Tuesday, August 17, 2010

Ayam Goreng Tom yam

 Lauk sahur, pagi tadi..kita buat berkuah sikit..sebab tak buat lauk lain hehehe..taken from Wana, sedap2 juga lauk kat rumah Wana ni..thanks ya Wana, I copy & paste recipenya kat sini..

Ingredients:-
1 ekor ayam-(Ayu gunakan dada ayam dalam 2 keping besar)
3 ulas bawang putih ( diketuk )
1 biji bawang besar ( dihiris )
2 sudu makan pes tomyam
10 biji cili api ( di masukkan sebiji sebiji atau di ketuk )
1 batang serai ( di ketuk )
1 sudu makan air perahan limau nipis
2 sudu besar sos cili  ( resepi asal tak letak )-(Ayu tak letak)
1 biji buah tomato ( belah 6 )
garam
sedikit gula ( optional )
minyak masak secukupnya
daun limau purut

Method:-
1. Panaskan minyak, goreng ayam hingga masak ( jangan terlalu garing ). Ketepikan.
2. Panaskan minyak tumis bawang putih, bawang besar, serai, cili padi dan pes tomyam hingga wangi.
3. Masukkan sedikit air, jus limau,sos cili dan garam.
4. Masukkan ayam dan masak hingga pekat.
5. Last sekali masukkan tomato dan daun limau purut. Bolehlah di hidangkan.
Sources:-From potretkasih.com

2 comments:

wana said...

Salam ayu...
Wah sedapnya ayu masak ayam ni... jom tukar dengan mee rebus!!!

Ayu said...

wana - walkslm, sedap wana, anak2 semua suka, thanks for the recipe ya..