Friday, July 23, 2010

Kerisi Sambal Cili Padi


 Ok hari ni marathon punya posting ya..hehe....lauk untuk orang besar...layan..

Ingredients:-
8 ekor ikan kerisi dibersihkan dan digaul dengan kunyit & garam, digoreng dan ketepikan
*2 biji bawang putih
*20 biji cili padi
*5 biji bawang merah
2 biji bawang besar dihiris bulat
1 asam keping
garam, gula & perasa secukupnya


Method:-
Tumis semua bahan* kisar hingga naik bau dan garing. Masukkan bawang besar yang telah dihiris bulat dan biarkan hingga layu. Masukkan asam keping, tambah air sedikit kalau kering sangat, kacau dan masukkan garam, gula dan perasa. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul hingga sebati. Matikan api dan bolehlah dihidang.

No comments: