Tuesday, August 31, 2010

Udang Rock & Roll

Another lauk for sahur hari tu..recipe also from Kak Ummi Kuantan..dah ramai blogger friends yang try this recipe, so kita pun curious juga nak rasa macam mana..Although  some of the ingredients tak ada....tapi rasa tetap sedap...tengoklah udang I tu, semuanya tak pakai baju..maklumlah sahur2 budak2 tu makan, senang masuk ngap aje..tak payah kita kopekkan...hehe..

Bahan:-
  • 500 gm udang (udang besar - akak guna udang galah)-(Ayu gunakan udang medium size aje)
  • 1 sudu besar bawang putih yang dicincang
  • 2 sudu besar minyak
Bahan-Bahan Untuk Sos:-
  • 1 sudu besar taucu biji
  • 2 sudu besar cili padi yang dicincang
  • 2 sudu besar sawi jeruk (kai choy) - dicincang (*akak x letak)-(Ayu tak letak)
  • 2 sudu besar cendawan butang yang dicingan-(Ayu tak letak)
  • 2 sudu besar cili sos
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos plum
  • 1 sudu besar gula
  • garam secukup rasa
  • sedikit lada sulah
  • 1 sudu besar tepung jagung dibancuh dgn 3 sudu besar air
  • 200 ml air
  • 3 sudu besar minyak
  • sedikit minyak bijan
Cara Memasak:-

  1. UDANG :- Panaskan minyak dalam non-stick pan dan tumiskan bawang putih. Kacau sekejap dan masukkan udang.. Balik-balikkan biar masak lebih kurang 5 - 6 minit. Tutup api dan ketepikan. Masak sos seperti di bawah

  2. BAHAN SOS :- Campurkan bahan2 sos cili, tomato, tiram, plum semua dalam bekas. Kacau rata dan ketepikan. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumiskan cili padi, taucu, sawi jeruk dan cendawan cincang tadi. Kacau dan masukkan bahan2 sos yang dicampur tadi. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa. Masukkan minyak bijan. Kacau rata dan akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau dan bila sos nya agak pekat tutup api. Tuangkan ke atas udang tadi dan gaul rata. Hidangkan..
    Sources:-From ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com

No comments: