cili padi-(Ayu tambah)
6 cm belacan bakar
20 helai daun kari
2 sudu kelapa parut-(Ayu gunakan satu sudu besar aje)
4 ulas bawang merah
1 biji limau nipis - ambil jus
Garam dan gula secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:
1. Tumbuk cili kering dengan belacan hingga halus, masukkan daun kari tumbuk hingga hancur dan masukkan kelapa parut, tumbuk lagi dan masukkan bawang tumbuk hingga kesemua bahan lumat.
2. Masukkan garam dan gula secukupnya bersama jus limau gaul hingga sebati.

Info: Sekiranya digiling adalah lebih elok dan sedap, kerana bahan-bahan lebih lumat dan halus. Sambal ini adalah hidangan orang Melaka yang memang suka menggunakan cili kering untuk membuat sambal belacan.

Squids In Coconut Curry

When I saw this recipe last year somewhere in November, I just decided to try out Love's recipe ..simply because I just wanted to try out Indian style coconut curry..Little that I knew that this recipe would be featured in the Jelita Magazine a few months later!!!!..
Yes!!! Upon considering this I am the first one to try out this recipe ya Love..hehehe..Thanks love for sharing, would like to post the recipe here for the rest to try out ya..

At the same time I would like to congratulate  you &  all the food bloggers that was featured too, like Kak Nuridah, Kak Noor Masri and not forgetting Azlita Aziz too..you guys rock... this brings up the standard & image of being a food blogger!!!..


SQUIDS IN COCONUT CURRY by love2cook
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Ingredients:~

  • 800gm squids ~ cleaned and cut into rings
  • 5 cloves garlic *
  • 2 inches ginger *
  • 1/4 tsp mixed spices (cumin, mustard seeds, fenugreek)
  • 1 pc onion ~ sliced
  • 2 green chillies ~ sliced
  • 1 large potato ~ cut into big cubes
  • 1 sprig curry leaves
  • 2 tbsp seafood curry powder
  • 1 tbsp chilli powder
  • 1/2 tsp turmeric powder
  • 1 cup coconut milk
  • 1 large tomato ~ sliced
  • water
  • salt to taste

Method :~
  1. Pound together garlic and ginger. 
  2. Mix curry, chilli and turmeric powder with a little water to form a paste.
  3. Heat oil in wok and saute mixed spices, onions, green chillies and curry leaves until fragrant. 
  4. Mix in pounded garlic and ginger paste.
  5. Add squids and potatoes. Mix and cover the wok for 4 minutes.
  6. Add the mixed powder paste. Stir well with the ingredients and cook for 5 minutes. 
  7. Add coconut milk, water and salt. Let the curry boil for few minutes, lastly add tomato. 
  8. Turn off heat after few boils. Curry is ready to be served! :)

Nasi Goreng Hijau Udang Kering

Nasi Goreng Hijau Udang Kering ni dah lamaaaaaaaaaaa..kita masak juga..haish..bila kita click tukan bulan March tahun lepas..hampir setahun tunggu queue untuk masuk blog..hehe. itulah masaalahnya..masak2 ni kita rajin ambil gambar tapi nak masukkan blog tulah yang selalu tak sempat..either kita sibuk,  masa tak mengizinkan or bascially pure lazinesslah..As what I said earlier in my previous post..I think its oklah kan sebab gambar2 ni tak basi..asal ada recipe boleh ajekan bila2 nak masukkan blog..hehe

Nasi Goreng Hijau Udang Kering
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
4 mangkuk nasi sejuk
11/2 biji bawang besar dihiris
3 biji bawang putih dihiris
 3 batang kacang botor dihiris ikut suka
*5-10 biji cili padi hijau-(ikut kepedasan masing2)
*10 biji lada hijau
*3 sudu besar udang kering direndam, dan toskan
2-3 biji telur
fishcake dihiris
minyak untuk menumis
garam  & gula secukup rasa

Cara:-
Kisar bahan2 bertanda*. Panaskan minyak dan tumis bawang hiris, then masukkan bahan2 kisar kacau hingga naik bau. Masukkan fishcake & kacang botor yang telah dihiris, kacau rata.Masukkan nasi, garam & gula secukup rasa. Gaul lagi hingga sebati. Nasi ditolak ketepi dan pecahkan telur, biarkan seketika bila dah mengeras, kacau dan gaul rata dengan nasi. Masak hingga nasi kering dan rasa mana yang kurang bolehlah ditambah. Siap untuk dihidang.

Ayam Masak Kicap Lada Hitam

Haish..selalu nak masak buntu kan..tak tahu nak masak apa..Last2.. masak ayam masak kicap..pasti no complain..kali ni kita cuba recipe CMG ni..for a change..di letak sos lada hitam as part of the ingredients..boleh tahan sedap juga..Buat teman2 yang  buntu nak macam kita, tak tahu masak apa for lucnh hari ni bolehlah cuba hehehe.....Terimakasih che mat..akak minta izin dipanjangkan disini pula ya..


Ayam Masak Kicap Lada Hitam
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam, potong pada saiz yang anda suka, cuci bersih dan toskan -(Ayu gunakan 1kg chicken drumlett)
1sudu besar cili kisar-(Ayu tambah)
2 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
2 biji cili hijau, belah 2
1 biji cili merah, belah 2
2 biji kentang, hiris sederhan tebal, rendam
3 ulas bawang putih, dititik
1/2 inci halia, hiris
1/3 cawan kicap manis
2 camca besar sos lada hitam
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1/3 cawan air
Hirisan daun bawang, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam digaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, perap 20 minit dan goreng tapi jangan sampai garing, kasi goreng embal2 saja. Angkat dan toskan. Kentang tadi ditoskan dan goreng hingga kuning keemasan, toskan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia, kayu manis dan bunga lawang hingga harum, masukkan sos lada hitam dan ayam. Gaul rata. Tuang air dan masukkan kicap manis, kacau rata dan kecilkan api. Masak hingga pekat.
  3. Tambah bawang besar, cili belah dan kentang, gaul rata. Masak hingga pekat atau berkuah, yang ni terpulang pada masing2. Matikan api dan alih dalam bekas sesuai. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan...