Monday, November 29, 2010

Condensed Milk Pound Cake

Made this last week, after seeing the cakes in a few of blogger friends, like Yat Maria, Kak Anim, then Kak Nur, siapa lagi  that I missed?..Basically dont want to miss out the thrill lah, ..hehe..Ermmm! Sedap!..lemak2 manis gitu...just cant stop at one, mesti go for another  piece..and yes should go with a cup of nescafe lagi best...Recipe got from .Rima , who is on holidays right now..Thanks Rima, for sharing..

I used the nordicware that I've got before I knew about TOTT..hehe..The chrysanthemum bundt pan.
Didnt see this  there,  anyway...

Ingredients
240g good quality butter-(Ayu used goldern churn)
90g sugar-(Ayu used 60g)
1/2 tsp salt
1 cup (304g) condensed milk
3 tsp vanilla paste
240g cake flour
1 1/2 tsp baking powder
4 large eggs


Method
- Sift cake flour and baking powder together. Set aside.
- Cream butter and sugar together till light and fluffy.
- Add in salt and vanilla paste and cream well.
- Pour in condensed milk and cream till well combined.
- Using the mixer on low speed, add in flour in 3 additions. Mix till batter is smooth.
- Add in eggs one at a time. Make sure it's well mixed and smooth.
- Bake at 175 degrees for 1 hour - I baked mine at 170C for 45 mins
 Sources:From bisousatoi.com. 

Daging Salai & Nangka Lemak Cili Api

Kembali keudara..hehe..lauk yang sedap pada kita lagi2 kalau pedas gilerrs...daging salai buat sendiri versi bandar..haha..nak cari yang dah siap mungkin kena pergi Negeri Sembilan baru jumpa kot..heheh..yalah sebab I ambil resepi dari mokwonik yang duduk diSenawang N9, dan mokwo gunakan daging salai yang siap disalai...kita salai pakai oven aje..gaul kunyit & garam as mokwo's advice..sedap betul tau...

Lauk2 kampung ginilah yang memang menjadi pujaan hati ku...I gandingkan dengan nangka muda yang direbus dulu hingga lembut mak ai..sodap betul ni....heheh kan dah 2 kali cakap sedap tu ...cubalah..
Mokwo, minta izin diletak resipinya disini ..thanks  bermillion million ya..

Ingredients:-
350gm daging salai- hiris melintang urat
1 batang serai- ambil bahagian putih nye aje *
1/2 labu bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1/2 " halia*
1" kunyit hidup*
15 biji cili api *-(Ayu macam biasa buh lebihlah)
200ml pati santan
1 keping asam keping
1 1/2 cawan air
6 biji terug telunjuk--belah 2 memanjang -(Ayu gantikan dengan nangka muda direbus hingga lembut bersama dengan garam)


 Method:-
  • kisar semua bahan yg bertanda *
  • panaskan periuk, masukkan bahan2 kisar tadi . tambah air dan asam keping didihkan
  • masukkan daging dan santan..kalau terlalu pekat boleh tambah air
  • bila dah didih masukkan pula terung telunjuk (nangka muda) dan masak sampai terung empuk dlm 5 minit
  • perisakan dgn garam dan gula
Sources:-From  mokwonik.blogspot.com

Daging dibasuh dan toskan airnya. Lumurkan dengan garam & kunyit perap sekejap .
Kemudian 'salai' dalam oven ...bakar hingga masak tiap 10-15 minit balik2kan..
Bila dah masak hiris nipis.

Maggi Goreng Mamak

Salam, uish dah lama tak update ya..biasalah..baru nak update ada aje yang menyibuk nak pakai computer...bila time lengang sibuk kat dapur pulak, yalah yang mustahak didahulukan, kang melanguk depan computer, budak2 nak makan mama belum masak habis ler...school holidays ni budak2 mesti cari makan punya...lagi2 si Hasif, pukul 11 or 12 mesti tanya mama masak apa?....padahal baru sarapan cereal 1 mangkuk besar..hehehe

Maggi goreng ni  was breakfast  pagi semalam,  semua ada, so kenalah buat sarapan ..roti dah habis, tepung pulak tinggal sikit, jadi cari dalam drawer ada maggi ni I pun gorengla alah2 mee goreng mamak gitu..cuma tukarkan meenya aje, dan apa yang ada dalam fridge..boleh jugalah kan..dari tak  ada apa nak makan ...bak kata my cousin yang duduk kat KL dulu2 "Jangan banyak songeh"..hehe

Ingredients:-
  7-8 pieces cintan mee/maggi mee boiled in hot water w /some salt & oil added, drained-(7-8 keping mee cintan direbus dengan sedikit garam & minyak toskan)
 2  fish cakes sliced-(2 keping kek ikan dihiris)
some fresh prawns-(udang ikut suka berapa banyak)
bean sprout-(taugeh)
chye sim-(sawi)
3-4 tbsp chilli paste-(3-4 sudu besar chili kisar)
2 tbsp meat curry powder-(2 sudu besar serbuk kari daging)
3-4 tbsp black soy sauce-(3-4 sudu besar kicap pekat)
2 tbsp tomato sauce-(2 sudu besar sos tomato)
1 big onion sliced-(1 biji bawang besar dihiris)
3 eggs-(3 biji telur)
2-3 green chillies sliced thinly-(2-3 biji cili hijau dihiris)
 garam & perasa secukupnya-(salt & msg to taste)
 
Method:-
Heat oil and saute onion , chilli paste, green chillies, curry powder till fragrant. Add in prawns, sliced fish cakes,  stir and let it for a while.Add in soy sauce, tomato sauce and noodles and stir well. Add in chye sim and make a well add in the eggs and let it cook for a while before stirring. Stir well, lastly add in bean sprout , stir and turn off heat.-(Panaskan minyak dan tumis bawang, cili kisar, cili hijau dan serbuk kari hingga naik bau. Masukkan udang, hirisan kek ikan, kacau dan biarkan sebentar. Masukkan kicap, sos tomato dan mee, gaul rata. Masukkan sawi dan buat lubang ditengah dan masukkan telur, biarkan sebentar sebelum kacau. Gaul rata dan akhir sekali masukkan  taugeh. Kacau rata dan matikan api.)

Award Dari Yatie & Love2cook

Salam would like to hang this award which I've got from Yatie & Love2cook.
Walaupun blog kita tak adalah cantik mana dan tak selovely..,
  I accept it with  open heart..
Thank you both for awarding me these..

Award from Yatie,
Thank you dear, with this award comes with some tags
so here it goes..nasib baik tak panjang..hehe
Nickname untuk tuan empunya blog :
  • Curlybabe or Ayu Singapore
Ucapan untuk yang memberi award :
  • Terima kasih banyak2 dan 
  • Terharu sebab sudi berikan pada kita...
6 fav artist / singer / group
Errm macam tak ada..hehe

The next award was given to me 
from  Love2cook Kuala Lumpur

Thanks again semuanya sebab ingat kat kita...for the rest of blogger friends,
sudi2lah ambik the awards above..

Wednesday, November 24, 2010

Banana Soft Marble Cake

Marble Cake again, this was actually Raya cake the other day....remember I said that I made cake, muffins and apam on the eve of raya?..well this was it...the apam already telecast, the cake also done, but the muffins I think I wouldnt want to post it here cause tak jad!!!...Talking about tak jadi, I would like to apologize if some of you already tried making the BROWN SUGAR MARBLE CAKE which I posted the other day..the eggs used was total 9 - use 9 egg yolks + 7 whites ya(Meaning 2 egg whites take away), not using 2 whites which I typed earlier..so so sorry if some of you already tried making this(kalau adalah ya)...Thanks to Deedah for informing me kalau tak memanglah I tak perasan langsung, ... Minta maaf banyak2 sekali lagi kalau ada yang dah cuba kek tu...kita rasa bersalah betul- betul ni....kalau ada yang nak mintak kita gantikan telur & butter tu cakap ya(serious ni)!!...

Ok back to the above cake, this cake recipe was taken from  Noreen 's blog.. did this before here..but this time, I added the bananas cos I have lots of them sebab sayang kalau dibiarkan begitu aje...sukatan gulanya dah I adjust as dah buh pisang and pisangnya dah manis..

Bahan-bahan:
270gm mentega
250gm gula kastor-(Ayu gunakan 170g)
260gm tepung gandum-(Ayu kurangkan 10g-so 250g)
1 camt baking powder
6 biji telur
2 camb susu pekat manis (condensed milk)
1 camb ovalette
1 camb air-(Ayu tambah 1camb susu)
1 camt esen vanila
10gm serbuk koko
1 camt chocolate emulco - optional tapi kalau ada lagi bagus untuk mendapatkan warna
1 cawan pisang yang dah dilecek

Method:
  1. griskan tin kek berukuran 10 x 7 x 3 atau 20-23 cm springform. ketepikan
  2. ayakkan tepung bersama2 dengan baking powder dan ketepikan
  3. satukan mentega, susu, esen vanila dan pukul sehingga gebu dan ringan, masukkan pisang lecek dan gaul rata (apabila diangkat dengan spatula adunan tidak jatuh). ketepikan
  4. kemudian satukan telur ovalette, air, gula, campuran tepung tadi dan pukul sehingga kembang dan rata
  5. masukkan adunan mentega (no. 3) ke dalam adunan no. 4 dan kacau rata
  6. keluarkan 1/4 adunan dan campurkan dengan serbuk koko dan chocolate emulco. kacau sehingga sebati
  7. masukkan 3 senduk adunan plain ke dalam tin kek dan 1 senduk adunan cokelat
  8. ulangi sehingga habis adunan digunakan
  9. ambil chopstick dan buatkan bentuk marble
  10. kemudian bakar pada suhu 180C selama 45-50 min atau sehingga masak
  11. setelah masak padamkan api oven dan biarkan kek di dalamnya selama 5 min
  12. selepas itu bolehlah dikeluarkan dari oven dan biarkan betul2 sejuk barulah dipotong kek tadi
note: sedap, lembut dan senang dibuat
sumber dari aini salim

Udang Berempah

Lauk sampingan yang dipadan kan dengan lauk asam tadi...sedap juga dibuat ratah2...nak c&p dari mesra.net tak boleh pulak..ada gambar merah keluar..terus kita cabut..website tu kena attack virus kot..terpaksalah I type balik recipenya ni...

Just now, my mum cakap, "kau ni recipe terlalu banyak, sampai aku pun dah tak ingat recipe mana yang sedap..nak suruh kau buat yang mana pun dah lupa.."..I just laughed aje..hehe.."in my heart lebih banyak sedap dari tak sedap ke mak?.."hehe....yalah kalau tak sedap kena humming kat telinga berhari2...tak boleh tahan tau..hehe


Bahan A:-
1kg udang
3 biji bawang besar (potong bulat)
1 labu bawang putih-hiris
1 sudu kecil serbuk kari
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk cili
rempah 4 serangkai-Ayu gunakan all spice sikit aje
10 tangkai cili padi-ikut kepedasan
garam & serbuk perasa secukupnya
gula sikit-buat syarat
daun ketumbar-agak2 aje

Bahan B:-
1/2 sudu kecil serbuk kari
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk cili


Method:-
Gaul rat kewsemua bahan B, sedikit garam & perasa bersama udang. Goreng jangan terlalu lama, angkat tos dan ketepikan. Kemudian panaskan minyak, tumis bawang besar & putih. Kemudian masukkan cili padi yang dipotong kecil2 bersama rempah 4 serangkai.
Apabila wangi kecilkan api, masukkan kesemua serbuk didalam bahan A, garam, perasa & gula dan kacau. Apabila semua serbuk tadi dah masak, masukkan udang tadi & gaukl rata. Masukkan juga daun letumbar yang telah dipotong kecil2. Udang berempah siap dihidangkan, Lagi sedap diratah begitu sahaja.
Tambahan:-Masak udang berempah ini tidak meggunakan air walau sedikit pun. Oleh itu ketika masak kesemua serbuk dibaahn A memerlukan api yang kecil & selalu dikacu. Jika api sederhana besar atau besar remaph tadi akan terasa pahit.
Sources:-From resepi.mesra.net

Sayur Pisang Masak Asam

 Salam, tengahpetang, wah hujan bukan main lebat sekarang ni kat Spore..dah makan lunch, so kekenyangan, dapat tidur pun best juga ni..hehe..uish tak boleh tidurlah I , sebab budak2 memekak lor..baru nak terlelap aje sibudak perempuan dah menjerit kena kacau dengan si budak 'jendul'(Iqram)...I rasakan cuti sekolah nikan, my blood go upstairs up & up banyak kali tau..urut dada aje..tengok kerenah budak2 ni..haish..

Ok back to the picture above, sayur pisang muda yang selalunya I masak lemak cili api, but this time masak asam pulak...sedapp..hirup kuahnya pedas2 masam gitu..same recipe yang digunakan untuk batang keladi cuma tukarkan main ingredientsnya aje...I suka sayur2 kampung ni..entah kenapa, mungkin kita ni kan dah masuk asar..hehe..eh Yat Maria cakap kita baru 1/2 zohor aje ya..hehe

Ingredients:-
1 sisir pisang muda
*2 ulas bawang putih
*6 biji bawang merah kecil
*20 biji cili padi
*1 inci kunyit hidup
*1 kiub ikan bilis
*1/2 cm belacan
(*bahan2 kisar halus)

1 camca besar asam jawa, rendam dgn 1/2 cawan air-
secekak daun kesum
sedikit minyak untuk menumis
garam & gula secukup rasa.

Method:-
Bersihkan, buang kulit pisang hiris dan rebus dengan sedikit garam hingga lembut.. Angkat dan toskan.
Dalam periuk, masukkan sedikit minyak dan tumis bahan2 kisar hingga wangi, masukkan  air -bergantung pada kehendak masing2. Biarkan mendidih. Masukkan pisang yang telah ditoskan bersama daun kesum dan jus asam. Bila mendidih perasakan dengan garam dan gula.

Tuesday, November 23, 2010

Malaysian Style Kam Heong Crabs

Salam, guys..waduh2..school holidays are here and the violent scene  of snatching, pushing and shouting at the computer area are a normal thing in my house...the kids, the mum are those involved in this drama...each wanted to use the computer and each have their own website to go...Hasif -watching Anime, Iqram- playing millionaire city on the face book, Marsya- you tube listening to all her Nursery Rhymes & ABC songs & last but not least, Mama- her blog!!...so there is only one computer in the house..to be shared among us..who is the fastest to get to the seat & got hold of the 'mouse' is the winner...sometimes, when Mama already won the seat, but she needs to get up and take something at the kitchen, somebody will quickly run and already logged in!!!...

Anyway, just updated this dish for today which I cooked last weekend...tried this Kam Heong Crabs recipe for a change, never know how Kam Heong crabs taste like..got it  here ,  the same source I've got Black Pepper Crabs and  Hasselback Potatoes from..Thank you Angie for sharing!!!..Very nice indeed..the taste of this dish is a cross over of curried  & black pepper dishes..the curry powder and the black pepper in the recipe made this dish a well blended taste..Mr Hubby loves it!!..


Ingredients 
2 Large Dungeness Crabs (4 1/2 lbs) Cut into 8 pieces for each crab
2 Tbsp Dried Shrimps, soaked for 10 minutes and drained
3 Shallots, chopped
4 Cloves Garlic, chopped
8 to 10 Thai Bird’s Eye Chilies, chopped
1 Bunch (15 g) Fresh Curry Leaves
2 Tbsp Fish Curry Powder
2 tsp Coarsely Ground Black Peppercorns
3 Tbsp Dark Soy Sauce
2 Tbsp Oyster Sauce
1 Tbsp Sugar
Oil for deep-frying

Method 

Put the oil in a large wok, or large deep saucepan and heat over high heat. Deep-fry the crabs for about 4 to 5 minutes and set aside. Reserve 2 Tbsp of the oil and drain off the excess oil.
Reheat the wok with the reserved oil on high heat. Cook the dried shrimps until crisps. Then toss in the shallots, garlic, and chilies; curry leaves, curry powder and cook until the mixture is golden in color and fragrant.
Then add the coarsely ground black peppers, dark soy sauce, and oyster sauce, sugar and give the mixture a quick stir. Mix in the crabs and stir until well combine and season with salt if necessary. Serve immediately.
Sources:-From seasaltwithfood.com

Friday, November 19, 2010

Apam Pelangi

 Apam pelangi yang sedap, lemak & lembut...made this on the eve of Hari Raya  hari tu...must be thinking, petang2 raya buat apam?..hehe...actually I made this cause my dad suruh buat something to

bring over sebab ada bacaan tahlil dan takbir raya at a few blocks away from my house oleh kumpulan karyah in my area... Well this is the moment untuk kita berexperiment for new recipes lah..hehehe.. alhamdullilah menjadi apam ni sedap..lagi2 kalau makan dengan kelapa parut...bila dah ambil gambar baru realise tak buh kelapa parut atas apam ni...Recipe I ambik kat rumah Ika  before that kat rumah Hana..dan sebelum tu kat rumah Kak Ilah,
original recipe dari cikpuan mieza@myresipi.com. Dah merata juga yang cuba....I made 2 adunan untuk dibawa.. Thanks semuanya for sharing recipe apam yang akan ada ulang tayang ni...


Bahan-bahan
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh ovellet
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 150 gm tepung gandum
  • 150 gm gula halus - hana cume buh 90g je-(Ayu gunakan 120g)
  • 125 ml santan kara
  • 1 sudu teh baking powder
  • garam secubit
  • pewarna

Cara-cara
  • Pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu.
  • Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
  • Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder kacau rata.
  • Bahagi kepada 3 warna yg kita suka. (Ayu sapu minyak diloyang sikit supaya tak melekat nanti. Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak
Sources:- From kurnianmu.blogspot.com

Dory Goreng Tepung Berempah

Another side dish for the kids yang tak makan kupang...well orang tua pun makan jugalah...budak2 kalau gorengkan ikan yang tak bertulang ni memanglah senang keje sebab tak payah cubit2kan for them...another recipe from  CMG..yang menggunakan udang & ikan kembong...sorry ya Che mat, akak ubah title buh berempah belakangnya sebab dulu pun akak ada goreng dory ni  pakai tepung juga tapi tak buh rempah so tak nak mixed up with that recipe akak adjust sikit aje tu ya...This ikan sedap dimakan panas2 dengan nasi & kuah kari tu....

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 keping dory filet-(dibasuh dan lumur dengan air jus limau supaya tak hanyir)
1 cawan tepung beras
1 biji telur
1/2 camca teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
100 - 150 ml air (kurang lebih)
1 batang serai, hiris halus*
1 camca besar ketumbar biji*
1/2 camca teh jintan halus*
1/2 camca teh jintan kasar*
1/2 camca teh lada hitam biji*(*ditumbuk halus)-(Ayu tak letak)
Minyak untuk goreng terendam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, cuci bersih dan toskan, udang dikupas kulit tapi tinggalkan ekornya, belah bahagian belakang dan buang urat, cuci bersih dan toskan.-(potong ikan ikut suka)
  2. Satukan tepung dengan bahan tumbuk halus, telur dan serbuk kunyit, kacau rata dan tuang air sedikit demi sedikit sambil dibancuh hingga menjadi bancuhan yang tidak terlalu cair. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak, kemudia celup udang tadi dan goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan, kemudian celup pula ikan dan goreng hingga kekuningan, angkat dan toskan. Hidangkan bersama sos cili...
Sources:-From tiffinbiru.blogspot.com

Jantung Pisang Goreng Pedas

Frankly and honestly I tak pernah makan jantung pisang..although my mum dulu2 ada pernah rebus dan cicah dengan air asam, tapi I just tengok my parents makan aje tak berani nak makan, sebab macam tengok weird gitu..hehe..tapikan semenjak I dah ada blog nikan, semuanya I nak try buat and masak termasuklah ini jantung pisang..saw kat Giant this banana flower banyak ada kita ambil lah 2, ternampak recipe CMG  terus bekenan...lepas goreng ..SEDAPPPPnya jantung pisang ....Thanks CheMat, akak letak recipenya  kat sini juga ya..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji jantung pisang nipah, kupas kulit luarnya hingga jumpa bahagian cerah yang lembut, rendam-(Lepas dihiris Ayu rebus dulu hingga lembut letak sedikit garam)
1 genggam ikan bilis, rendam 10 mnit, dan toskan dan bagi dua-(Ayu gunakan kiub ikan bilis aje)
1 biji bawang besar, hiris
1 camca besar sos tiram
Garam secukup rasa
1 cawan air
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 biji cili merah*
10 biji cili padi*
1/2 inci belacan*
1 bahagian ikan bilis tadi*(*ditumbuk hingga lumat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hingga harum, masukkan sos tiram dan kacau rata. Tuang air. Sementara itu jantung pisang dibelah dua, belah lagi dan hiris sederhana halus. Masukkan dalam kuali. Kacau rata.
  2. Masukkan ikan baki ikan bilis, kacau dan masak hingga jantung pisang lembut, masak dengan api perlahan. Masukkan garam secukup rasa. Akhir sekali tambah hirisan bawang besar, masak sekejap dan angkat. Hidangkan segera.
Sources:-From tiffinbiru.blogspot.com

 Jantung Pisang buat siapa2 yang tak pernah nampak

Kupang Masak Kari

 Teringin nak makan kupang masak kari, sebab ternampak kat rumah K.Am hari tu, went to cari but macam tak ada kupang fresh, so what I did was I bought yang frozen punya..dalam kotak..well the verdict kalau dapat yang fresh mungkin lagi sedap..sebab yang ni macam tawar sikit ler... Since K Am, tak letak recipe karinya I used my squids & fishballs curry and tukarkan kepada kupang dan tambahkan kentang macam K. Am punya....layan ajelah ya..

 Ingredients:-
1kg boiled mussels-(1kg kupang rebus)
1-2 potatoes cut to wedges-(1-2 biji kentang dipotong baji)
1 big onion sliced-(1 biji bawang besar dihiris)
*3 garlic minced-(*3 bawang putih dikisar)
*1 big onion minced-(*1 biji bawang besar dikisar)
*1inch ginger minced-(*1 inci halia dikisar)
4 tbsp fish curry powder-(4 sudu ebsar serbuk kari ikan)
1 tsp fish curry spices-(1 sudu kecil rempah tumis ikan)
2 green chilies slit-(2 lada hijau dibelah 2)
some tamarind juice-(sedikit air asam jawa)
2 sprig curry leaves-(2 batang daun kari)
salt & MSG to taste-(garam & serbuk perasa)
water to estimate-(air secukupnya)

Method:-
Heat oil, saute onion, curry leaves and fish curry spices. Add in minced onion, garlic and ginger. Add in boiled mussels & potatoes.  Stir well and add in tamarind juice. Add in fish curry powder and water for gravy. Let the gravy simmers till potatoes are soft. Sprinkle salt and MSG to taste. Before remove add in green chillies. Ready.-(Panaskan minyak, tumis bawang hiris, daun kari dan rempah tumis ikan hingga naik bau. Masukkan bahan2 kisar. Masukkan kupang yang dah direbus & kentang. Kacau rata dan masukkan air asam jawa. Masukkan rempah kari ikan dan air untuk kuahnya. Biarkan kuah reneh hingga kentang lembut dan masak. Msukkan garam & perasa. Masukkan lada hijau matikan api. Siuap untuk dihidang.)

Thursday, November 18, 2010

Ayam Ungkep & Menu Aidil Adha 2010

Salam Aidil Adha to all!...Maaf to teman2 bloggers yang mana I tak sempat bertandang dan ucapkan Selamat Hari Raya ya..How was raya yesterday?..Banyak dapat daging korban?..I kat sini bulu kambing or lembu pun tak nampak..hehe..kalau nak kena pergi supermarket ajelah korban kan duit confirm dapat punya....hahaha..

Anyway, raya semalam kita tak kemana2 pun duduk rumah and lepak2 kan dengan watching korean drama lah...bercd, cd kita tengok...made simple & normal  dishes aje for makan2 ..brother's family came over and thats it...mum did asked me nak masak apa for raya, it just came to me to cook this ayam ungkep which I made this before here. The last time I ate it with rice, this time wanted to try with ketupat ..memang sedaplah pada kita...Thanks semuanya for sharing ya..

Ingredients:-
1 whole chicken (cut to preference and washed with lime juice to get rid of smell marinate chicken with salt and MSG)-(1 ekor ayam dipotong ikut suka digaul dengan air limau supaya tak hamis. Perap dengan garam & serbuk perasa)
3 tbsp coriander powder-(3 sudu besar ketumbar)
1 tbsp fennel powder-(1 sudu besar jinatn manis)
11/2 tbsp cumin-(11/2 sudu besar jintan putih)
*2 big onions minced-(*2 biji bawang besar dikisar)
*4 garlics minced-(*4 biji bawang putih dikisar)
*1 inch fresh turmeric roots minced-(*1 inci kunyit hidup dikisar)
2 lemon grass crushed-(2 batang serai dititik)
1 turmeric leaf sliced coarsely-(1 helai daun kunyit dihiris kasar)
2 potatoes cut to wedges -fried first and put aside-(2 biji kentang potong baji digoreng ketepikan)
1 tbsp sugar-(1 sudu besar gula)
1 dried tamarind pulp-(1 asam keping)
1 big onion sliced in rings(optional)-(1 biji bawang besar dihiris bulat)
salt to taste-(garam secukup rasa)
water to estimate-(air secukupnya)

Method:-
Heat oil and saute minced ingredients and add in lemongrass, turmeric leaf, cumin, fennel and coriander powder and stir till fragrant. Add in chicken and stir well. When all the mixture has been incorporated, add in salt and sugar. Add in water and dried tarmarind slice. Close lid and let it simmer till the chicken is cooked. Let it till the gravy is a bit thick. Add in ring onions and potatoes. Ready.-(Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar* dan masukkan serai, daun kunyit, serbuk jintan putih, manis dan ketumbar dan gaul hingga naik bau. Masukkan ayam dan kacau rata. Bila bahan2 sudah sebati, masukkan garam& gula. Masukkan air dan asam keping. Tutup periuk dan biarkan reneh hingga ayam masak dan kuah sedikit pekat. Masukkan bawang besar yang dihiris bulat dan kentang yang telah digoreng. Kacau rata dan siap untuk dihidang.)
Sources:-From waheedeana.blogspot.com & resipinoraini.blogspot.com

 Some of the dish that goes along with the instant ketupat...
the recipes I have posted before, you can check it out ya..
only thing the Rojak India tu beli punya, tapi kalau nak recipenya  can clicklah.
Mr Hubby teringin nak makan Rojak India so he bought
kat Adam Road Hawkers Centre after solat raya..
Bedal ajelah kan buat tambah2kan menu...haha

Monday, November 15, 2010

Brown Sugar Marble Cake

Salam, just a quick update, this cake was not for the coming Aidil Adha, but I baked this last week...the lifespan of this cake also did not last till 24 hours, it was gone within hours after baking it...it was so so soft and melt in you mouth kind of cake...only regrets was the marble did not met with my expectations...marble tile dah jadi  slate tile..hehehe...recipe was from Chef Tania. thank you kak, dont mind I share it here ya..

The other  regrets that I felt and want to share was, I just found out that the Nordicware, that I bought in those days, was much much too expensive when I found out a new just opened bake store in town that the price was actually half the amount I paid last time!!!...ggrrrr..I guessed the locals here should know about this store. Went yesterday and spent at least 2-3 hours in there..
When I saw the price I was like  %$#@#...kena conned all this time!!..Imagine, I have to save a few months to get 1-2 Nordicware????...gggrrrrrerrr..aaaaaahhh aauuwww gggggggrrrrrrr. tengah marah  ni... tengah marah ni....

Ingredients:-
9 eggs- 9 egg yolks + 7 egg whites-just edited!!! so so sorry!!
250g top flour-(sifted)
1 tbsp ovalette
120g brown sugar -(Ayu used 100g)
120g castor sugar-(Ayu used 100g)
10g ice cubes-(1 ice cube)
1 tsp vanilla essence
2 tbsp vanilla ice cream powder_(Ayu didnt put, cause no stock)
*250g melted butter
*2 tbsp chocolate paste-(chocolate emulco)

Method:-
Combine all the ingredients above except ingredients* and beat at high speed until fluffy. Add in melted butter.
Divide into 2  and add in 1 with chocolate paste.Preheat oven at 180C and bake for 45 mins to 1hr or till cooked. Use a 9x9x3 inch tray.
Sources:-From Chef Tania.

Friday, November 12, 2010

Bingka Ubi Gula Melaka

Bingka ubi ni actually dah buat 2 kali, the first time buat I tengok macam tak gelap aje colour gula melakanya, pergilah letak colour brown, sekali instead jadi gelap, jadi hijau lah pulak....mungkin the reactions between the artificial colouring dengan starch sudah menjadikan ia berubah warnanya...itulah dulu sekolah belajar sains main2..kan dah rosak kueh tu..hehe..so this time I didnt add any colouring walaupun kuihnya tak nampak gelap....apa2 pun sedap bingka ni, biasalah kita kurangkan sukatan gulanya. Walaupun recipe asal menyatakan tak payah perah ubi parutnya, I just tapis(bukan perah) aje kasi buang airnya dan ambil kanjinya sahaja lepas tu gaul sekali dengan ubi parut tadi..
Ingredients:- (9x9 loyang)
  • 1 kilo ubi siap parut-(Ayu tapis -buang airnya dan ambil kanjinya saja dan gaul balik dengan ubi parut tadi)
  • 300 g gula melaka*-(Ayu gunakan 225g aje)
  • 200 ml air*
  • 200 ml santan pekat*
  • 2 helai daun pandan*
  • 100 g gula halus-(Ayu gunakan 30g aje)
  • 3 biji telur
  • 2 sb mentega/majerin
  • 2 sb tepung pulut
  • 1/2 st garam
Method:-

  1. Masak bahan2 bertanda (*) hingga mendidih dan gula hancur kemudian tapis dan sejukkan.
  2. Dlm sebuah mangkuk, campur gula halus, telur dan mentega dan di kacau rata.Masukkan ubi parut,garam campuran gula melaka dan kacau hingga sebati.
  3. Tuang adunan ke dlm loyang yg disapu mentega sekelilingnya
  4. Bakar selama 40-45 min pd suhu 160C.(Ayu bakar dalam 1 jam lebih sebab nak garing sikit atas and bawahnya tu.)
  5. Jika ingin permukaan kuih yg garing, hidupkan api grill dan bakar lebih kurang 5 min. Tahap ini, jgn ditinggalkan kuih di dlm oven tu, nanti permukaan kuih akan hangus...
  6. Sejukkan kuih, potong dan hidangkan 
  7. Sources:-From kakfida@myresipi.com

Yam Ma Muang - Som Tam Version

Akibat kesedapan makan kerabu mangga kat  restaurant hari tu...balik Singapore kita cari mangga muda sebab nak buat lagi..teringatkan dapur  Tun Tijah ada reseipi Som Tam, kita pun pergi naik flight ke Bangkok untuk mendapatkan  recipenya dan tukarkan betik muda kepada mangga muda!!!..Waduh, waduh Tijah, I tell you..sungguh enak ini salad lah!!..2 biji mangga HAKAK sorang yang makan!!..ermm, sambil menaip ni pun masih kecur air liur ku!!!..mangga pulak yang jenis garing krap krup krap krup kunyah sekali dengan kacang goreng rangup ...budak2 terpekik terpekau pun kita tak peduli...So Tun, minta izin ya akak letak recipenya disini tak payah akak turun naik Siam kan..

Ingredients:-
  • 1 gengam penuh betik muda yg dsagat>> kita guna manual jer-(Ayu gantikan dengan 2 biji mangga hijau muda )
  • 1 genggam udang kering yg kaler oren, direndam dan toskan
  • 1 btg kacang Panjang dpatah patahkan
  • 3 ulas bwg putih size kecik
  • 3 sudu makan atau lebih kacang tanah yg dsangan
  • Hirisan Lobak merah >>ni tambahan nk cantikkan kaler som tam tu :D
  • 5 biji cili padi atau kurang atau lebih-(ni mesti lebihlah baru kick)
  • 1 biji lime perah ambil jusnyer
  • Air asam jawa ikut selera-(Ayu tak letak sebab dah masam)
  • 4 biji ceri tomato
  • 1/2 sb paste sugar atau sugar biasa tu pun ok
  • 2 sb kurang atau lebih Sos Ikan
  • Ajinomoto>>org thai mmg tak leh tggl ajinomoto dlm masakan dia org jdnyer kita skip yg ni-(Ayu letak secubit aje)
Method:-
Tumbuk bhn rencah dlm lesung atau lesung somtam seperti bwg putih, udang kering, lada n masukkan bhn cecair perasakan mana yg nak dtambah tambah lah ikut selera.. Sekurang kurangnyer guna besen besar senang nak gaul2 then baru masukkan bahan2 hiris seperti kacang panjang dan juga tomato, gaul sebati dan perasakan, sedia untuk dihidang!
Sources:-From kurniaanmu.blogspot.com

Kari Ayam Kering Ala Rendang

 Masih lagi lauk hari Isnin yang lalu...sedap kari ni, my dad puji dan bertambah2 dia makan..tapi I masak cair sikit sebab nak berkuah dan makan dengan nasi putih aje..recipe dari CMG,yang gandingkan lauk ni dengan nasi dagang... kebetulan hari tu nampak juga dirumah Yatie  pun masak lauk ni...kari ni sedap juga dicicah dengan roti, dan sewaktu dengan nya..Thank you CheMat, akak letak recipe nya juga disini ya..

BAHAN-BAHANNYA :-)
800 gram ayam, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
2 helai daun kunyit, hiris halus
2 keping asam gelugor
2 1/2 camca besar penuh rempah kari daging, bancuh dengan 1/2 cawan air
3 camca besar cili kisar
800 ml santan
3 camca besar madu
Garam secukup rasa
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 inci halia*
1/2 inci kunyit hidup*
3 biji buah keras*(*dikisar halus)

BAHAN TUMIS :-)
3 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
1 kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Tambah bahan kisar halus dan cili kisar, tumis hingga garing, masukkan rempah kari tadi dan biar hingga terbit minyak. Masuk ayam dan masak hingga ayam kecut.
  2. Tuang santan dan masukkan madu serta asam gelugor. Kacau dan masak hingga kering, Tambah garam secukup rasa dan juga hirisan daun kunyit. Gaul hingga rata. Masak sekejap lagi dan boleh diangkat. Hidangkan bersama nasi dagang dan acar mentah.-(Ayu hidangkan dengan nasi putih biasa aje)
Sources:-From tiffinbiru.blogspot.com

Asparagus Goreng Belacan

Salam, asparagus ni telah dimasak pada hari Isnin lalu, disebabkan beli sayur ni sebelum pergi holiday, kita cepat2 masak sebelum dia jadi rosak..Mr Hubby yang letak sayur ni dalam my groceries basket sebab dia teringin nak makan, katanya good for the kidney..betul ke?..apa2 pun sayur omputih ni, kita goreng dengan belacan, jadikan dia sayur melayu..hehehe after cooking dia ratah gitu aje..

Ingredients:-
200g asparagus-dipotong panjang
2 sudu besar bawang kisar
1 sudu kecil bawang putih kisar
1 sudu besar cili kisar
2 cm belacan bakar
sotong & udang
sedikit garam& perasa

Method:-
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama dengan belacan.Biarkan hingga garing dan masukkan sotong & udang. Perasakan dengan garam(kalau perlu) & serbuk perasa. Masukkan asparagus dan gaul hingga sayur lembut dan masak. Hidangkan

Thursday, November 04, 2010

Bihun Goreng Kunyit

Ok since esok holiday, bolehlah goreng mee hoon kunyit ni for breakfastkan...I made this last Sunday, first time tengok,dari dapur Madiha yang pandai masak walaupun sibuk bekerja dan beranak kecil, lepas tu ambik order lagi masih sempat masakkan keluarga masakan yang sedap2 (kalau kita dah lama pengsan..hehe)..... terus terpikat dan terus buat the following day...

Sedap mee ni sebab kelainannya menggunakan kunyit.....selalu nasi goreng kunyit, ayam goreng kunyit, dan lain2 yang berkunyit tapi mee goreng kunyit?..inilah pertama kali  kita buat...Thanks ya Madiha...my mum tanya kenapa kita tak goreng mee ni dulu2..Then I said, sebab baru terjumpa recipe ni..haha....then I also said, this was from the same blogger yang kasi recipe mentarang tulah....
 Semua bertambah2 makan mee ni..dari ke Mr Hubby to my parents to my boys... Kuali dah basuh bersih ada orang tanya mee ada lagi tak..hahaha....

Ok, mungkin ni entry terakhir minggu ni sebab this weekend kita nak pergi jalan2..Since budak2 dah habis periksa,  ingat nak drill Mr Hubby drive jauh sikit..hahaha....yalah kita pun nak distress juga..ingat orang duduk rumah tak stress ke?..hehe..


Bahan2
1 bungkus bihun (400g) - direndam dlm air biasa hingga lembut/semalaman -toskan
1 keping dada ayam - dipotong kiub kecil (boleh gantikan dengan apa2 rencah yang disukai-spt sotong/ udang) -(Ayu gunakan semua)

2 bungkus fishball/ 4 keping fish cake - dihiris tebal
2 biji telur
1/4 biji kobis - dihiris halus(sayuran boleh ganti dengan taugeh/sawi/carrot sagat)
1 ketul brokoli -potong floret

2-3 biji cili hijau -dihiris (optional)
6 ulas bwg merah - hiris
3 ulas bwg putih - hiris/ketuk

1 s/ kunyit serbuk -(Ayu bubuh 1 sudu besar)
1/2 kiub pati ayam (boleh gantidengan udang kering tumbuk)-(Ayu gunakan 1 kiub ayam)
garam & perasa
minyak utk menumis
1 s/k  lada sulah (jika suka) 

2 cawan air-(Ayu gunakan 1 cawan aje)

Cara2
-Panaskan minyak masak lalu tumiskan bwg putih & bawang merah  hingga wangi.
-Masukkan ayam & kacau2 hingga ayam bertukar warna. Masukkan fishball/fishcake.Kacau2 lagi hingga ayam masak.Tolak sedikit bahan2 ketepi kuali lalu pecahkan telur & biarkan telur masak.

Kacau sikit telur biar jadi agak hancur(scramble) & berketul2. Masukkan serbuk kunyit, kiub ayam, serbuk lada sulah, garam & serbuk perasa lalu dikacau rata. Masukkan semua sayuran & air sebentar. Bila air dah mendidih terus masukkan bihun & cili hijau lalu kacaulah hingga bihun masak.(Sambil dikacau boleh potong bihun yang panjang2 dengan sudip agar bihun tak bergumpal semasa mengacau. PERINGATAN:-Jangan sesekali rendam bihun dalam air panas utk membuat bihun goreng kerana bihun akan jadi lembik bila menggoreng.) Sedia untuk dihidangkan Boleh hiaskan dengan hirisan cili & juga hirisan telur dadar.
Sources:-From mamawandiha.blogspot.com 

Sotong Masak Serai

Salam, petang Khamis yang mendung ni..actually kita ni banyak kerja yang nak kena buat..tapi tak boleh nak tak updatekan my blog ni....sebab rasanya baru semalam masuk 1 post macam tak cukup gitu..hehe...tak apalah..masuk sikit  pun sikitlah ya..asal blog diupdatedkan...
Masak sotong serai ni semalam...maklumlah sotongkan favourite my boys, so if masak 1 lauk ni aje dah cukup for them, as for the adults, tumpanglah sekalikan...adding to other simple sayur goreng or side disheslah...

The sotong I potong macam bunga ni dapat idea dari tengok rumah Yat Maria lah hari tu..dia tayang mee dia ada pulak sotong nya munga2 mcm ni..so just potong bulat macam biasa then snip kan keliling sotong ring tu tapi jangan sampai putus.. terjadilah sotong muga2 (saja aje, tak ada koje cari koje)..heheh..

Ingredients:-
300g sotong-(Ayu gunakan 400g)
3 cili padi-(Ayu gunakan 20-25 biji..hehe)-jangan ikut saya kalau tak tahan pedas ya..
2 batang serai
200g air asam jawa-(Ayu gunakan 1/2 cawan air asam jawa)
4 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
garam, gula & perasa secukupnya
sedikit air


Method:-
Sotong putih dibersihkan. Cili padi, serai, bawang putih dan bawang merah dikisar dan tumiskan. Apabila naik baunya, masukkan sotong, air asam jawa, garam, gula dan perasa.
Sources:-From daniadin@myresipi.com

Wednesday, November 03, 2010

Kek Gula Hangus

Ehemm ehemm, Assalammualaikum....good evening friends..you know what I missed blogging u...pass few days, cant update and cant sit for long in front of the pc...first was because Iqram's exam, which ended today..phew!....supposed to be Marsya's assesment starting on Monday, but since Saturday she was sick so didnt got to school till today, should be going to school tomorrow...already called the school they will test her when she's back in class..Hasif dah lama habis dah exam dia..alhamdullilah...so here I am, ..

Ok I made this on Saturday, for tahlil & yasinan  Mr Hubby's uncle who passed away 7 days earlier..
my mum suggested this as this cake or rather kuih is easy to make and my family's   favourite (boleh tinggal kan kat rumah sikit..hehehe..)..dah lama juga rasanya tak masukkan entry for this kuih/cake...

Ingredients for caramel:-
1 cup sugar-(1 cawan Gula) - 230g
1 cup hot water-(1 cawan air panas)
2 tbsp butter-(2 sudu besar mentega)- 30g
On medium heat, fry sugar in a saucepan. When the sugar has almost melt, add in hot water(be careful @ this part cause it will be popping.) Add in butter and stir till melts. Put to cool ans set aside.-(Gula digoreng dengan api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas-kena berhati2 sebab nanti dia meletop letop. Tutup api & cepat masukkan air panas tadi dan masukkan mentega kacau sampai mentega cair. Ketepikan)

Ingredients for cake:-
4 eggs-(4 biji telur)
1 cup condensed milk-(1 cawan susu pekat)- Ayu used 155g or 1/2 cup)
1 cup plain flour-(1 cawan tepung gandum)- 140g
2 tsp soda bicarbonate-(2 sudu teh soda bicarbonate)
1 tsp vanilla essence-(1 sudu teh vanilla essence)


Method:-
Using a hand mixer beat eggs till creamy and thick. Add in condensed milk mixed well. In a blender pour eggs and milk mixture. PRESS the on button. Then add in plain flour & soda bicarbonate which has been sifted and Vanilla Essence. PRESS the on button again. Lastly add in the syrup. PRESS the on button again. Leave the mixture in the blender for 3-4 jam(covered) to get a beautiful 'sponge'. After 3-4 hours, pour into a 5" greased tray in order to get a 'higher sponge'(I used 7" inch tray) in oven.Without stirring the mixture(This was what I did), pour the ingredients directly into tray in the oven. Bake for 60 minutes or till cook at 160 degrees Celsius (For my oven I used 145C degrees and bake for 90 minutes) using just the below heat(api bawah). The last 20-30 minutes use both heat(api atas and bawah). Take out from oven and let it cool before cutting. -(Pukul telur sampai kembang & pekat. Masukkan susu pekat and mix lagi. Tuangkan adunan kedalam blender dan tekan ON. Masukkan tepung & soda bicarbonate yang telah diayak tadi dan esen vanila. Tekan On lagi. Last baru masukkan gula hangs tadi. Tekan On lagi. Biarkan adunan dalam blender selama 3-4 jam(tertutup) untuk mendapatkan 'span' yang cantik. Selepas diperap, masukkan adunan kedalam loyang yang telah digris dengan butter(Tanpa menggodak adunan tu, sebab dah trial & error kalau digodak sarangnya tak begitu menjadi). Gunakan loyang 5", kalau nak kek yang tinggi( Ayu gunakan loyang 7" aje)Tuang adunan terus kedalam loyang dalam oven. Bakar dengan suhu 160C selama 60 minit. (Ayu bakar suhu 145c selama 90 minit untuk oven saya) dengan menggunakan api bawah sahaja. Balance 20-30 terakhir, pakai api atas dan bawah. Keluarkan dari oven dan sejukkan dulu sebelum potong.)
Sources:- From Kak Halimah@resipidiana.blogspot.com- steps from Maklang and some of the steps Ayu added myself..