Friday, November 19, 2010

Jantung Pisang Goreng Pedas

Frankly and honestly I tak pernah makan jantung pisang..although my mum dulu2 ada pernah rebus dan cicah dengan air asam, tapi I just tengok my parents makan aje tak berani nak makan, sebab macam tengok weird gitu..hehe..tapikan semenjak I dah ada blog nikan, semuanya I nak try buat and masak termasuklah ini jantung pisang..saw kat Giant this banana flower banyak ada kita ambil lah 2, ternampak recipe CMG  terus bekenan...lepas goreng ..SEDAPPPPnya jantung pisang ....Thanks CheMat, akak letak recipenya  kat sini juga ya..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji jantung pisang nipah, kupas kulit luarnya hingga jumpa bahagian cerah yang lembut, rendam-(Lepas dihiris Ayu rebus dulu hingga lembut letak sedikit garam)
1 genggam ikan bilis, rendam 10 mnit, dan toskan dan bagi dua-(Ayu gunakan kiub ikan bilis aje)
1 biji bawang besar, hiris
1 camca besar sos tiram
Garam secukup rasa
1 cawan air
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 biji cili merah*
10 biji cili padi*
1/2 inci belacan*
1 bahagian ikan bilis tadi*(*ditumbuk hingga lumat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hingga harum, masukkan sos tiram dan kacau rata. Tuang air. Sementara itu jantung pisang dibelah dua, belah lagi dan hiris sederhana halus. Masukkan dalam kuali. Kacau rata.
  2. Masukkan ikan baki ikan bilis, kacau dan masak hingga jantung pisang lembut, masak dengan api perlahan. Masukkan garam secukup rasa. Akhir sekali tambah hirisan bawang besar, masak sekejap dan angkat. Hidangkan segera.
Sources:-From tiffinbiru.blogspot.com

 Jantung Pisang buat siapa2 yang tak pernah nampak

No comments: