Wednesday, September 01, 2010

Mee Kanton -19th Day Iftar

Mee lagi!..this time tried this mee pulak, mee teow kering yang direbus macam pasta, bubuh minyak & garam so that tak melekat.. Rasa mee teow ni ada sikit lebih kurang macam mee suah..lembut and sungguh mengenyangkan...my dad tak cari nasi lepas buka, lepas makan mee ni..hehe....
Kebetulan Mr Hubby was around during the 19th day(Sunday)...so far fasting month ni, only weekends aje Mr Hubby got the chance to berbuka kat rumah, normal days kat office aje...since the beginning he was involved in the YOG thingy, then after dah habis sibuk pula dengan handing over cause he will be posting out to another camp...

Ok back to this noodles, Mr Hubby suka dengan soupnya, siap hirup2..letak cili jeruk cili padi kasi bedesing telinga...after that lean back & just tersengih kekenyangan....hehe

 Ingredients:--(5-6 orang)
1 bungkus mee teow -direbus dengan sedikit garam & minyak-bilas dengan air sejuk & toskan
5-10 ekor udang
2 ekor sotong-dihiris
2-3 bawang putih dicincang or ketuk halus
1 sudu kecil lada sulah
1 mangkuk stok ayam
air secukupnya
1-2 sudu kecil minyak bijan
sedikit sayuran-(sawi, kobis, carrot)
hirisan cendawan butang -Ayu gunakan fresh mushroom
beberapa biji telur
minyak masak untuk menumis
garam & perasa secukupnya

Method:-
Ambil sedikit mee teow, dan bubuhkan kedalam mangkuk2 hidangan. ketepikan. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang putih hingga naik bau. Masukkan udang, sotong, stok ayam, minyak bijan, lada sulah, air, perasa & garam. Biarkan hingga mendidih. Kemudian masukkan sayuran dan cendawan. Masak selama 3 minit atau hingga sayur lembut, pecahkan telur dan biarkan sekejap. Bila sudah masak, tuangkan kuah keatas mee teow tadi dan hiaskan dengan bawang goreng, daun sup dan cili jeruk. Hidangkan segera time panas.

1 comment:

Mas said...

kak ayu, mas suka masak mee macam tu, sedapnya....