Friday, July 23, 2010

Mee Sup Udang

Salam dipetang Jumaat..Mee lagi!!..naik kembung makan mee almost everyday for the past few
days..hahaha..yalah nak perhabiskan mee kuning ku yang masih ada 3kg belum terusik lagi, the other  3kg dah habis...huwahaaha..itu pun jenuh nak habiskan...haha....since that I ubah2 aje lah masakkan mee ni..ada yang di goreng basah ada yang dibuat mee bandung....last2..I decided to try this mee sup, CMG's recipe yang baru2 ni he posted ..tapi mine tak adalah bubuh udang besar, medium size aje, I campurkan dengan sedikit sotong, fish cakes and apa2 yang ada dalam fridge..so jangan lah boring ya the next time menu mee lagi...

Only difference is that I added egg in it, untuk meramai2kan bahan2 dalam mee tu..haha..
Thank you Che Mat, sedap ni walaupun ringkas...akak copy & paste bulat2 dari blog Che mat ya..

 BAHAN-BAHANNYA :-)
10 ekor udang sederhana besar
1 kiub pati ayam "MAGGI"
5 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, cincang
1/2 inci halia, diketuk
1 liter air
1 mangkuk kecil bunga kobis yang dipotong sekuntum2
1 biji tomato belah 8
3 batang putih jagung, hiris serong setiap satu
1 keping fish cake, hiris nipis
1 pokok daun bawang potong kasar
1 camca teh lada hitam yang baru dikisar
1/4 camca teh minyak bijan
2 camca besar minyak masak
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
500 g mee kuning, cuci dan celur sekejap, toskan
Hirisan daun bawang
Hirisan daun sup
Bawang goreng
Cili jeruk atau sambal kicap

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang dibersihkan, kerat hujung kepalanya, lumur dengan garam dan jus lemon, perap sekajap, cuci kembali dan toskan.
  2. Dalam periuk, panaskan minyak masak + minyak bijan, tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan halia hingga harum. Tuang air dan masukkan kiub ayam maggi, biar mendidih.
  3. Tambah udang, fish cake, bunga kobis dan lada hitam, kacau dan biar masak perlahan. Masukkan daun bawang, putih jagung dan juga tomato. Tambah garam secukup rasa, masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  4. Mee kuning dialih kedalam bekas yang sesuai. Tuang kuah tadi atas mee, hias dengan taburan daun bawang, daun sup dan bawang goreng. Hidangkan bersama cili jeruk atau pun sambal kicap. Sedap dimakan panas2...
Sources:-From tiffinbiru.blogspot.com

No comments: