Friday, August 06, 2010

Sambal Sotong Cili Padi


First time I tried sambal sotong cili padi ni.. got the recipe from Wana,  browsed her blog and was very eager to try out this recipe, maklumlah ingredientsnya CILI PADI!!..kita memang pantang nampak recipe yang pakai cili padi..terus kecur air liur..hehehe...memang tak menghampakan!!..sedap pada kita..biasalah I added more then the stated amount...As usual, thank you ya Wana for sharing this recipe, I put up here for tatapan the rest ya...

Sambal Sotong Cili Padi
300 g sotong ( di bersihkan dan di potong2 )-(Ayu gunakan 500g dengan sukatan bahan2 yang dibawah)
10 -15 cili padi ( ikut kepedasan yang diingini )
1 labu bawang besar ( dikisar )
3 ulas bawang putih ( dikisar )
1/2 inci halia ( dikisar )
1 batang serai  ( di kisar )
1 biji buah tomato ( di kisar )
2 sudu besar santan pekat atau susu cair
garam secukup rasa
gula secukup rasa
perasa ( optional )
minyak untuk menumis

Cara Penyediaan
1. Tumis bahan2 yang telah dikisar hingga kering air dan pecah minyak.
2. Masukkan susu cair atau santan, garam, gula dan perasa ke dalam bahan tumisan.
3. Kacau rata dan masak lagi hingga betul- betul kering airnya.
4. Masukkan sotong dan sesuaikan rasa. Bila sotong masak bolehlah di angkat dan dihidangkan.
Sources:-From potretkasih.com

2 comments:

wana yusuf said...

Salam ayu...
rasa nak menitik air liur saya tengok sambal sotong ayu ni....tak tahan!!!

Ayu said...

wana - walkslm, hehe..ish nak menitik air liur ..ya..sedut balik cepat nanti basah keyboard tu..hehe